Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, December 6, 2009

ENTRY TERPANJANG

Entry paling panjang berjela . Sempena cuti sekolah ini dan kerana Ojan serta Akim ada bersama jadi kami merancang percutian. Saya suruh mereka memilih sama ada mahu ke Sarawak atau ke Penang sahaja. Ojan memilih ke Bukit Merah dan Hakim pula memberitahu mahu melihat jambatan Pulau Pinang.



Menunggu ke Pulau Orang Hutan sambil memberi makan ikan. Saya sudah tiga kali ke Bukit Merah. Jadi rasa terujanya sudah berkurangan.


Namun begitu, Qaisara masih tidak sabar-sabar mahu ke Pulau Orang Utan kerana mahu melihat monyet pakai pampers katanya. Ketika di sana yang mengelikan hati, ketika menjenguk-jenguk anak Orang Utan yang berada di dalam cermin dan sedang tidur dikatilnya. Anak orang hutan itu tiba-tiba datang dan mencium muka Qaisara. Nasib baik ada cermin yang memisahkan. Ketika itu Qaisara benar-benar takut tetapi beberapa minit kemudian menjadi gelak ketawa dan Qaisara asyik bercerita tentang dia dicium monkey.

Ojan cakap boring gila di Pulau Orang Utan. Ingat ada apa. Ada orang Utan aje. Bosan mungkin kerana kali ini tidak ada penerangan yang diberi. Tour guide di pulau itu rasanya sudah kepenatan, hanya membiarkan pelancong berkeliaran sendiri. Kami kemudian masuk ke Ecopark. Alhamdulilah ketika itu ada pertunjukan binatang. Kagum dengan binatang yang dilatih dan boleh memberikan jawapan matematik yang diajukan oleh penonton. Ojan dan Akim mengusik Qaisara.
"Teta..tengok, burung pun lebih pandai dari Teta. Teta tak boleh mencampur. Burung boleh."Usik mereka berdua.
"Alah..esok Teta pergi sekolahlah!" Ha.ha. Qaisara memang tak akan mengalah.




Kemudian kami nak skylift menujuk ke Theme Park. Qaisara paling suka dengan Skylift ini. Tak tahu takut langsung. Saya yang ngeri tengok dia asyik menjenguk sana sini.



Ojan awal-awal dah beri amaran kat saya. Jangan letak gambar ini dalam blog. Nanti kawan-kawan dia yang rajin baca blog saya nampak dia bawak beg perempuan! Ha.ha.ha..alah itu beg saya yang saya minta dia tolong bawa. Apa salahnyakan...


Kami kemudian bertolak ke Pulau Pinang selepas habis percutian di Bukit Merah. Duduk di Tanjung Bungah. Rasanya hotel ini kalau tidak cuti sekolah dalam anggaran RM150. Tapi cuti sekolah sudah jadi RM200 untuk hari biasa dan hari minggu RM250 satu bilik. Internet RM25 satu malam. Memang saya marah sungguh dengan hotel-hotel di Malaysia yang menjadikan internet sebagai satu bidang perniagaan. Sedangkan hotel-hotel di Vietnam yang nak roboh pun ada internet di mana-mana. Rata-rata warga Singapura yang menginap di hotel ini.


Bilik kami memang dekat sangat dengan pantai. Boleh dengar dengan jelas ombak menghempas pantai. Itu yang mengubat hati saya..


Gambar Ojan dan Akim bermain dengan Teta sebelum dihalau warga Singapura itu. Di belakang mereka itu adalah anak lelaki tersebut dan anak buahnya yang sedang bermain. Mahu dijadikan cerita. Saya asyik terserempak beliau dan paling menggelikan hati rupanya dia tinggal hanya selang beberapa bilik dari bilik saya.
"Andak pandang apa?"
Tanya Ojan pagi itu di restoran ketika kami bersarapan pagi. Saya hanya tersenyum. Memerhatikan lelaki tersebut yang sedang memeluk tubuh sambil memerhatikan anak-anak dan isterinya makan. Dia sudah menyudahkan makannya. Teringat saya satu watak dalam novel baru saya, Layang-layang bertali Kaca. Lelaki itu macam Tengku Shariman! desis hati saya.
Dan pagi itu selepas balik bermain air di kolam bersama anak-anak dan pembantu rumah, saya bertembung lagi dengan lelaki tersebut ketika mahu ke bilik saya. Lagaknya masih sama. Memeluk tubuh. Memerhatikan anak-anaknya keluar dari bilik.
"Wah! Dah nak check out.." saya yang teramat kepohchi berbisik sendiri. Tetapi paling saya tak suka. Dia hanya memerhatikan si isteri yang terkial-kial menarik beg sambil membuka pintu.
"Ya ALLAH tolonglah!" Saya rasa mahu sahaja menjerit. Kalaulah suami saya nampak. Dia mesti buat remarks.
"Lelaki melayu jarang tolong bini angkat barang ya honey!"
Kesiannya pada isteri dan anak-anaknya...


Malam saya makan pesembur di padang kota lama. Padang Kota Lama macam tu jugala, tapi rasanya sudah bertambah gerai makanan cina dibandingkan dengan melayu. Tengok pesembur saya ini, ada ketam ada sotong sikit. Harganya RM20. Mamak tahu sahajalah, grongereng..grongereng..RM20, RM30. Tapi saya makan tak abis pun. Ojan ngan hakim tolong abiskan. Dia orang selalu bising. Andak ni beli aje..kita orang yang tolong perabiskan!

Keesokan harinya kami ke bukit Bandera. Aduh.orang ramainya. Pekerja KTM sumbat berapa ramai orang ke dalam keretapi tersebut. Macam sardin. Lempar bawang, cili dan asam dah jadi sambal sardin kami! Auwaha..ha.ha..


Di atas puncak saya menyewa club car. Rm30 setengah jam dengan pemandunya. Dapatlah keliling. Memang cantik pemandangannya. Teringat adik ipar saya di Holland. Beliau memang suka sangat dengan gunung memandangkan di Holland tidak ada gunung. Bila kami beritahu dia, betapa cantiknya Bukit Bandera. Dia begitu teruja sekali.



Berpeluang menjadi pemandu sekejap. he.he..gelap le pulak budak India ni ambik gambar saya!


Tengok gaya anak dara saya. Dia yang mintak saya ambil gambar dia di keretapi lama di Bukit Bandera ini tanpa saya suruh.


Macam iya..iya ajekan si Teta ni!


Pemandangan pada waku petang di Tanjung Bungah, abaikan apek yang bawak payung tu. Apa motif dia bawak payung pada cuaca yang nyaman begini tidak tahulah saya.

Encik Seyit Kara yang sentiasa membawa laptopnya ke sana ke mari. Auwah.ha.ha..macam iye-iye aje sebenarnya main poker online aje..


Qaisara yang sentiasa membuli abang-abang sepupunya. Tak apalah. Masa kecil ni boleh bergurau bagai. Dah besar nanti mesti malukan. Saya cakap dengan Ojan dan Akim yang suka mengusik si Qaisara, Teta buncit, Teta manja terlebih, Teta itu , Teta ini.
"Esok-esok dah besar kau orang jatuh cinta dengan Teta. Padan muka kau orang. Andak reject. Tak ingin kau orang!" Mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
"Aduh andak, tak sanggup Ojan. Mesti hantaran dia mahal gila.."
Ha.ha.ha.ha..penghabisan kami semua yang ketawa besar.



Hari esoknya kami ke Toy Muzium. Kena bayar Rm10. Anak-anak yang mahu masuk ke situ. Tetapi suami dipujuk pun dia tidak mahu. Dia hanya menghantar kami sahaja.


Masuk sahaja saya anak-anak sudah komplen bau muzium yang busuk itu. Ianya seperti tidak berjaga. Anak-anak patung yang berada di dalamnya berabuk. Sepatutnya muzium itu dijaga dengan baik kerana ramai yang masuk ke situ. Tengoklah Qaisara tu, begitu tekun sekali melihat patung kesukaannya.


Dalam 15 minit kami sudah keluar. Tak sanggup duduk dalam tempat yang berkuap dan busuk itu. Tengok si Qaisara yang sedang merajuk kerana tidak dapat mainan yang disukainya. Yalah..mainan tersebut hanya untuk dipamer bukan dijual. Tetapi seharusnya ada jualan diadakan mana-mana anak patung yang dipamerkan di situ.
"Masuk world record ke ni? Mana ada..tipulah." Hakim bersungut seperti tidak puas hati.
"Andak beli aje anak2 patung dan buat macam ni, buat cantik2, wangi2.." cadangan pula Ojan. Dia orang ni macam-macamkan!

Bercuti dengan anak-anak memang menyeronokkan. Tapi ada beberapa perkara yang membuat saya pening berada di Pulau Pinang ini. Sikap tidak bertimbang rasa para pemandunya amat ketara sekali. Terutamanya anak-anak muda berbangsa cina yang amat kurang ajar memotong kereta kami dan berhenti seperti mahu bergaduh hanya kerana kami leka mahu mencari papan tanda. Papan tanda ke tempat penting pula tidak banyak. Tetapi dalam sakit hati itu kami rasa terharu dengan seorang anak muda juga berbangsa cina juga yang sanggup menunjukkan jalan sehingga ke bukit bendera. Kalaulah semua orang seperti itukan.
Orang pula tidak pandai beratur. Ketika dibukit bandera, mereka berebut-rebut untuk masuk ke dalam keretapi. Membuat saya panik.
Di Plaza Gurney yang cantik dan tempat yang amat saya suka itu, rupanya tidak bersih. Tikus melintas hormat dengan selambanya di ruang lift menyebabkan suami menjerit-jerit terperanjat. ha.ha.ha.ha. Dia memang takutkan tikus!


Paling gembira dengan percutian ini adalah Qaisara. Berenang, berenang dan berenang. Saya pula mula demam selepas tiga hari berada di Pulau Pinang. Demam yang saya tidak boleh mengawalnya. Biasanya kalau saya demam, saya masih boleh memaksa diri bangun dan berlagak seperti tidak apa-apa. Tetapi demam seperti ini kali ke dua pernah saya alami dalam hidup saya. Saya menggeletar tanpa henti selama 3 jam. Saya berzikir untuk mengurangkan kesakitan sehingga suami menjadi panik.
"Maafkan salah saya, ampunkan saya. Kalau saya mati. Jaga Qaisara dengan baik." pesan saya pada suami.
"Isyk..merepek, mana ada orang mati sebab demam.."
Suami bergurau tapi saya tahu dia juga risau.
"Tadi awak kutuk saya kedekut sebab itu awak sakit.." saya sudah tidak boleh senyum dengan seloroh suami. Melihat saya yang tidak menjawab. Dia membaca ayat Al-Quran dan menghembus dikepala saya. Membuatkan saya air panas, memberi saya makan ubat dan memicit badan saya.
Esok pagi kami berangkat pulang awal pagi. Saya cuba tidur sepanjang jalan. Berharap kalau saya mati pun saya sampai di rumah. Di atas katil saya. Sesekali saya buka mata, saya melihat suami memandu 160kmj. Saya tidak larat menegur.
Tiba di rumah saya menjadi gembira dan kegembiraan itu mengurangkan rasa sakit saya apatah lagi, saya mendapat ubat yang sepatutnya saya makan. Bersyukur saya sakit dihujung percutian dan tidak menganggu mood anak-anak.
Dan walau saya masih sakit tapi Alhamdulilah, jika saya sudah mampu duduk dan membuat entry baru. Itu sudah mencukupi bagi saya..syukur Alhamdulilah. Tuhan pulihkan kesihatan saya.






20 comments:

Mrs.Sheikh said...

wah akak bestnya bercuti ..
sy kalo ke penang selalu di copthorne..ermm.. akak.. muzium tu mmg nampak kurang menyelerakan kan... tak tau la..syg sungguh..

ehh akak.. laptop encik seyit tu sangat cantik. purple..sy mmg suka purple tuuu :D

Dayah said...

Salam Kak Yati,
Wahh.. bestnya cuti ^_^ pandai Qaisara berposing.. amboi2 si kecik ni..
Moga akak cepat sembuh ya..^_^ rajin2 makan ubat ikut jadual ya kak

dlittlekitchen said...

salam k.yati.. seronoknyer tgk gmbr2 ni, rs teruja sangat.. wah! teta, kecik2 dh pandai posing ya, ojan & hakim tu sure senyum smp telinga, seronok bercuti...

lastly, sy doakan k.yati cepat sembuh sepenuhnya...

dlittlekitchen said...
This comment has been removed by the author.
Intanaziela said...

wah makan angin ke penang ye teta & co... tengok gambar2 teringat percutian kami ke penang. Penang dah macam Singapore kan kak, walaupun tak semua, kebanyakkan orangnya sombong2..huhuhu.

ibuayu said...

macam berada bersama di penang lak..semoga cepat sembuh

TINY LAIMAN said...

semoga cepat sembuh...nanti kak yati datang sabah yer...:)

Lady Arween said...

Salam kak yati..Wah bestnya bercuti..Suka tengok Teta posing..Kak , pasal cari jalan tu..akak beli GARMIN la..senang akak nk pi sana sini..la nie kat Low Yatt dh blh dapat dalam 5 ratus..Senang akak nak drive guna GARMIN

Nadiah Sidek said...

suami yg jenis duk tgk je isteri angkat brg2 berat mmg takleh hrp la. nama je lelaki..heh

berjln dgn keluarga mmg seronok, kn?

apapun, moga kak yati cepat sembuh..

Duke Luce Dell'amore said...

moga cepat sembuh kak..

tersengeh2 cam kerang busuk je jim baca entry ni..
mcm2 hak ngan si teta tu..kikiki...

Marzalina said...

salam kak..wah,qaisara seronok bercuti kat penang ye...intan tak sempat nak gi jumpa kak..maklumlah, kak datang time intan kerja hehehe..tapi tak apalah..belum ada rezeki nak jumpa..suatu hari nanti harap dapat jumpa..insyaallah.

GreenJade said...

wahhh pcutian famili yg sgt happening gitu

ade2 jek telatah Teta yg mmbuat kite x kering gusi nengok hahaha!!

bkt merah dh pulih blk ke kak?br lps banjir teruk tu ari..

idasm said...

salam kak, seronoknya baca kesah terpanjang akak ni.. hehe. ida mmg suka kesah jalan2 ni. pas tu dapat lak cerita detail cam ni. best!!!. mesti ojan n hakim pun seronokkan kak. bertuah diorang dpt andak mcm akak ni.

teta posing meletop kak. mmg ada gaya model gitu.. hehe. swimming suit teta tu yg akak beli kat sogo masa tu ari tu kan... hehe..

wah.. mr. seyit, laptopnya berwarna purple.. kelas gitu.. hehe..

tgk skylift tu, teringat masa pergi pakistan waktu nak naik ke pergunungan Meri. macam tulah rupa kabel carnya. punyalah kecut dlm hati.. hehe..

akak, semoga akak cepat sembuh. makan ubat ye kak dan rest secukupnya. teruk jugak demam akak tu sampai menggigil2. take care ye kak.

~:|:sara:|:~ said...

alhamdulillah, sara doakan moga2 sis cepat sembuh!
banyakkan rehat & minum air ye...

wa...beznye bercuti
nape akk x bawak derang p pesta penang?rasanya pesta penang dh start!
kt ctu mcm2 ade...hehehe

NORHAYATI BERAHIM said...

mrs sheikh..oh..dekatlah dengan toys museum hotel tu, seyit kara tu..bukan buat apa dengan pc tu main poker aje kerja dia..he.he

salam dayah? thanks dayah, dayah dah sihat tak? Qaisara time angin dia baik..poselah macam2..kalau time angin pus2 datang..suruh senyum pun tak mahu..

roza.budak2 lelaki ni dia seronok tempat2 yang mencabar dan tempat yang banyak jual CD games..itu aje..thanks roza..

intan..yelah, rasanya orang2 di KL, jurujual dia pun okay2 anak2 muda dia a bit rude,.tetapi jurujual di chowrasta n penang road..ramah2..

NORHAYATI BERAHIM said...

ibuayu thanks..

thanks tiny, insya-ALLAH..

Salam aween, isk..gamin ke, gps ke..baik pakai manual aje aween, buka tingkap tanya orang..ha.ha

nadiah thanks..memang lelaki macam tu..bukan perempuan aje marah, lelaki pun marah tau..

NORHAYATI BERAHIM said...

jim thanks..qaisara memang macam2 perangai..

intan..memang nak jumpa intan sangat tapi akak tak sihat, penat campur cuaca yang panas sangat..ingat nak pergi rumah intan aje.tapi sian pulak intan nanti MGM marah ke..ha.ha

tinie bukit merah okay aje..itik pun dah banyak semula..dulu tak ada itik da dimakan ikan toman..

NORHAYATI BERAHIM said...

ida..yelah bawak budak2 seronok tapi bergaduh aje yang bertiga tu, sekejap teta buli dia orang sekejap dia orang buli teta..susah nak dapat bawak ojan dan akim, syukur tuhan beri peluang..
cable car yang kat genting pun dan ngeri ida..apatah lagi macam tukan? iskk..tak maulah akak naik..kat bukit merah tak tinggi..

SyuQ said...

ujung2 percutian demam plak. alhamdulillah, selamat sumanya... semoga betul2 sembuh kak!

NORHAYATI BERAHIM said...

sara thanks..alahai budak2 tu bukan suka pergi tempat2 pesta cam tu..apatah lagi akak..kalau yang ada muzik2 ni bertambah demamlah akak..ha.ha..

syuq..thanks..selamat berada di rumah..ke mana2 kita pergi rumah adalah tempat yang paling selamat dan kita rindui..