Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, July 15, 2011

SIAPA YANG DUNGU?

Pagi 9 July saya berdiri di hadapan pintu pagar rumah jiran cina saya. Kami berbual buat seketika dan riuh anjingnya yang comel juga menegur saya. Anjing itu sering membuat saya geli hati. Kalau kawan-kawan saya datang. Sibuk dia menjenguk dari celah pintu dan mulutnya bising seolah-olah bertanya khabar. Saya sudah biasa dengan keadaan bising tersebut tetapi kadangkala bersyukur, dengan adanya anjing tersebut kalau saya tidak ada di rumah sekurang-kurangnya dia boleh menjaga rumah saya.
Hari itu kebetulan saya mahu ke rumah Aween di Sungai Buluh. Aween ada buat majlis makan-makan. 
"Nanti jemuran kalau tak kering suruh mamilah angkat ya.."
Bibik memberitahu saya.
"Mami ada rumahkah?"
"Ada kot tapi masa saya di dapur dia ada." balas bibik.
Ya..mami pula jiran belakang rumah saya. Kalau kami keluar, hujan turun dia ada di rumah  bergesa dia mengangkat jemuran saya. Bahkan kalau lama saya tidak memasak rendang, mami akan beritahu saya. Dia teringin mahu makan rendang. Mami memang suka makan rendang cuma dia tidak tahu memasak sahaja.
"Mami..." saya dengar bibik menjerit di dapur.
"Ooooi....." saya mendengar mami menjawab separuh menjerit juga.
"Mami saya mahu keluar.."
"Hayooooo...lu dengan umi sama sahaja. Jalan, jalan jalan..."
Dengar mereka bergelak ketawa. Entah apa jugalah cerita mereka berdua. Tidak lama kemudian terdengar suara yang berdua sudah jadi 3. Ini mesti nenek cina tidak jauh dari rumah mami datang bercerita pula. Nenek ini memang suka datang rumah saya melihat pokok bunga. Kadangkala kami bergaduh pokok bunnga siapa yang paling cantik. Dia memang tidak pernah mengalah, madang mengatakan pokok bunga dia yang tercantik. Ha ha ha ha
Ya inilah kehidupan biasa saya, saya berjiran dengan ramai jiran Cina dan India. Kadangkala jiran India tidak jauh dari rumah meminta daun kari dan kunyit saya. Walau hidup di bandar perpaduan kaum ini tetap kekal dan mesra.
Sebab itu bila beberapa organisasi media melaporkan Ibrahim Ali sebagai berkata orang Cina perlu tinggal di rumah ketika protes Bersih dan simpan bekalan makanan. Saya sangat marah. Kenapa kenyataan itu harus keluar dari mulut seorang pemimpin? Pemimpin apakah ini yang cuba memecah belahkan kaum sedangkan perhimpunan tersebut bukan perhimpuna Melayu mahu membunuh Cina dan begitu sebaliknya.. 
Sebagai pemimpin bukankah tugasnya beliau mengajak rakyat bersatu padu. Tidak baca sirahkah beliau, di mana Rasullullah berjaya menyatukan kaum Madinah, Aus dan Khazraj sehingga menjadi satu kaum Ansar. Bersama kaum Ansar, kaum Muhajirin dan juga Yahudi yang terdiri daripada tiga puak semua hidup aman bersama. 
Zaman sekarang rupanya ramai pemimpin yang lebih dungu dari rakyat. Bagaimana pemimpin seperti ini dipilih saya benar-benar tidak mengerti atau kita yang dungu kerana tersilap memilih pemimpin seperti tu.....


5 comments:

yatie chomeyl said...

LIKE sejuta kali entry ini. jelas dah nampak, siapa yang DUNGU

New Mama Mia said...

saya puuunnnn setuju sgggttt!!!=)

Melissa Imran said...

Salam Kak Yati,

Keluarga dari belah emak saya semuanya cina, dan mungkin kerana ikatan kekeluargaan, saya tidak pernah bersyakwasangka terhadap bangsa-bangsa lain. Berdasarkan pemerhatian saya, kita rakyat jelata yang tidak berpangkat ini tidak pernah mengiraukan hal-hal perkauman. Kata-kata berbentuk hasutan ini selalu dikeluarkan oleh pemimpin, baik kerajaan atau pembangkang. Saya selalu merasakan bahawa banyak pemimpin hari ini suka mengapi-apikan rakyat menaruh syak wasangka terhadap bangsa lain.

cikgu awin said...

salam kak yati..
setuju dgn akak..sbnarnya pemimpin yg banyak menakutkan rakyat..pemiimpin yg boleh sentiasa keluar tv perdana...

Effa said...

always like & agree...