Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 8, 2009

MALASNYA!

Pernah tak kalau anda sakit anda malas mahu pergi berjumpa doktor? Rasanya semua orang malas pergi ke doktor. Saya juga. Amat malas mahu berjumpa doktor. Bukan semua doktor saya malas. Tetapi doktor yang satu ini saya cukup malas mahu berjumpa. Sedangkan doktor ini adalah doktor yang paling bagus buat saya. Dia tahu apa sakit saya, dia tahu apa ubat yang baik untuk saya. Dia tahu sistem TNE saya tidak berfungsi dengan baik. Dia tahu saya tidak boleh mendapat selsema dan semua mukus pergi ke tekak saya. Doktor itu juga tahu kalau mukus berkumpul ditekak seluruh sistem badan saya akan jadi tunggang langgang fungsinya. Tetapi kenapa saya malas berjumpa dengan doktor ini?
Sebab dia terlalu baik, dia terlalu ramah. Kalau saya berjumpa dengan dia. Macam-macam cerita yang keluar dari mulutnya. ceritanya panjang berjela, pasal anak dia yang cantik-cantik, pasal suami dia yang sebangsa dengan suami saya. Pasal kerja, pasal novel saya sehingga kalau saya keluar daripada biliknya. Ramai yang masam muka tengok saya keluar. Apatahnya paling kurang setengah jam saya di dalam bilik doktor tersebut.
Aduh..mengingati wajah-wajah yang masam itu membuat saya malas untuk keluar berjumpa dengan doktor ini. Doktor yang superb, doktor yang ramah tapi kenapa saya masih malas..
P/S dalam dunia ini saya rasa, sayalah manusia yang melompat katak kalau dapat selesema tau!


18 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ish ish ish...pemalas jugak akak ni...teta, paksa umi kamu ni pergi hospital

GreenJade said...

hehe itu mcm mls pon ada..susah gak jd public figure nih ye kak..ihiks

jgn malas2 ye kak..nnt Teta musti sedeh nengok umi dia sakit2..

amek vit. c sll..drink plenty water..moga akak cpt sembuh & dpt berceloteh sll di blog ksygn nih :)

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam..
lah akak still tak sihat lagi ke??
Dah.Dah..gi klinik cepat amik ubat!!
hehehe

MissNera said...

hehehe.. ingtkan malas sbb pe..
kak, kalau sya kena selsema la sya paling benci! mcm nak cabut2 je idung ni.. huhuhu

ibu aira said...

gi klinik kak amik ubat.. sian akak sakit..

Balqis Rashdeen said...

Salam..
Sebenarnya beliau begitu prihatin terhadap kamu. Bukan mudah untuk bertemu dengan orang-orang yang mengambil berat tentang kita. Semoga cepat sembuh!
Regards.

Dayah said...

Salam Kak Yati,

hahahahahahahahaha.. ade ke lompat katak.. kakakakaka.. lawak la akak ni... heeee ^_^

Akak tak baik tangguh2 mana taw.. lagi teruk haaaa.. baik p jumpa.. akak x mau orang lain menunggu akak p time orang tak berapa ramai?

Duke Luce Dell'amore said...

tintong je akak ni..
klu teta baca entry ni,mesti die bebel2 suruh akak p klinik jgk..
p je r kak..jgn biarkn smpi melarat..

NORHAYATI BERAHIM said...

nuar..dengan senang atie si teta akan cakap, tak apa umi tak payah pegi..teta pun tak suka pergi klinik kecuali nak gula2 aje..ha.ha.ha

tinie..akak memang kuat minum air, makan ubat pun tak kisah cuma nak jumpa doc tu aje malas..he.he..

nik, dah pegi klinik lain..tapi klinik lain tak ada ubat yg doc tu bagi..he.he

NORHAYATI BERAHIM said...

missnera, akak biar selsema jangan mukus tu ada kat tekak, tekak jadi bengkak langsung tak boleh makan.jadi demam, tak boleh bergerak..

yatie..da pergi klinik lain, tapi bkn klinik doc tu..he.he

Balqis, doc tu akan bercerita tanpa henti..dan paling tak suka kalau suami dia ada sekali, aduh2..mcm2 dia kutuk malaysia..pengsan!

NORHAYATI BERAHIM said...

dayah..sakit akak ni sakit azali, tapi cuma tahap dia aje, teruk atau tidak, ada ubat tertentu..dekat doc tu aje ada ubatnya..da pergi klinik doc lain rupanya ubat tu tak ada..

jim..teta akan cakap, tak payah umi..makan panadol aje..ha..ha.

idasm said...

o ini doktor yg akak pernah citer kat ida tu kan. hehe. tp kan kak, kalau akak tak pergi, nanti akak jugak yg susah. lagipun dh mmg kat klinik dia aje ada ubat akak tu.

akak.. pergilah klinik tu biar cepat sembuh.. makan ubat, rest... risau ida bila akak sakit.

Nadiah Sidek said...

hehe..nadiah pun mls jumpa Dr! satunya malas nk tggu turn..satu lg sbb..tak mau mkn ubat! :p

dlittlekitchen said...

hehehehe... sabar jerlahh.. sy slalu malas nk g jumpa dr coz slalu dr nyer script sama jerks... tp kalo dh sakit terpaksa gak laa mengadap nk mintak MC..heheheeh

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Pn. Yatie,

Dah hampir tiga minggu saya membaca blog Yatie...macam tulah saya ni bila terjumpa blog yang belum saya kenali. Kalau ianya menarik, saya akan mula baca dari entry yang pertama, dah dapat segala maklumatnya barulah saya bagi salam kat tuan blog :-)
Hari ni, macam dah tamatlah blog Yatie saya baca, dan seterusnya saya akan menunggu pulak entry baru...

So, salam perkenalan.

p/s:...saya dah lama 'kenal' Yatie...seorang penulis novel yang hebat!!!!....peeewittttt!

Ros Illiyyuun said...

Salam...
Virus malas ini amat mengganggu urusan harian kita. Virus yang perlu diimunisasikan dengan segera agar perjalanan hidup ini berlangsung dengan sebaik mungkin, terutama dalam mengabdikan diri pada Ilahi.

*ayu the sun* said...

salam singgah..
tumpang tanya.. kenapa panggil teta ek?

yatie chomeyl said...

virus malas tiada penawarnya lagi hik3x