Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 30, 2009

JOM BUAT KEROPOK LEKOR!

Dah lama sungguh tak ada resipi masakan dalam blog saya ini. Tak habis-habis kisah si Tetakan. Kita rehat cerita pasal si Teta. Kita cerita pasal makanan. Entah apa angin rajin masuk ke dalam badan saya. Saya bercadanglan membuat keropok lekor sendiri. Selalunya beli di pasar malam sahaja.

1 1/2 kilo ikan kembong, kopek kulitnya, ambil sahaja isinya dan kemudian mesin dalam mesin pengisar.


Ikan kembong yang sudah di kisar. Tapis airnya.


Satu bungkus tepung sagu dan setengah bungkus (150gm) tepung ubi.

Campur tepung ubi, sagu dengan isi ikan. Uli sehingga sebati dan campurkan garam serta perasa.
Uli dan buat apa sahaja bentuk yang anda suka. Lonjong bulat, empat segi dan tiga segi.
Rebus di dalam air yang mendidih sehingga tepung sudah naik dipermukaan. Tanda sudah masak. Makan yang direbus ini pun sedap juga.


Goreng sehingga masak. Saya telah mencuba masak tanpa merebus, entah apa silapnya keropok saya melompat-lompat seperti shuffle le pulak. Habis ditembaknya dinding dapur saya, menjerit-jerit bibik. Ha.ha.ha.. Tapi bila sudah direbus tidak pula dia melompat. Ada sesiapa yang tahu kenapa dia tidak boleh digoreng terus?


Ini hasilnya. Saya makan dengan sos sahaja. Tahu sahajalah si pemalas ini. Ha.ha.ha..malas nak buat kuah dia. Ojan yang kebetulan datang ke rumah saya kata sedap! Kalah yang pasar malam punya. Alah..Ojankan rajin bodek saya.





20 comments:

Nadiah Sidek said...

kak yati, pos sini skit! ;)

NORHAYATI BERAHIM said...

wakah.kah..siannya nadiah..makan dalam mimpi aik!

UMILIYA said...

salam...ermmm saya org ganu..ermmmm biasanyer,,,org ganu guna sagu..bukan yg buat kuih tu,,tp sagu,,,kering...ermm kalau biasa tak nak bgi,,,dia melompat...ermm belah sikit kat tengah dia atau..masa menguli tuh taruk telur merah aja ermmm lagi bestttt..cubalah....kalau nak buat kuah nyer,..bland cili kering sikit je..masak..ngen gula...dan sikit garam ,,taruk cuka,,atau asam jawa,,,ermmmm sodapppppp..heheh cubalahh

NORHAYATI BERAHIM said...

umi thanks dengan petua tu, akak tau buat kuah dia..tapi malas..lagipun memang lebih suka makan dengan sos..terima kasih2..akak ingat nanti..petua tu ye..

MissNera said...

aduh kak NB.. terliur pula pemakan tegar macam saya ni!! hahaha...

dulu selalu suh housemate belikan kopok lekor bila balik t'ganu skang ni susah plak nak dapt.. resepi akak ni akan cuba ku buat... almaklumlah kat umah sewa blender xder.. huhuhu

Marzalina said...

kak...nampak sedap la....terliur intan hehehe..intan xreti buat..reti makan ajer hahaha

Epelijau said...

Salam kak Yati..
Mengikut teori material saya..(ehem ehem)...semasa proses menggaul dan juga menggentel tersebut, telah wujud ruang-ruang udara bercampur air yang tidak dimampatkan di dalam keropok lekor tersebut. Apabila diletakkan di dalam suhu tinggi dan bendalirnya pula minyak, udara/air tersebut akan mengalami mampatan dan 'sangat teruja untuk keluar' ke permukaan keropok tersebut..apabila minyak bertemu air..udara pula ada bersama..maka terjadilah fenomena shuffle tersebut...hehehe...agaknya sbb tu cik Umiliya kata kena letak telur merah(yolk) tu sbb ia berfungsi sebagai agen emulsi..nak campurkan minyak dan air..dan dibelah sikit tengah-tengah supaya ada ruang untuk air/udara tadi keluar dengan agak bersopan..(saya merepek je ni kak...)
Saya tengok kalau kat KT tu...mereka menggolek-goleknya di atas tepung kalau goreng terus tanpa rebus...tepung apa tidak pasti pula saya.. :)

NORHAYATI BERAHIM said...

nera..buat aje, insya-ALLAH boleh jadi..kalau maleh sangat, gi aje pasar malam..banyak jual tu..

isk2..si intan anak dara MGM ni..ha.ha..tak payah penat buat, gi aje pasar malam..

Am/epalijau..selalu akak rebus dulu, betul agaknya teori Am tu..ha.ha..tepung yang di tabur tu tepung sagu, jangan bagi dia melekat2..tapi malas nak kelecahkan dapur, tabur2 tepung, akak terus sahaja goreng..pemalas sungguhkan..

Duke Luce Dell'amore said...

amboi!sedap sungguh nampaknya!
pandai kopok akak mnari shuffle ye?
kikiki..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak tie..
biasanya klu org pantai timur dorang guna ikan sardn (selayang) atau ikan tamban...lagi manis rasa keropok tuh..
hmm lama sungguh tak buat! (ada gak yang gi cari ikan lepas nih hahaha)

Dayah said...

Salam Kak Yati,
Nak satu ^_^

Lama dah ni tak pekena keropok leko.. nampaknya boleh mencuba..
Baiklahhh .. nak ajak adik2 sepahkan dapur.. yea yea yea.. ^_^

Balqis Rashdeen said...

Pn NB bukan le pemalas.. (malas nak buat sos). Dah cukup rajin buek kopok leko sendiri (rumit2..) ikutkan saya (yang raja sgala pmalas ni) nak makan pon malas.. Cantek idea Pn NB buek keropok lekor sendiri.Semenjak dua ni saya ragu makan makanan yang d masak bukan dari air tangan orang yang saya tak kenal. Tu yang malas nak makan...

Leeza said...

Salam kak...
za ada nama keropok akak ni : KEROPOK LEKOR SHUFFLE. hahahaha.... tentu bibik sibuk menari dangdut bila keropok akak shuffle.
Ada hati nak buat, entahlah....dah mula sibuk pula.

GreenJade said...

alehai..time2 gini byk lak makanan di umah akak nih ..terliur lah hehehhe..tgh amek bau jer nih..saborr..sabor...ihiks :D

idasm said...

kak, tak tau pulak nape akak punya jd shuffle. tp yg goreng terus tanpa rebus ni lebih sedap sebenarnya. tp ida lebih suka makan yg direbus shj.. hehe.

NORHAYATI BERAHIM said...

nik..kalau nak manis letak aje gula..ha.ha..

jim..yelah keropok sekolah tu jim, sebab tu shuffle..

dayah anak sulong ya? bertuah ada adik2kan, boleh disuruh2..he.he

Balqis hang ni, sekejap akak tengok cakap perak, sekejap cakap negeri..buat akak confuse aje..memang apa2 akak suka buat sendiri..bak kata ojan, andak nak makan kat luar..bertuahlah!

NORHAYATI BERAHIM said...

za..mana menari, tak sempat dia dah cabut lari..pandai2 aje ko ye!

Ida..memang yang direbus lagi sedap..tapi Ojan tak suka, dia cakap..eikk..apa ni andak..ha.ha

yatie chomeyl said...

cantik aah kepok lekor yg akak buat. kepok lekor yg yati ebuat dgn hubby jadi keras mcm konkrit wakaka

NORHAYATI BERAHIM said...

ha.ha..iye ke yatie? ha.ha..tapi masih boleh dimakankan?

pearl said...

Sedapnya , selalu saya beli di pasar aje. Insyaallah saya nk cubalah. Mak saya suka ngan bermcm2 resepi dan akan mencuba membuatnya. Selalu beli dipasar x berapa sedap....kak kalau ada resepi lain lagi kongsi2 lah
dng kami ya....