Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, July 29, 2011

PERSAHABATAN

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Ya saya ingin bercakap mengenai persahabatan. Apakah kita seorang sahabat yang baik? Saya tidak pernah mengaku saya sahabat yang baik walau saya cuba menjadi sebaik mungkin. Saya sentiasa merasa ada lompong yang perlu saya perbaiki dalam persahabatan. Walau saya pernah dikhianti berkali-kali dalam persahabatan. Dipergunakan. Tetapi saya tidak pernah serik, kerana sukarnya mencari sahabat yang baik seperti mencari berlian di dalam butiran pasir dipantai.
Dalam persahabatan saya sering memegang perinsip.
1. Tidak akan mencemburui sahabat saya sendiri, mencemburui apa yang dibuatnya, tidak mencemburui sahabat kepada sahabat saya dan tidak mencemburui kehidupan bahagianya.
2. Akan cuba menyedari kesusahan sahabat saya, membantu selagi terdaya, kalau tidak ada wang ringgit saya cuba membantu untuk mendengar dengan baik dan memahami.
3. Tidak akan bertanya apa yang dibuat oleh sahabat saya dengan rakan-rakannya. Bahkan saya gembira kalau rakan saya dapat bergembira dengan rakan-rakannya. Saya langsung tidak cemburu kalau sahabat baik saya Kham meletakkan gambar dia bergembira dengan kawan-kawan bolingnya, saya tidak cemburu kalau Aidah kawan saya dari Singapura keluar dengan kawan-kawan dari Semenanjung, saya tidak cemburu kalau Kusyi dengan kaum keluarganya, bahkan melihat Kusyi yang satu ketika dahulu melawan penyakit kembali gembira, merupakan satu kegembiran yang tidak terhingga buat saya. Bahkan saya tidak cemburu suami saya dengan kawan-kawannya. 
4. Saya tidak cemburu dengan apa yang dimiliki oleh sahabat saya. Kadangkala FB membuat orang cemburu, tetapi bagi saya orang yang sakit jiwa sahaja akan cemburu dengan FB (maksud saya mereka beli barang dan meletakkan di FB). Sebab saya bukan jenis manusia yang nampak sesuatu barangan perempuan saya terus suka. Saya ada barang kegemaran saya, tetapi orang lain melihat sahaja gambar yang saya letak atau kawan-kawan saya poskan di situ terus cemburu. Sampai menutup FBnya. Penyakit ini perlu diubati...
5. Kawan-kawan saya selalu menghormati waktu saya bersama keluarga. Selepas pukul 8 malam dan setiap hari Ahad. Selepas 8 malam memang kawan rapat saya tahu, mereka tidak akan menelefon saya kerana tahu suami tidak suka kawan-kawan saya menelefon. Katanya bercakap sahaja di FB atau di ym (suami tak menghalang saya bercakap di FB dan YM sampai malam pun). Jadi saya harus menghormati privacy kawan-kawan saya. Saya tidak menelefon pada malam hari, kalau keadaan terdesak saya akan menghantar SMS sahaja.
Tetapi saya manusia biasa, kadangkala tergelincir dari landasannya. Tetapi saya rimas dan lemas dengan sahabat yang terlalu cemburu, terlalu mahu tahu apa yang kita lakukan dan bertanya dengan saya apa yang sahabat saya lakukan.. Saya bukan sahabat yang suka menjaga tepi kain orang lain. Sahabat saya semuanya mempunyai rahsia mereka sendiri yang mungkin mereka tidak mahu beritahu saya dan saya hormati itu. Saya tidak akan mendesak dan bertanya berlebih-lebihan. Mereka sudah dewasa..
Entry saya ini seperti luahan perasaan yang sangat kecewa...tetapi bagi saya saya masih sayangkan semua persahabatan dan sahabat saya, tidak ada siapa yang berkecuali...

4 comments:

aida said...

Saya pun sayang semua yg saya anggap sahabat walaupun beberapa kali saya diperlekehkan, dipergunakan dan lebih teruk difitnah. Namun saya tetap tidak serik untuk bersahabat. Dua hari yg lepas, Allah menguji saya tentang persahabatan, walaupun saya teramat sedih dengan apa yg berlaku, alhamdulillah, rupanya Allah nak memperlihatkan saya tentang kejujuran dlm persahabatan. Satu pelajaran yg pahit, namun kita akan kuat menerimanya.

yatie chomeyl said...

Saya leh jadi sahabat akak jugak tak? hehe

eima.manan said...

betul tu puan. saya setuju bebeno. cemburu tak bertempat dan akhirnya membuahkan rasa dengki. bila datang dengki mula ada yg mencaci di belakang. bila mencaci di belakang, parahlah sebuah persahabatan. sukar bertolak ansur dan mementingkan diri. terpaksa bersabo. bila sabo lebih, org pijak kepala pulak. fenin.

kakyong said...

kak,
selamat menyambut Ramadhan Almubarak..
terima kasih atas nilai persahabatan yg kak hulurkan untuk saya.. :D
tiada kata2 yg lebih besar, selain ucapan terima kasih & semoga Allah murahkan rezeki kak sekeluarga..