Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, December 19, 2009

SYURGA DAN NERAKA!

Kata Liza bujang patutlah Qaisara suka bertanya, dia ikut acuan uminya. Saya kalau bertanya, punyalah detail. Sampai Lizabujang tension dan berpeluh nak jawab. Tak tahulah dah jadi sifat semula jadi agaknya, dari kecil saya suka bertanya. Suraya editor saya pun takut kalau bercerita dengan saya, saya akan tanya dari A sampai Z dan kadangkala bila dia jawab, entah. Kenalah dia..dengan saya. Mana boleh entah, entah. Semuanya kita kena baca dan teliti. Bukan apa, kadangkala bila dengar orang bercerita. Saya suka bertanyakan sumber mana yang didapatinya. Kalau boleh saya benar-benar mengelak mendengar cerita fitnah. Sekarang orang menyebarkan fitnah amat mudah.
Sejak akhir-akhir ini Qaisara tanya saya neraka tu apa? Sebab dia dengar kakak saudara dia cakap orang jahat masuk neraka.
"Memang neraka itu adalah tempat orang jahat seperti kata kak Alin tu. Orang yang suka marah-marah, tak dengar cakap emak dia. Suka tendang orang, ejek orang. Tak mahu tolong orang.." saya terangkan pada Qaisara.
"Macam mana rupanya neraka tu umi?"
"Neraka tu ada api yang menjulang-julang. Bila kita tak dengar cakap mak dan ayah, kita tak baik dengan kawan-kawan. Tuhan campak dalam api tu.."
Terang saya. Qaisara nampaknya faham sekali.
"Orang jahat masuk neraka umi. Abis orang baik duk luar tengok aje ke?"
Keh.keh..keh..rupanya kakak sepupu Qaisara cerita pasal neraka aje agaknya dengan Qaisara, tidak bercerita pasal syurga.
"Tak sayang, orang baik masuk syurga.."
"Syurga tu apa umi.."
"Syurga tu cantik indah, banyak pokok, macam-macam ada.." terang saya.
"Macam-macam ada? Sunway lagoon ada ke umi?"
"Ada..."
"Slide ada ke umi?"
"Ada.."
"Besar ke kecil umi?" mata Qaisara nampak bersinar-sinar. Yelah budak-budak apa lagi yang ada difikiran mereka. Kecuali mainan yang disukainya.
"Kecil besar semua ada.."
"Apa lagi dalam syurga umi.." Qaisara nampaknya begitu teruja membayangkan syurga.
"Macam-macam, susu, buah-buahan, apa sahaja Qaisara nak semua ada.." Saya beritahu Qaisara.
"Susu pun ada umi?"
"Ada"
"Susu tu sedap tak? Macam susu Teta ke?"
"Lebih sedap dan manis dari susu Teta.."
"Wahhh...."
"Hmm..buah ceri ada ke umi?
"Ada sayang..."
"Durian ada tak umi?"
"Ada..."
"Wah..dalam syurga ada durian. yummy.." Qaisara sudah menjilat bibirnya..ha.ha. Tapi dalam hati saya terfikir, apakah di syurga ada durian? Hmm..
"Umi..susah ke nak masuk syurga.."
"Tak susah, asalkan Teta baik, buat apa yang ALLAH suruh, tak buat apa yang ALLAH larang. Dengar cakap umi. Dengan bibik tak jerit-jerit. Dengan baba pun baik aje. Insya-ALLAH Teta akan masuk syurga.."
Mata Qaisara bersinar-sinar dan semalam ketika saya bawa dia dan abang-abangnya ke Mines. Tahulah abang-abangnya suka menyakat dia, kadangkala geletik dia. Kadangkala tarik rambut dia. Di dalam kereta saya dengar Qaisara menjerit.
"Abang Akim! Abang Akim jangan buat Teta macam ni tau! Nanti abang Akim tak masuk syurga!"




9 comments:

Hamizah said...

petahnya, qaisara..

yatie chomeyl said...

semoga teta terus jadi anak yang bijak dan mendengar cakap. seronok baca macam2 jawapan yg akak bagi kat teta, nanti kalau baby SN tanya soalan mcm ni gak, yatie tiru jawapan akak lah ye hehe

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tak pasal-pasal si Akim kena. hahahaha. qaisara qaisara =D

ibu aira said...

teta ni bijak betullah.. seronok baca cerita-cerita pasal teta kat blog akak ni... =)

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

smpai ke tua r die akan bayangkan yg syurga ade durian..sbb ape yg kite bg tau kt bdk2,biasanya die akan ingat smpai tua kn kak?

jim ingat lg,abah jim ckap kt syurga ade buaian..smpai skrg jim terbayang2 ade buaian yg cantik kt syurga..hihihi..

idasm said...

kak yati bukan aje teliti tapi cepat ingat. baguslah kalau teta ikut jejak uminya. hehe..

GREENJADE said...

hehehe Teta mmg cerdik & cpt fhm..thibur dgn telatah dia :)

yelah tgelak2 sy psl bab durian tuh..sure Teta akan igt till dia beranak pinak nnti hahaha

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Qaisara memang banyak cakap hamizah, kecuali kalau dia tak kenal orang itu..

yatiechomeyl esok2 babay SN macamana le pulak soalan-soalan diakan..lagi advanced agaknya.

Nuar..akim mengusik dia..kenalah..si akim...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie/ibu aira..si teta ni banyak sangat yang difikir agaknya..

jim akak tahu kau mesti berangan berbuai dan ditolak oleh bidadari yang cantik2kan.ha.ha.ha

Ida..kadangkala da tua2 ni pelupa juga ha.ha, tapi si teta ni ingatan dia memang kuat..

Tinie, akak tak tahulah teta akan ingat atau tidak, tapi kalau da suka durian tu mesti ingat kot..