Qaisara dengan aunti Kusyi dan Atoknya sedang belajar membuat pop cake. Qaisara sangat suka membuat kerja yang sebegini.
Semalam saya menerima panggilan dari seorang perempuan.
'Puan, ada dapat SMS saya.."
"SMS apa?" Tanya saya, memang saya tidak mendapat apa-apa SMS semalam.
"OH..nanti saya hantar lagi semula."
Tidak lama kemudian saya menerima satu SMS. Rupanya dari sebuah studio yang menyuruh Qaisara menghadirkan diri untuk casting iklan. penggambaran akan diadakan pada minggu depan. Tidak lama kemudian sekali lagi perempuan itu menelefon.
"Puan dah dapat SMS tak?"
"Sudah.."
'Tolong hantar ya, Qaisara esok.."
Oh..saya memang tidak gemar akan perkara ini. Saya benar-benar bimbang.
"Maaf esok Qaisara sekolah.."
"Oh..sampai pukul berapa?"
"Sampai 12.30."
"Kalau begitu hantar sahajalah masa penggambaran minggu depan.."
"Oh..maaf minggu depan kami akan ke europe.."
"Qaisara ikutkah.."
"Sudah tentu dia ikut saya.."
"Oh ingat kalau dia tak ikut, kami boleh ambil Qaisara dan hantar ke tempat shoot tu.."
Aduhai. Petang itu Kusyi datang ke rumah saya. Sebagai seorang wartawan dia sudah masak dengan hal yang sebegini. Saya beritahu dia mengenai tawaran kepada Qaisara itu.
'Kak Yatie, kalau ibu bapa lain, anak mereka tidak terpilih. Boleh menangis dibuatnya. Bahkan saya pernah jumpa ibu-bapa yang tidak putus-putus bercerita mengenai penglibatan anaknya menjadi model iklan, sedangkan kisah itu 14 tahun yang lalu"
Ya..saya sedar apa yang Kusyi katakan itu ada benarnya. Tengok sahaja program realiti AF, ada yang menangis anak tidak terpilih.
"Biarlah Qaisara membesar dengan adil, kalau dia mahu berkembang dan terkenal pun dengan cara sendiri. Dengan bakat dia bermain painokah" Balas saya. Ya..walau baru beberapa bulan memasuki kelas piano, gurunya memberitau Qaisara seorang pelajar yang sangat fokus dan gurunya mencadangkan Qaisara memasuki kelas individu. Tidak perlu belajar beramai-ramai dengan kawan-kawannya.
"Tengok apa yang terjadi dengan perlakon Hanna Montana. Hilang virgin pada usia 16 tahun. Ayahnya menyesal dan berkata kalaulah boleh diputarkan masa, dia tidak membenarkan anaknya berlakon seperti sekarang.." Cerita Kusyi.
Ya..saya tidak mahu menyesal seperti ayah itu. Saya takut anak saya menceburkan diri di dalam bidang yang sebegini kerana masalah sosial yang berbangkit nanti.
Cuma kadangkala saya bimbang, sekarang bolehlah saya menolak satu masa nanti saya takut Qaisara tidak dapat menahan dirinya dari godaan yang datang kepada dirinya secara terus tidak melalui saya. Moga-moga anak saya ini dilindungi dan tuhan tetapkan hati saya.
12 comments:
qaisara cantik sbb tu dia disunting utk penggambaran. nadiah pun tak suka anak2 menceburkan diri dlm bidang mcm tu. lebih byk yg tak elok dpd yg elok
Semoga Qaisara terlindung dari godaan sebegini sebab indahnya khabar dari rupa..banyak keburukan dari kebaikan . Kami sentiasa doakan Qaisara kak...amin.
Ameen. semoga doa akak dimakbulkan oleh Allah dan smeoga Teta sentiasa di dalam lindungan Nya
Saya kagum dengan prinsip dan kekuatan hati Kak Yati... bnyk sungguh godaan dunia...
Semoga Qaisara dilindungi dan di rahmati..Amin
biarkan teta jalani kehidupan yg biasa kakk.. br die rase nikmat hidup.. x de la paparazi or mamarzi kejar diee.. =)
alhamdulillah..kak yati telah membuat keputusan yg bijak..tugas ibu melindungi anak kan..tahniah..lagi satu saya nk inform...saya sedang membaca persanan terakhir seorg lelaki..cerita yg menarik dan bnyk pengajaran..terima kasih kak yati kerana menghasilkan cerita yg sebegini bukan seperti novel2 melayu yg lain
iyelahh k.yati, semoga TETA sentiasa didalam lindunganNYA. Sy pon kalo boleh nk anak sentiasa didepan mata, takut btul dgn godaan luar... Apa2pon biarlah kita menyesal dahulu jgn menyesal kemudian..
Semoga Teta dilindungiNya dan sentiasa mendengar nasihat ayah dan ibu.
salam kak yati. moga teta sentiasa dilindungi Allah..saya x berapa suka dgn cara produksi tu propose hanya melalui SMS..sudah hilangkah adab dan tatasusila melayu? masyarakat di luar semakin terhakis nilai peradabannya...
insyaALLAH akak..anak akak akan dilindungi berkat doa akak..:)
salam perkenalan daripada saya:)
kesungguhan orang tu buat saya seriau...kalau saya pun tak setuju kak. byk buruk dr baik. wpun baik sekarang masa2 depan, mcm2 boleh terjadi.
Post a Comment