Qaisara adalah anak yang selalu mahu tahu apa yang kita buat.
Saya pula adalah jenis emak yang akan menerangkan segalanya-galanya secara terperinci dengan anak.
Semalam saya tengah sibuk membuat layout rumah baru ayah saya. Alah layout not to scale. Sebelum diberi pada kontraktor yang mahu membuat rumah. (buat sahaja dulu, sedangkan tanah baru dibakar belum diukur pun) He he..
Datang Qaisara macam-macam tanyalah dia. Ini apa? Apa ini? Bla bla. Tiba tiba dia membelek layout yang sudah saya print sambil ketawa.
"Umi ini bilik siapa?"
"Ini nanti bilik atuklah. Dekat dengan dapur, senang atuk bangun nak minum air, nak pergi tandas.."
Saya beritahu Qaisara.
"Hm...umi ni tak kasihan atuk ke? Buat bilik untuk atuk tapi tak ada pintu untuk atuk masuk dan keluar!"
Saya pun tengoklah layout yang saya buat. Ha ha ..betullah. Hesy tajam sungguh mata budak kecil ini. Sedangkan saya rasa, orang tua pun susah mahu memahami layout inikan?
Sebahagian layout yang saya buat, perasan tak anak panah yang tidak berpintu itu?. Ha ha ha
Telah saya letakkan icon pintu atas teguran Qaisara. Ha ha ha..
6 comments:
Salam...hati dia masih suci
wah comel la qaisara..bijak..
tajam menikam mata Teta
sgt2 prihatin..so clever
hati terang betul la Teta ni...
bijak bijak
hehehe! pandai qaisara! layout ala2 developer tu dah ok la kak dari takde gambar langsung. :)
Post a Comment