Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 17, 2009

KENAPA TINGGALKAN TETA

Malam tadi suami menelefon, katanya dia akan balik lambat mahu minum teh di rumah seorang kawannya yang bekerja sebagai tukang masak.
"Baba cakap apa umi?" tanya si Qaisara yang sentiasa memasang telinga.
"Baba cakap, baba suruh Qaisara tidur dulu. Nanti bila baba balik, baba cium Qaisara ya!"
Saya beritahu Qaisara. Sudah pasti muka Qaisara cemberut. Tahulah anak manja ini, setiap kali mahu tidur mesti ada baba dan uminya kiri kanan. Saya tengok Qaisara termenung seperti orang ada 1001 macam masalah.
"Kenapa tu, mari sini tidur, umi cerita pasal syurga dengan neraka dengan Qaisara.." Ajak saya tapi Qaisara masih tidak berganjak dari tempat duduk dia. Di sudut katil.
"Umi, umi ingat tak?" Qaisara sudah terjebik-jebik. Apa pulak si Qaisara ni? Hati saya berbisik.
"Ingat apa sayang?"
"Umi ingat tak, masa umi ngan baba ambil Bezya abla kat airport. Umi tinggalkan Teta tidor seorang-seorang atas katil. Umi pergi airport." Qaisara memberitahu dengan nafas yang tercungap-cungap.
Mendadak sahaja darah saya berderau. Saya pandang Qaisara macam tidak percaya.
"Kenapa umi dengan baba tinggalkan Teta. Kenapa umi.."
Qaisara sudah menangis. Sudah pasti saya terpampan. Perkara itu sudah berlaku lebih enam bulan. Bagaimana Qaisara ingat lagi? Ketika itu summer break dan Bezya kakaknya datang bercuti ke Malaysia.
"Masa tu Qaisara tengah tidur. Pagi sangat, kapalterbang tiba pukul 5 pagi. Umi tak sampai hati kejutkan Qaisara.."
"Teta tak kisah, Teta boleh bangun. Bukankah lepas umi pergi Teta bangun. Kenapa umi tinggalkan Teta umi.."
Qaisara sudah meraung lagi. Saya peluk Qaisara dan saya cium pipinya bertalu-talu bagi menenangkan dirinya. Saya tahu Qaisara seorang yang amat sensitif seperti saya juga. Bahkan apabila melihat cerita Upin dan Ipin, ketika Opek mahu berpisah dengan Rajoo. Qaisara juga menangis meraung-raung.
"Umi minta maaf sayang, umi kasihankan Qaisara. Pagi-pagi nak pergi airport. Jadi umi tak kejutkan Qaisaralah."
"Teta boleh bangun umi. Teta boleh bangun. Teta nak ambil Bezya abla(kakak bezya) juga. Kenapa umi tak kejutkan Teta.."
"Maafkan umi sayang, umi ingat Teta tak mahu bangun. Sebab pagi sangat. Sebab itu Umi pesan pada bibik supaya jaga Qaisara. Tak apa, nanti bila ada masa kita pergi melawat Bezya abla ya atau kita suruh Bezya Abla datang ya.."
Saya usap-usap pipinya. Lama Qaisara menangis. Mungkin hatinya masih rawan mengingatkan dirinya ditinggalkan. Yalah..saya jarang meninggalkan dia, ke mana-mana saya pergi saya akan bawa dia.
"Umi.."
"Ya sayang.."
"Nanti umi jangan tinggalkan Teta lagi tau!"
"Insya-ALLAH sayang, tapi January ni Qaisara akan bersekolah jadi umi kena tinggalkan Qaisara, umi tak boleh duduk dengan Qaisara tau! Qaisara kena tinggal dengan kawan-kawan"
Qaisara menganggukkan kepalanya sambil memeluk saya dan seperti biasa akan mengucapkan 'I Love you umi'. Sampai sekarang hati saya tertanya-tanya, bagaimana Qaisara boleh mengingati perkara tersebut dan apa yang berada di dalam fikirannya. Rupanya banyak lagi yang harus saya pelajari dalam proses pembesaran anak saya ini dan saya tahu saya perlu berhati-hati dengan segala perbuatan saya sebagai emak.

p/s hari itu ada yang bertanya kenapa Qaisara dipanggil Teta. Saya sendiri pun tak tahu sebab dia yang membahasakan dirinya sendiri sebagai Teta.

12 comments:

Dayah said...

Salam Kak Yati,

Kuat ingatan dia yer kak.
Sentitif memang hehehehe..
Buat Teta;
Ala Teta Umi pergi sekejap je
Teta jgn la marah Umi yer ^_^
Sian Umi, dia kesiankan Teta tidor. Lgpun Umi tinggal sekejap, bibikkan ada. Teta jgn simpan dlm hati taw. Sian Umi rasa bersalah.

Madam Casper said...

Teta dalam bhs arab bukan kakak ker kak yati?? nanti nak check dgn kawan jap betul ka tak

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

alololo...halusnya sifat Qaisara =D manja betul...

Balqis Rashdeen said...

Mugkin jugak teta = kita.
Zaman kecik2 dulukan 'saya @ aku' kata gantinya ialah 'kita'. Mungkin Qaisara pelat? :p
@ dalam bahasa Turki??
Sensitifnya Teta macamlah saya (Cewah sume orang ngaku sensitif macam Qaisara!)
Mungkinkah Qaisara lahir dalam bulan Julai?

Duke Luce Dell'amore said...

abis r baba die..
kene soal mcm2 nnt pas teta bgun tdo..
hihihi..

dlittlekitchen said...

ermm, mesti dia pendam lama dalam hati.. si manja sy pon kadang2 begitu juga... Nama Solihin dah jadi Coyin, tp bila dh mula sekolah dia dh x mau guna coyin, kena ikut nama yg guru bagi...

yatie chomeyl said...

kadang2 memang kita tak sangka pemikiran anak kecil seperti teta melangkaui umurnya.

manja betul teta dgn umi, semoga teta jadi anak yang sentiasa mendengar cakap umi nya :)

Nadiah Sidek said...

kuatnya ingtn qaisara

Hamizah said...

manja teta dgn umminya ye..

NORHAYATI BERAHIM said...

Dayah..qaisara memang mempunyai ingatan yang cukup kuat, kalau dia ambil barang kita, dia akan ingat dan letak di mana pun dia ingat..

Casper teta tak ada maknanya, dari kecil bila dia tahu bercakap tiba2 nama itu timbul..

Balqis, Qaisara tak pelat..dia cakap begitu lancar kecuali S jadi SH kadangkala tu..lidah turki..he.he

NORHAYATI BERAHIM said...

jim..baba dia tak kenal soal, sebab akak da beritahu, baba balik lambat sebab pegi minum teh, kawan baba tu siapa, da terangkan..dia okayla..cuma bila bangun dia akak cakapngan baba dia..oh..balik lambat ya? ha.ha.

Roza..sedapnya nama coyin..ha.ha, kadangkala nama tu kita aje panggil cutekan, tapi nama solehin tu bagus..jadi perlu kita sebut selalu..

yatiechomeyl, memang kadangkala terperanjat dengar dia bercerita, dia bertanya..esok2 tunggulah nazhan besar ..he.he

Nuar..qaisara very sensitif dan manja

NORHAYATI BERAHIM said...

Nadiah, ya ingatan dia tersangatlah kuat..

hamizah..dah terlebih manja le tu..ha.ha