Sebenarnya mengenai kereta kuning ini telah saya poskan di FB. Tetapi biarlah saya ceritakan secara terperinci di sini.
Hari Sabtu lepas saya balik ke kampung. Di kampung biasalah kalau sudah berkumpul, macam-macam perkara yang dibuat. Ayah pula sibuk menguruskan pembersihan tanah untuk membina rumah baru jika kerajaan mengambil rumah kami sekarang.
Saya balik malam Ahad, kerana esok Qaisara mahu bersekolah. Tetapi sebelum balik Qaisara sudah tidak sedap badan. Badannya panas kerana cuaca yang sangat panas di Melaka dan dia pula suka melompat sana sini, tanpa menghiraukan panas atau tidak. Saya terpaksa balik selepas maghrib memandangkan balik petang saya memang tidak sempat dan saya pula tidak begitu sihat petang itu. Mungkin kerana menyedut terlalu banyak abuk sehingga saya susah mahu bernafas. Malam itu ketika kesihatan sedikit pulih, saya gagahkan diri memandu memikirkan Qaisara mahu bersekolah
Ketika saya mahu menghampiri Linggi Pedas rasanya, saya terperasan sebuah kereta berwarna kuning berada di sebelah saya, memandu dengan jangka yang agak lama. Hati saya sudah tertanya-tanya. Kenapa kereta ini mahu bersaing dengan saya. Sedangkan saya yang berada di tengah hanya memandu tidak laju, sekitar 90-100km sejam sahaja.
Kereta itu kemudian memotong saya dan hilang dari pandangan. Saya biarkan sahaja.
Di dalam kereta memang saya tidak pernah membuka radio, kalau saya bosan saya akan membaca surah lazim atau berbual dengan bibik. Tiba-tiba saya ternampak kereta kuning itu muncul di sebelah saya sekali lagi.
"Apa hal pula kereta ini.."
Hati saya berbisik perlahan. Dia bersaing lagi dengan saya, tetapi saya biarkan bahkan saya hanya menjeling dengan ekor mata dan sekali lagi selepas 5 minit bersaing dia memotong saya.
"Bik, kereta depan ni tadi bukan main laju lagi. Saya dah kena tinggal..sekarang ada depan saya pula.."
Agaknya kereta ini berhenti di mana-mana mungkin. Hati saya berfikir tidak teringat mana ada R&R yang di kawasan Pedas Linggi, kalau di Ayer Keroh, seremban, Nilai adalah rasanya.
"Oh iye ke umi.." Bibik tidak pasti kereta mana yang saya maksudkan kerana bibik tidak nampak mana-mana kereta.
Saya masih ingat saya menyanyi sebuah lagu yang memang saya suka ketika saya memandu.
"Tuhanku, aku hilang bentuk kembara di negeri asing,
tuhanku pintumu ku ketuk, aku tidak bisa berpaling.." Rangkap itu saya ulang-ulang sebab yang lain saya tak tahu. He he he..
Rasanya bila menghampiri Seremban, kereta yang sama muncul lagi sekali. Di sebelah saya. Hati saya sudah tidak sedap. Kenapa saya asyik berjumpa dengan kereta ini, sedangkan ada beratus kereta yang berada di jalanan. Saya biarkan dia beriringan dengan saya, dia di sebelah kiri dan saya di tengah-tengah.
Saya sudah membaca ayat kursi kerana merasakan ada yang pelik sedang berlaku dan saya gagahkan hati saya menoleh ke kereta tersebut.
Ya ALLAH! Kereta tersebut tidak ada pemandu!
Dada saya berderau dan saya baca ayat kursi lebih banyak lagi. Tidak putus-putus sambil berkata dengan diri sendiri. ALLAH ada tolong saya. ALLAH perhatikan saya, saya tidak mahu terpedaya dan saya tekan laju pedal minyak. Anehnya bila saya saya toleh ke belakang saya tidak nampak kereta itu lagi.
Ya ALLAH. Betulkah saya nampak? Ya..memang tidak ada pemandu. Cuma yang ada stering berwarna hijau. Tidak ada tangan di situ? Tidak ada badan, tidak ada kepala orang. Sampai balik rumah pun saya asyik berfikir dan berfikir.
Esoknya saya tanya bibik, nampak tak kereta yang asyik bersaing dengan saya? Kereta berwarna kuning.
"Hesy..mana ada kereta asyik bersaing dengan umi? Betul bibik tak nampak.. Bibik tak tidur dan sering melihat keluar. Mana adanya. Hesy..umi ini seram sayalah.."
Bibik berkata beria-ia. Dan sampai sekarang saya terfikir, apakah benar ini peringatan ALLAH seperti yang Rose Mawar katakan supaya saya tidak balik pada waktu malam? Kalau saya tidak balik malam, bila saya mahu balik lagi sedangkan petang tadi memang saya tidak boleh bernafas dan tercungap-cungap. Kesihatan tidak mengizinkan. Balik esok, Qaisara pula akan bersekolah?
Tetapi apabila saya rujuk perkara ini pada seseorang yang saya sanjung ilmu agamanya kata individu itu.
"ALLAH duga kita, sama ada kita takut atau tidak. Dalam keadaan begini siapa yang kita ingat, siapa dahulu yang kita takut. Orang lain boleh menghukum tetapi ALLAH lebih mengetahui tujuannya"
Ya ALLAH saya berterima kasih padamu, kerana dalam keadaan panik begini saya masih teguh mengingatimu.
Saya berdoa ya ALLAH, jangan kau duga saya yang lebih berat kerana saya takut tidak dapat menanggungnya...AMINNN..
20 comments:
Salam kak...sesungguhnya dugaan Allah ini banyak cara. Bersyukur akak selamat sampai dan bersyukur juga mengenangkan akak kuat iman dalam mengingati ALLAH.
eeee takut lah, tak nak benda cam ni jadi kat saya.. he
Allahuakbar. meremang bulu roma baca cerita akak.
Teringat dulu masa kecik2 abah suka memandu waktu tengah malam bila balik kampung. senang katanya anak2 masuk kereta terus tido. hehe.
tak pernah nak tanya kat abah kot2 ada pengalaman ternampak 'sesuatu'.
nanti nak tanya. :)
meremang bulu roma baca cerita akak ni
kata org tua2 saja je nak uji akak tu.. hmm teringat hb cerita, dia pernah kena dlm perjalanan dr kl ke kb..lalu ikut gua musang, dlm nak magrib nampak kereta volkswagen merah buruk sgt slow bergerak kat dpn..tp nak potong tak lepas2... pemandu tak kelihatan walaupun jarak dkt...
alhamdulillah....setakat nie balik dari shah alam-pasoh 3,tak pernah lagi diduga begini...walaupun balik melalui bukit putus dalam pukul 10/11malam...
wah.. meremang bulu roma bila baca kisah akak. Alhamdulillah, setakat ni saya masih lagi x jumpa apa2 walaupun sentiasa jgk drive malam seorg diri. Mudah2an dijauhkan..
seramnya kak yati.... kawasan tu memang keras kan kak? area xcident bas dulu tu.... mujur akak selamat... saya masa dok alor gajah dulu pun...suke gerak malam kalau balik ipoh... kalau bulan pose gerak lepas maghrib...syukur tak penah diuji mcm tu... hehe
kak yt, seram pula bace cite kak yt ni. sy selalu juga drive sorg2 bila hsband mengantok n tdo di seat blkg dgn anak. biasenya pjlanan dr penang ke melaka, sy akan drive at least dr KL smpai la melaka. n pjlanan selalunya dr penang pukul 8.30mlm n d area pedas-linggi pukul 1 pg. mmg gelap area tu. sy jns penakot. tp syukur time memandu, xrase ape2.huhuhuhu..
seramnya kak..meremang bulu roma saya. Alhamdulillah tak ada pa2 yang buruk terjadi..Alhamdulillah Allah melindungi akak..semoga akak sentiasa di dalam lindungan Allah, Ameen
saya baca sambil meremang2 ni kak. huhu...
alhamdulillah tak jadi perkara buruk ke akak sekeluarga. kalau saya, iskh.. panik satu, baca ayat sure dah kemana2.
-suami cukup tak suka balik jalan jauh malam2. mungkin salah satu sebabnya.. Walahualam..-
Kak Yati, sy memang sgt selalu berulang alik ikut laluan tu, hatta tgh mlm atau awal pg sekalipun. Memang ada beberapa insiden dan adik sy pernah mengalami trauma sebentar di kwsn tu. Tp Allah lebih berkuasa. Kita berlindung di bawah naungan Allah..Insyallah tiada apa2. Kita berkongsi bumi dgn semua makhluk Allah. Sy juga dah terima 2 gangguan dlm tempuh sebulan nie ketika memandu di waktu mlm dan di awal pg. Tapi cepatlah kita pulangkan dan serahkan diri kepada Allah. Insyallah, ayat kursi tu penguat dan pelindung dari syaitan. Kita cuma menjalankan kehidupan di bumi Allah. Tiada batasan waktu, dan tiada batasan jarak untuk kita dihalang...
sy selalu balik ke merlimau lepas maghrib..lbh seram ade yg katekan lebuh AMJ tu 'keras' tp syukur alhamdulillah blm lg sy kne yg teruk2.stakat motor trase berat saje..
Fuhh seramnya kak yati...tapi Alhamdulillah akak selamat sampai ke rumah.
(Saya berdoa ya ALLAH, jangan kau duga saya yang lebih berat kerana saya takut tidak dapat menanggungnya...AMINNN) la ni bila di landa musibah selalu sy ingatkan diri sendiri ada sebab mengapa Allah turunkan ujian ni kepada saya dan Allah takkan memberi ujian di luar kemampuan saya nak pikul ujian tu...
sykur akak selamat2 dlm p'jalanan..kalu saye mau juga tergigil2 tgn pegang stereng
ade dgr beberapa kisah seram dr kwn2 kat hiway tuh..x sangka kena kt akak pulak
pernah dengar cerita begini
uikkks seramnya puan.. lain kali jangan le puan memandu balik sebelah malam yek...
Salam kak, ayah saya pernah juga dulu terjumpa dengan kereta kuning ni masa dari/nak pergi ke melaka. Tapi lain sikit sebab dia datang dari arah bertentangan walaupun dalam lane yang sama. kira macam nak berlanggar dengan kereta kita lah. tapi dari jauh ayah dah elak n bila selisih perasan x de pemandu. seram jugak bila dengar.. nasib x eksiden
subahanaaalah takutnya saya..tapi mujur akak kuat semangat
Salam,memang terdiam sejenak saya.sy share kan post dgn kawan2 yg lain,maklum la tak semua manusia boleh terima ada yang kata cerita ni rekaan semata...ada yg argue dengan sy balik.telah sy khabarkan kalau rasa tak suka ignore la pendapat org berbeza-beza tapi sy balik yg dikondem nya..ada yg minta sy forward pada NB :- memang la benda tu mengacau tapi tak payah la takut dengan dia then nak takut-takutkan sampai budak-budak pun takut,teruk la akan mempengaruhi pemikiran masyarakat,ape cer bibik ada taknak plak cakap dgn bibik time bibik ada dah sampai di rumah baru nk bertanya?kelakar cerita tak logic.
sy tak tahu nak jawab ape NB jawabkn la..sy forwardkan saja persoalan mereka. ;)
Post a Comment