Dua minggu lepas saya jumpa seorang kawan saya. Dia tahu saya baru balik dari Eropah dan pantas sahaja dia bertanya dengan saya.
"Tie..kau beli LV tak?"
"Tak.."
Saya tahu kawan saya ni peminat LV dan dia sangat sukakan barangan yang ada jenama. Dari kereta sampailah kasut dan beg tangan. Saya pula jenis yang asalkan ada sudah. Beg guni kalau cantik saya bawak juga. Saya lebih suka abiskan duit dengan berjalan. Yelah masing-masing punya cita rasa.
"Hesy sayanglah.."
"Apa sayangnya pula.."
"Kau ada pergi LV punya butik tak?"
"Ada.."
"Mahal tak dekat sana?"
"Entah bagi aku mahal. Beg duit harga 200euro mahallah bagi aku."
Ya tiap kali nampak LV saya masuk. Masuk sahajalah. Rasanya LV di Jerman paling murah.
"Weh murahlah tu. Baru RM900lah.."
Glup..murahkah? RM900. Ha ha ha..
"Abis kau beli apa kat sana?"
Saya sudah tersengeh-sengeh. Saya tahu mesti dia gelakkan saya.
"Beli beg juga tapi taklah mahal.."
"Mananya.."
"Ini dia.."
Seperti dijangka dia tergelak-gelak tengok beg saya ini. Ha ha..beg jugalahkan. Dari Italy. Boleh sumbat kain baju, boleh sumbat semua benda. Ha ha ha..
-
-
-
-
-
RM120...ha ha ha Pak Seyit pun suka. Ringan dan kain baju untuk travel, 4 hari 3 malam boleh dibawa bersama.
7 comments:
~ eh kak yati..reen pung ske beg cengginie..bes tau..reen byk sling beg..dan sume nyer warna merah..!! kak yati kalo rajin..leh la lawat blog reen http://normawar.blogspot.com
http://narissalenscape.blogpsot.com
http://ceritapunbermula.blogspot.com
lawa lah beg tu akak, jalur2 warna warni :)
samalah..saya pun lebih suka habiskan duit utk jalan2 drp shopping.untuk makan pun ok jugak.
cun ape..rugged tu.i loikee too :)
saya pun suke jalan2...tp duit tak bleh nak kumpul pun...kena bisnes mcm kak yati gak laaa... yer laa... novel kak yati pun saya kumpul byk2...baru nak beli... takmo beli kat kedai...nanti takda otograf...hehe
Salam kak...cantik apa beg ini. Ringan dan berbagai guna. Kalau travel 2-3 hari memang beg begini paling sesuai. tapi....saya dah tua camni tak pandai pula pakai beg yang ringkas begini...satu beg besar tu pun tak muat bawa kain baju. iskkk.
Post a Comment