Saya sekarang beada di Tanjung Bunga, Seronok sungguh mendengar air laut yang menghempas dari bilik saya. Oh..sebenarnya saya bukan mahu bercerita mengenai percutian saya tapi kisah yang berlaku sebentar tadi. Saya, Qaisara, pembantu rumah, Ojan dan Akim turun ke kolam renang. Biasalah Qaisara mahukan abang-abangnya bermain dengan dia di kolam kanak-kanak. Mereka bermain bola. Tetapi seorang lelaki yang saya tahu warga Singapura menegur Ojan dan Hakim.
"Adik, jangan kacau budak-budak mainlah. Awak main sebelah sana?"
Kata dia sambil bercekak pinggang. Saya hanya mengerutkan dahi sambil mengelengkan kepala. Tidak nampakkah mereka sedang bermain dengan Qaisara? Tetapi Ojan dan Akim melepaskan bola dan keluar dari kolam tersebut. Nasib baik Qaisara tidak meraung. Saya memang sakit hati sangat tapi saya kawal perasaan saya. (Orang cakap penulis tidak boleh marah? Iye ke?)
Saya tengok lelaki ini masih berdiri, rupanya anaknya rasa saya baya-baya Hakim berada di dalam kolam renang tersebut bersama kawan-kawannya.
"Ahmad dont do that, Ahmad cannot do that, Ahmad..dont. Ahmad cannot. Ahmad papa dont like.."
Ya ALLAH dalam hati saya akan mahu menangis melihat si Ahmad yang sekejap-sekejap ditegur oleh si bapa yang teramat-amat dominan. Lalu saya cerita pada editor saya Suraya perkara yang menyakitkan hati saya pagi ini.
"Aku rasa 5 tahun nanti anaknya bunuh diri kalau dia masih macam tu dengan anaknya.."
Saya beritahu Suraya.
"Anak tak bagi bercampur dengan orang. Lebih baik simpan anak tu dalam almari!"
Jawab editor saya. Ya tak ya juga..kalau semua perkara anak tak boleh lakukan. Buat apa..bawak anak berjalan-jalan. Lebih baik simpan sahaja anak itu.
Benar, saya tidak faham dengan sikap bapa yang begitu. Memang sebagai bapa kita ada hak terhadap anak-anak tapi jangan sesekali lupa anak juga mempunyai hak terhadap dirinya sendiri.
13 comments:
Salam kak...
penulis tak boleh marah ye? Ohh kalauy pasal komen bukunya nak marah2 jangan menulis...atau kepas tulis simpan dalam almari. Hahaha kesian Admad....za juga dominan....kalau jam 10 malam anak2 takde kat rumah angin za.
salam kak NB..wah, dah ada kat penang eh...bolehlah intan jumpa..hehehe...nanti intan sms kak ya..harap kalau ada masa terluang sudilah kak jumpa intan ni =)
simpan dlm almari katanya..
ketawa jim baca statement tu..kikiki..
maybe pakcik tu xpernah p kursus keibubapaan kot?sbb tu xtau nk jg anak camne..
entah2 anak tu ade saket.=P
ni mesti jenis yg over protective nih..sian anak dia, tak berpeluang nak explore dunia dan make mistakes walhal kita belajar dari kesilapan
wahhh kak yati gi tanjung bungah! penang kan kak? dekat dah tu ngan saya...hehehe...
nanti insyaAllah nak cari opis akak...takyah bawak jeruk penang la saya yer kak? hehehe
ada juga ye org mcm tu? kesian kat anak dia..
teringat msa kecik2 dlu..emak lbih dominan, tp, arwah walid lbih byk biarkan..kalau jatuh pn, dia biarkan saja..hihi..kdg2 nak protect anak pn kna brtempat..
hahaha... betul gak tu, susah sgt letak aje anak tu dlm almari. kesian kat budak tu, serba tak kena dibuat dek bapaknya...
Rasanya bapa Ahmad tu paranoid. Overprotective. Mungkin sebab pengalaman dia sendiri masa dia sebaya Ahmad dulu-dulu.. apa-apa pun, kesian dengan Ahmad.. kalau serba serbi tak boleh, apa yang dia boleh buat?
Salam Kak Yati,
yer la kak tok sah jadi bapak. annoying betul bapak sekor ni. haaaa.. kan dah kena sekor..
ehh siapa kata penulis x boleh marah? manusia semua sama. penulis ke director ke posmen ke arkitek ke journalist ke wartawan ke.. semua sama. Marah je kak. Kalau marah itu membawa kebaikan tapi jika ia membawa kemudaratan baik istighfar heee ^_^
saya rse bapa ne react overprotective sbb xnk ank die wt mnde bukan2. control everything.
paranoid, mgkin sbb die ade bad experience.
but, die xsptutnye terlalu bsikap dominan pd anak. sbb ini akan leading ank utk mmbrontak d kmudian hari.
penulis bkn malaikat kan?mesti ada perasaan mrh. anyway, kesian si anak bila bapa overprotective..
Post a Comment