Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 1, 2009

KISAH HARI RAYA..

Semasa raya haji yang lepas, saya menziarahi emak saudara saya di Johor. Saya tidak tahu rumah Mak Uda saya ini terletak di Muar atau Yong Peng. Rumahnya terletak di perjalanan Muar ke Yong Peng (teruk betul saya, yang saya cuma tahu dia tinggal di Parit Kelantan). Emak saudara saya ini adalah seayah dengan arwah emak . Sudah berusia 80an tetapi masih kuat lagi.

Saya masih ingat lagi, dulu ketika arwah emak masih ada. Setiap hari raya ke dua atau ketiga. Kami akak ke rumah Mak Uda saya ini dengan menaiki bas. Saat itu benar-benar mengembirakan saya. Tetapi kadangkala saya akan mabuk di dalam perjalanan dan tiba di rumah emak saudara ini saya akan berbaring, melepek macam orang jatuh dari kapaltebang. Ha.ha.ha. Mabuk bas! Biasanya kami bermalam di rumah emak saudara ini. Maklumlah dahulu mahu pergi ke rumah tersebut mengambil masa separuh hari. Sekarang jalan Melaka -Muar pun sudah ada lebuhraya. Hanya satu jam sahaja ke Parit Kelantan. Dulu rasanya lebih 2 jam menaiki kereta dan lebih 4 jam menaiki bas. Tengok betapa kemodenan membawa kemudahan.


Rumahnya masih macam dahulu. Rumah kampung dengan tingkap yang banyak. Emak saudara saya yang memakai tudung putih itu. Adik beradik emak semuanya berbadan kecil. Tetapi anehnya anak-anak arwah emak saya, seperti belon dipam-pam..ha.ha.ha.


Saya betul-betul rindukan parit ini. Satu ketika dahulu walau parit ini airnya hitam, tapi inilah tempat mandi dan membasuh baju. Parit ini mempunyai lumpur gambut sebab itu airnya hitam. Minum dahulu pun dengan air ini kalau tidak ada air hujan. Di parit ini dahulu dibuat kepungan dengan atap nipah supaya tidak ada yang melihat kami sedang mandi! Setiap kali tiba di rumah Mak Uda, kalau saya tidak melepek mabuk. Saya akan buka baju dan terjun!


Anak-anak sedang melihat itik-itik yang banyak di parit ini. Mak Uda saya memelihara itik di parit ini sekarang. Lebih 30 ekor itik yang berenang di parit ini.
"Kamu nak pelihara itik-itik tu Tie. Mak Uda bagi kamu ?" Tanya Mak Uda saya.
"Isk..buat apa Mak Uda. Mana mahu diletak di rumah saya dekat Kajang tu.."
Ha.ha.tak terbayang saya kalau memelihara itik di rumah teres! Orang kampung memang begitu, apa ada di sekeliling mereka, semua mahu diberikan. Mereka terlalu murah hati!



Seyit Kara yang sedikit bersungut kerana saya tidak membenarkan dia menghadirkan diri di jamuan raya di Kedutaan Turki rupanya amat gembira kerana dapat melihat rumah kampung. Ini kali ke dua dia datang ke rumah emak saudara saya ini. Biasanya saya datang dengan kakak saya sahaja. Habis semua ruang rumah ini dijelajahnya dan kawasan sekeliling Mak Uda saya dijenguknya. Habis buah jambu Mak Uda saya dirembatnya. Ha.ha.ha dan bila balik dia berkata pada saya.
"Kita telah menjalankan tanggungjawab sosial kitakan honey. Kalau makan habis begitu sahaja, tapi melawat emak saudara lebih afdalkan?" Tau tak apa!

Adik saya bersama Ojan dan Hakim juga turut serta. Hakim memang sedikit agresif. Dia mencari kayu dan mengukur parit yang berada di hadapan rumah emak saudara saya itu. Kata Hakim..tak dalam mana pun. Saya suruh dia terjun, dia tak mahu sebab tidak membawa kain baju tambahan. Tetapi kata emak saudara saya, parit itu dalam sebab ada gambut di bawahnya. Saya terfikir dulu saya boleh terjun dan berenang. Sekarang kenapa badan saya berat ya? Hah..itu kena fikir sendirilah..




10 comments:

Leeza said...

Salam akak....puas saya fikir jarak johor dengan melaka....rupanya kemajuan mendekatkan yang jauh. Saya dapat bayangkan seorang budak perempuan yang mabuk bas...kalau jatuh kapalterbang dah jadi arwah kak ye....kemudian terjun ke dalam parit. sebenarnya zaman kanak2 kita memang best walaupun serba kekurangan...sebab kita jadi anak2 yang bebas dan berani.

Mama Nazhan said...

kak yati,memang seronok kalau dpt pegi ke tempat kita tinggal dan bermain ketika kecil. bukan setakat seronok...sayu dan sebak pun turut terasa....
saya rasa generasi sekarang sume badan mantap2 kak.... mcm saya jugak! hahaha...

yatie chomeyl said...

kecik2 mmg tak takut apa2, semua tempat nak explore kan kak?..dah besar2 nak terjun pun pikir banyak kali

Duke Luce Dell'amore said...

akak!cantiknya parit tu..
jim xpernah mrasa mandi parit tau..huhuhu..

tp klu jim terjun dlm tu,takot kering plak air tu nnt..sbb air mlimpah kluar...kikiki..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak..
wah bestnya tgk parit tu...rumah kampung.. uiks.. best giler!

NORHAYATI BERAHIM said...

za. melaka ngan johor tak jauh sekadar 50 kilometer aje..tapi muarlah, kalau johor baharu dalam 2 jam jugaklah za..he.he


sedih memang sedih Bai, akak siap cakap ngan mak sedara, Mak Uda..rasa nak berenang macam dulu.ha.ha..kalau berenang mesti orang cakap budak ni tak betul..

yatiechomeyl, ya masa kecil2 mana fikir mati ha..ha..macam si teta skrg, nak terjun suka2 hati dia aje...

NORHAYATI BERAHIM said...

jim rugi2 tak jadi anak kampung, masuk bendang, parit dan sebat orang punya buah nenas..ha.ha..bila akak nak minta maaf dengan cina yang punya pokok nenas tu..ha.ha.ha

Nik..
berangan nak buat rumah banyak tingkap macam tu..cantikkan?

Misz said...

Dah dekat la dengan rumah saya tu kak....saya dok parit jamil....

NORHAYATI BERAHIM said...

misz itu daerah muar lagi ke? akak yang tahu tekan minyak terus kat halaman rumah..dok depan tangga, dok kat parit..tengok pokok, nenas dan jambu..tekan minyak lagi balik. Tak pernah tahu parit kelantan daerah mana? aduh..teruk sungguh!

shafahanz-iman said...

kak.. kalau ikut hati nak balik ke sanglang tahun ni.. mmg meriah raya di kampung.. tp nak buat macam mana... tuntutan kerja melebihi segalanya.. Mesti Teta happy giler!!