Sekolah ini adalah sekolah agama. Di Holland kebebasan beragama di titik beratkan. Bahkan sekolah agama seperti ini dibenarkan beroperasi dibawah kendalian kerajaan. Namun kurikulum sekolah perlu ada 30% mengikut silibus kementeraian pelajaran Holland, 30% matematik dan science dan 10% mengenai agama dan selebihnya terpulang pada sekolah tersebut. Setiap sekolah haruslah didaftarkan dibawah kementerian pelajaran Holland.
Guru yang terdapat di sini adalah daripada berbilang bangsa dan negara. Ini adalah salah seorang tenaga pengajar yang berasal dari Pulau Maluku Indonesia.
Setiap sekolah di Holland dibahagi pada 8 group. Group pertama anak-anak berusia 4 tahu, group ke dua berusia 5-6 tahun dan group terakhir adalah berusia 11-12 tahun. Kelas yang ini adalah kelas goup 8 yang akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi. Anak lelaki yang berbaju warna pink di dalam gambar ini, baru sahaja di denda dan diletakkan di ruang rehat. Ketika saya sampai dia sedang menulis dendanya di ruang rehat. Tetapi di dalam kelas dia seorang yang sangat aktif. Ketika saya masuk ke kelas ini mereka menyambut kedatangan kami dengan menyanyikan lagu Cat Steven. Anak berbaju merah jambu inilah yang sibuk membuka slide dan mengendalikan komputer.
Ini Muhammad, ibu bapanya berasal dari Singapura. DIa boleh bercakap bahasa melayu dengan baik tetapi sedikit gugup ketika saya bertanya padannya.
Anak-anak di sekolah ini terdiri dari pelbagai negara. Ada pelarian dari Somali, ada yang dari Mesir, dari Turki, dari Holland dan sebagainya. Cuma dari Malaysia sahaja yang tidak ada.
Saya turut menyanyi bersama mereka di dalam bilik darjah. Ada senitkata lagu bolehlah saya menyanyikan. Lagu Cat Steven....
Ini group 2 yang berebut-rebut suruh saya mengambil gambar mereka. Kemudian masing-masing mahu melihat hasilnya di komputer saya. Adik ipar melayan mereka seperti anaknya sendiri.
Bersama salah seorang guru group 1 iaitu group yang berusia 4 tahun.
Sekolah ini mempunyai 400 anak murid dari berbilang bangsa, mereka mengunakan bahasa dutch sebagai bahasa pengantaraan. Saya lihat ke mana-mana adik ipar saya pergi, dia akan dikerumuni oleh anak-anak kecil ini. Ada yang bergayut dibadannya. Anak-anak murid yang lebih besar menghormati guru mereka dengan menegur dan guru akan mengusap kepala murid tersebut dan bertanya khabar dengan suara yang lembut.. Intonasi suara yang digunakan guru ketika mereka mengajar juga sangatlah lembut berbanding dengan kebanyakkan guru-guru di sekolah di Malaysia, yang lebih banyak menjerit. Di dalam setiap kelas mengandungi 30 pelajar dan ada yang kurang. Mereka sangat senyap dan apabila diberi peluang menyoal, mereka sangat aktif menyoal.
6 comments:
comelnye budak2 ni.baiknya cikgu2 dorang..
Wow... Bestnya pengalaman ni. Terima Kasih kak Yati kerana berkongsi pengalaman ^__^.
hmm lps ni bolehla kak yati tukarkan pengalaman kak yati ke dalam bentuk novel ya...
Assalamualaikum k.Yati, kerana keseronokan belajar dalam suasana macamni lah anak2 saya (4 orang semuanya) takut untuk kembali ke Malaysia. Takut kerana cikgu2 Malaysia sangat2 garang berbanding cikgu2 di sini (Christchurch, NZ). Saya hanya mampu berdoa dan serahkan segalaNya pada Allah.
bila nampak qaisara dlm gambar tu, nampak serasi mcm dia pun salah seorang dikalangan diorg..so cute la dia tu
tu laa.. rasenya kat mesia ni, profession guru ni mereka ambik juz for the sake tuk dapat kejer. Kalo betul2 cikgu yg menjiwai profession guru nih, insyaallah mcm guru2 dia sana lah jugak...
a ah, teta ni dh mcm student kat sana plaks.. haahh wakil M'sia.. ;-)
Post a Comment