Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 28, 2011

HOBI


"Apa hobi kau orang semua masa dahulu.."
Tanya Kusyi. Malam itu di Singapura, sambil duduk berbual, makan buah mangga, mee rebus, goreng pisang dan karipap kami bersembang.
"Saya tak ada apa pun.."
Kata Kham sambil ketawa. Kata Kham dia miskin sebab itu dia tidak dapat mengumpul apa-apa. Saya pun miskin, jawab saya.
"Saya kumpul stem.."
Balas Aween. Wah hobi budak baik dan saya dengan selamba memberitahu.
"Kumpul gambar Sudirman.."
 Gempak gempitalah jadilah rumah Aidah yang kami tumpang semasa di Singapura. Mereka semua mentertawakan saya.
"Wah..mana gambar itu sekarang?"
Tanya Kusyi dan kami ketawa lagi. Ya..saya masih ingat bagaimana saya amat meminati Sudirman dan semua berita tentangnya akan saya gunting dan saya kumpul. Banyak buku saya mengenai Sudirman ketika itu. Separuhnya sudah saya berikan pada pengajur yang membuat pameran mengenai Sudirman dan separuhnya saya tidak tahu entah ke mana.
"Saya suka kumpul pemadam.."
Cerita Kusyi lagi. Kusyi menceritakan bagaimana dia bergaduh dengan abangnya dan siabang membaling semua pemadam miliknya. Dia pula kerana geramkan si abang, dibalingnya baju si abang ke atas pokok. Sekali lagi kami ketawa.
Setiap orang mempunyai kenangan dan hobi semasa kecil. Selain daripada mengumpul cerita dan gambar Allahyarham Sudirman, saya suka mengumpul buku cerita Bercakap dengan Jin, karya Tamar Jalis. Sampai sekarang saya tertanya-tanya bagaimana rupanya Daun Serunai Malam yang disebut di dalam buku tersebut. Daun yang membolehkan seseorang melihat hantu yang berada di sekelilingnya.
 Saya juga suka mengumpul setem tetapi selepas habis bersekolah menengah buku setem itu sudah saya serahkan pada adik saya.
Ya..setiap kita ada kegemarannya semasa kecil. Anda semua bagaimana?
Aida yang bersebelahan saya dan juga Watie yang berbaju biru yang melayan kami sepanjang kami berada di Singapura. Terima kasih banyak-banyak Aida dan Watie, tak lupa juga pada Rose yang belanja kami makan. Sayang kau orang semua!



12 comments:

~ orochi ~ said...

~ kakyati..reen ske kumpul stem..!! dan hobi tuh kekal sampai skang..! salu berebut stem ngan bebudak opis yg punye hObi yg sama..! stress tau..ahahaha sbb kena berebut stem..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

eliss pun suka kumpul setem tapi skang suka kumpul tisu pulak :) tisu tu ada printed nama restoren/hotel ajer :)

hubby pun kalo pegi mana2 pun, tolong amikkan jugak :)

idasm said...

Bestnyer pg jln2 ramai2...

saniah said...

salam...biar betul k.yati.siri bercakap dengan jin - tamar jalis tu?saya pun kumpul jugak selalu kena kutuk dgn hsbnd n anak2..haha skrg saya sorok sbb ada anak yg suka baca pastu tak boleh tidur mlm menyusahkan pulak..sorok punya sorok langsung hilang..hahaha

yatie chomeyl said...

kita srupaaaa. hobi saya kumpul gambar dan berita yang keluar kat paper danmajalah pasal JRU. siap ada 3 buku koleksi. buku2 tu dah pun selamat di poskan ke KRU sebelum sambung master 3 tahun lepas heheehe

nizamsani said...

kumpul komik.
tapi dah bakar semuanya.
dimakan anai-anai.

eima.manan said...

kumpul buku/majalah. nota belajar, buku belajar masa sekolah rendah pun ada lagi. suka tgk buku byk2.
koleksi buku cerita masa zaman2 kecil dulu plg syg, tapi macam @nizamsani jugak, dimakan anai2. takde tempat nk simpan, pi simpan dlm beg balik kg. sampai sekarang terkilan. huhuhu. nak cari balik, susah dah buku tuh.

Leeza said...

hobi saya sentiasa berubah...dulu saya suka kumpul tudung botol lemenat , dalam tudung botol itu ada getah bergambar bendera2 negara luar. tudung botol ini jadi alat permainan dan bahan untuk buat matematik dan kraftangan.

BHMB said...

hobi sy dr dulu, kini dan selamanya suka MEMBACA..x kira la majalah ke novel or buku..berckp ngan Jin tu pun penah baca..hehe..
majalah kartun pun saya smpai sekrg simpan..nasib la dpt jodoh pun yg kaki kartun..eh..kaki baca majalah kartun..hehehe

noyida said...

Hobi saya membaca, tak kiralah segala bahan bacaan, asal dpt baca. Kadang tengah bersihkan taugeh, suratkhabar yg dialas pun jadi bahan bacaan, sambil petik taugeh. Ok sekarang hobi saya memasak dan travel travel.

noyida said...

Kak Yati, Minta maaf banyak2 seandainya ada kekurangan atas layanan kami semasa Kak Yati dan rakan rakan di Singapura. Sampai nak cari mangkuk kat rumah saya pun xde. Haru betul. Sorilah Ya. Lain kali bertandang lah kat rumah di seberang, insyallah pinggan mangkok semua ada. Dan saya akan usahakan memasak utk kalian. Harap jangan serik ya Kak. - Aidah & Wati

Intanaziela said...

kak yatie...intan pun pernah suatu ketika menyimpan keratan berkaitan sudirman, tetapi sampai umur belasan tahun je hobi tu, lepas tu bertukar hobi jadi membaca...dan salah satu buku kegemaran ialah Bercakap dgn Jin, Tamar Jalis. Bila dah tua ni takut pula nak baca buku cerita seram kak..hahahah