Pagi tadi bibik memberitahu, Qaisara mendapat pen, hadiah dari gurunya semalam.
"Kenapa tak beritahu umi?" Tanya saya pada Qaisara. Dia hanya diam sahaja.
"Hadiah tu semua orang dapatkah sayang?"
"Tak, ada seorang dua sahaja yang dapat. Siapa banyak dapat sticker. Mereka dapatlah.."
Balas Qaisara macam acuh tak acuh sahaja. Macam tidak berminat dengan apa yang dia dapat. Saya tahu guru sekolahnya akan memberi sticker bintang pada pelajar yang dapat melakukan kerja sekolah dengan baik.
"Oh..macam tu anak umi kira baiklah. Mari sini, umi nak cium Qaisara.."
Qaisara datang pada saya dan saya cium dia sambil mengucapkan. "Congratulations sayang and I love you so much.."
"Tapi umikan..hmm..kenapa Teta dapat pen warna cokelat.."
Tanya Qaisara dengan wajah yang sedikit muram.
"Kenapa pula. Itukan hadiah dari cikgu Teta.."
"Kenapa Teta tak dapat warna pink, sedangkan kawan Teta dapat warna pink."
Ha ha ha barulah saya tahu kenapa Qaisara macam tidak berminat sahaja dengan pen yang dia dapat. Rupanya pen itu bukan berwarna pink!
9 comments:
Teta seperti anak saya juga, sukakan pink malahan saya turut sukakan pink he he walaupun dah tua.
Kak Yati, saya sedang baca novel Sejam 2.50, hari tu beli masa pesta buku..watak wafa dan uminya seperti teta dan kak yati pada bayangan saya.
Aya, iye ke akak dengan Teta? Ha ha..tapi akak dengan adik-adik pun macam tu rasanya. Sebab akak dengan adik-adik beza nak dekat 20 tahun jugalah, macam anak dengan mak..
fanatik pink betul..hehe..
salam kak..sory b4 ni silent reader je..
pink kn sweet cam teta..
kak,tlg tnya kt asben akak petukaran mata wang turki ngan RM brape..
my sis mntk tlg tnya kan..
nadia, teta memang fanatik pink..
Yuri..RM1.93 bersamaan 1TLR..
teta mmg geng ngan ida.. hehe...
All gurls suka pink kan..
Aunty pun suka, Teta..
ha ha ida dah macam Teta ke Teta dah macam ida?
Wahhh..auntie Yan pun suka pink? adalah geng Tetakan?
hehehe patot le Teta diam aje..pecah rahsia nye ehehehe
i loike blue hihihi
Post a Comment