Apa yang anda rumus dengan gambar ini?
Sebenarnya adik saya bekerja sebagai pengurusan murid di bahagian pendidikan khas di salah sebuah sekolah Jenis kebangsaan (Cina).
Hari ini ada persembahan dari pelajar-pelajar di sekolah adik saya di Mahkota Parade Melaka.
Salah seorang pelajarnya ketakutan untuk naik ke pentas dan meluru pada adik saya Ateh
Ateh memujuk dan memeluknya.
Anak ini walau bangsanya dan agamanya berlainan
tetapi dia rasa selamat dengan Ateh kerana dia tahu,
bangsa dan agama bukan ukuran dalam menjalinkan kasih sayang..
P/S nampak tak gambar terakhir Haji merenung ibunya tetapi tidak marah, kerana dia tahu pelajar ini memerlukan perlindungan.
5 comments:
Haji bijak..
saya rasa org yg bekerja dgn OKU ni adalah gifted dari ALLAH. tak semua org boleh buat benda ni kan.
sebak tgk gambar2 ni... sesungguhnya bangsa tidak menjadi penghalang dalam memberi dan mendapat kasih sayang.. apa lagi dalam keupayaan yang terbatas dan juga sayang utk insan benama kanak kanak
Tersentuh tgk pic ni kak...tahniah untuk Ateh. Nampak sgt adik tu comfort dlm pelukan ateh.
Kanak2 hatinya bersih...
Post a Comment