Ini anugerah terindah yang ALLAH beri pada saya. Walau dia memberi ujian pada saya, menarik 3 embrio yang sedang berkembang di dalam rahim saya, tapi ALLAH beri gantinya. Ya..ALLAH beri saya saya kaktus untuk saya dapatkan bunga yang cantik.
Malam tadi saya terbangun pada pukul 2 pagi. Syukur sangat-sangat kerana untuk malam terakhir sebelum tahun baru ini diberi kekuatan oleh ALLAH untuk bangun, sujud padanya. Hati rasa terlalu hiba ketika menyudahkan solat, mengenangkan apa yang telah saya lakukan sepanjang tahun 2009. Apakah saya sudah jadi manusia yang baik. Apakah saya amat patuh pada ALLAH, berterima kasih sentiasa padanya. Saya akui terlalu banyak kekurangan saya. Terlalu banyak kelemahan yang harus saya perbaiki. Saya terasa kerdil dan akhirnya tanpa sedar saya menangis teresak-esak.
Saya kesal kerana tidak banyak perubahan pada diri saya sepanjang tahun. Kadangkala saya tidak dapat mengawal perasaan marah saya kalau sesuatu perkara itu menyakitkan hati saya, saya masih tidak dapat membuang rasa prasangka saya pada manusia lain, saya masih lagi kadangkala memandang rendah pada orang walaupun hanya dalam hati. Bahkan saya masih lagi jauh seperti penjuang Islam yang mengorbankan harta bendanya kerana Islam.
Tuhan..ampunkan saya. Maafkan saya..
Setahun saya persiakan untuk menjadi seorang manusia yang baik. 365 yang tuhan beri adalah satu masa yang cukup panjang untuk memperbaiki diri . Tetapi kenapa saya masih di sini, masih malas untuk bangun malam dan lebih terpedaya dengan hasutan syaitan.
Tuhan..terima kasih kerana masih membiarkan saya bernafas, bersiratulrahim dengan sahabat-sahabat saya, membenarkan kaki saya melangkah melihat betapa cantiknya dunia. Meminjamkan terus-terusan akal dan fikiran saya sehingga saya boleh menulis. Ya..ALLAH ya tuhanku, terima kasih atas segala-galanya.
Ya ALLAH, buat kali terakhirnya..aku bermohon. Supaya diteguhkan iman ini, diberi di dalam hati rasa kasih sayang yang lebih sesama umat. Dibuka hati supaya menjadi lebih pemurah dan moga-moga tahun baru ini saya akan banyak berubah bukan sekadar angan tetapi perbuatan.
Terima kasih pada mu ya ALLAH.
14 comments:
Ya Pn NB, berganjak lagi kita ke tahun baru setelah Hijrah 1431 kini masihi pula.. Ini cuplikan kuliyah yang saya dengarin sewaktu di Faber Towers tempoh hari..
“Orang-orang yang beruntung adalah mereka yang dihari ini, lebih baik dari hari kemarin. Mereka yang tidak lebih baik dari hari kemarin, adalah orang-orang yang merugi. Sedangkan jika dihari ini dirinya lebih buruk dari hari kemarin, maka mereka adalah orang-orang yang bangkrut.”
Renungin, di manakah saya? Anda?
Salam kak Norhayati Berahim...
^__^
Moga doa kak yati, diperkenankan selalu oleh Allah s.w.t....
Amin...........
tersentuh hati intan...
Salam NB, Alhamdulillah Allah telah memilih dan membuka hati mu untuk lebih menyerahkan amalan ke jalan nyer.
tinggalkan 2009 dengan hati yang sayu...huhuhu...
sayu betul bc n3 akak kali.terpikir juga akan betapa byk kelemahan2 diriku ini..
moga akak terus sukses dlm career,dkurnikan ksihatan yg bpanjangan,dirahmati oleh-Nya sll..dan..lahirkan lg anak2 yg comel2 baik mcm Teta :)
luv u..Allah bless U :)
semoga tahun 2010 lebih baik dan terisi dgn perkara2 yg lebih berfaedah!!!
salam kak yati,
selamat tahun baru. Moga hari2 yang mendatang akan menjadikan kita insan yang lebih baik.
Sentiasa doakan yang terbaik untuk akak sekeluarga!
assalamualaikum. tak mengapalah kak yati. asalkan kak yati seorang manusia yg tidak menutup mata buat2tak nampak pada kekurangan dan kekhilafan diri sndiri. itu adalah lebih baik drpd manusia yg tidak mengaku kesalahannya..kan?. Bila kita dah sedar, masih ada waktu untuk kita perbaiki..sama2 lah kita kan kak yati..",)
sama la nadiah kak. terlalu byk kekurangan..yg sunat2 jrg dh buat..huhu. mdh2an Alah beri kekuatan pd kita utk melaksanakan amalan2 sbg bekalan kita di 'sana' nnt..
Salam Kak Yatie..
Aduh tersentuh Dayah..
Kita sesama manusia sentiasa alpa dengan nikmat dunia yang sementara.. kabur dek hiasan yang akan pudar tapi lupa pada Yang Maha Esa lagi Maha mengampuni..
Mana taw.. Teta dpat adik tahun ni.. hehehe.. Doa ni kak ^_^
selamat tahun baru kak NB... semoga tahun baru ini sinar kan memancar lebih bercahaya...
slmt thn baru jugak buat akak. semoga thn baru ini lebih membawa kebhgiaan dlm hidup akak sekeluarga
https://www.slotonlineandroid.com/
https://www.9188kiss.net/
https://www.slot-1628.com/
http://162.241.233.33/
https://www.sv3388.com/
Post a Comment