Semalam saya, Kham, Atan, Bibik, Teta telah menyibuk mengikut Kusyi membuat tugasannya sebagi wartawan. Kami menyerbu ke rumah Roza untuk melihat bagaimana Roza mengajar kami semua menghias kek. Pengalaman yang saya rasa sangat-sangat mengembirakan dan tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kami belajar sambil bergelak ketawa, makan dan sebagainya.
Sebelum ke rumah Roza, saya dah masak dahulu untuk dibawa ke rumahnya. Sambil buat kerja, sambil makan. Saya memang suka begitu. Spageti bebola daging, pulut dan serawa durian.
Roti jala, pagi-pagi bibik sudah menjala dan lepas selesai membuat kari ayam, saya sambung pula menjala. Ingat tak habis rupanya roti jala ini amat diminati oleh anak-anak Roza. Roza pula menyediakan nasi kerabu yang sangat sedap. Saya makan sampai 2 kali. Ha ha ha..
Roza tengah mengajar dan Atan mendengar dengan penuh minat.
Qaisara dengan foundant yang sudah siap diuli. Sepanjang sessi ini dijalankan Qaisara memerhati dan melakukan dengan penuh minat. Kusyi beritahu saya, nanti bila Qaisara besar dia suruh saya hantar Qaisara ke Amerika mempelajari membuat kek dan menghias kek. Saya beritahu Kusyi buat apa saya hantar ke Qaisara ke Amerika, saya hantar Qaisara ke rumah Roza sahaja..ha ha ha
Kham yang selalu 'keras tangan' kali ini boleh dilembutkan.. ha ha ha
Atok dengan cucu yang sangat bekerjasama. Atan cukup berminat rupanya dalam kerja-kerja yang sebegini.
Sebenarnya mahu mengelek foundant bukan perkara yang enteng. Harus memerlukan tenaga lelaki. Jadi kerja tersebut banyak diserahkan pada Atan. Puan Pengetua sedang memerhatikan Atan bekerja.
Ha ha ha apa yang ditenyeh si Kham dan Atan yang begitu beria-ia sekali.
Saya sedang membentuk renda untuk di letak di tepi kek tersebut
Foundant yang perlu diwarnakan terlebih dahulu. Kusyi dan Teta yang sangat bekerja sama.
Foundant ini seharusnya mengalami beberapa proses, membuat, membentuk, mewarna dan mencantikkannya lagi.
Macam beriya-iya sahajakan. Ha ha ha..
Kerjasama penting dalam membuat hiasan ini..
Si Kham yang tidak kurang hebat dan berbakat.
Tak tahu nak cerita apa tapi Atan nampak sangat teruja membuat hiasan kek ini. Hebat jejaka seorang ini.
Pegetua Roza Ngah sedang memeriksa hasil kerja kami..ha ha ha..
Berpuas hatikah? Saya rasa mereka berdua sangat berpuas hati...
Gambar ini sepatutnya masa mula-mula tadi tapi malas nak dialihkan, ha ha. Qaisara sangat berminat dengan membuat hiasan kek ini sampai keletihanlah dia tetapi tetap teruja dan teruja. Sampai balik pun masih bercerita dan bercerita betapa seronoknya dia.
Biasanya kek hantaran ini dijual pada harga RM600-RM1000. Walau bahannya tidak begitu mahal tapi terus terang saya katakan memang berbaloi kalau melihat bagaimana kami bekerja menyudahkannya. Seramai 5-6 orang. Sehari suntuk dan Roza memang sangat berbakat dan kreative. Terima kasih pada Roza yang tidak lokek mengajar kami. Sayang kat Roza. Sesiapa yang mahu memesan kek hantaran ini boleh buka blog roza ya dlittlekitchen
4 comments:
wah, lepas ni leh la akak buatkan kek utk yatie gak ;)
memang susah buat kek fondant.. tahniah la kak yatie kerana mampu melakukannya dengan jayanya... hehehe
heheh.. seronok betul.. tp paling best tgh2 belajar ada commercial break, iklan perfume, iklan cincin lahh... hehheehhe, mmg class tahap pecah perut.. nasib siap tepat pada masa.. :-)
cantik! ni kalau di beri sebagai hantaran, mau simpan tak potong2 dah.
ikutkan bhn biasa2 je tang hiasan mmg buat cake jadi berharga.
Post a Comment