Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, December 14, 2009

TETA PERGI KELAS

Hari Sabtu yang lalu saya menghantar Qaisara ke kelas bahasa Turki yang diadakan di Sekolah Horizon. Iaitu sekolah yang dikelolakan oleh badan bebas dari negara Turki. Sekolah di situ menempatkan sekolah tadika, rendah sehingga sekolah menengah.


Ini adalah hari pertama Qaisara walaupun sebenarnya ini adalah kelas ke empat. Disebabkan setiap hari Sabtu ada sahaja kerja saya dan suami, baru sekarang dapat menghantar Qaisara ke kelas tersebut yang terletak berdekatan dengan PWTC. Seperti biasa, bila hari pertama anak masuk kelas. Emaknya pun masuk kelas dan belajar sekali...he.he... Di Sebelah Qaisara itu adalah Suraya. Berusia 7 tahun. Orangnya peramah.
"Auntie why she dont want to speak?"
"She can speak or not auntie? Kenapa dia diam sahaja aunti." Itu soalan Suraya pada saya apabila melihat Qaisara hanya diam dan tersenyum-senyum sahaja. Qaisarakan gadis melayu terakhir, pemalu kalau tak kenal orang. Saya lihat ramai anak-anak dari perkahwinan campur ini agak agresif,bijak dan suka bertanya.

Kelas ini sebenarnya khas untuk anak-anak yang beribu bapakan salah seorangnya bukan berbangsa Tuki dan kebanyakkan yang datang itu, adalah anak-anak yang ibunya berbangsa melayu. Nampak tak salah seorang emak kepada pelajar dan juga sahabat saya yang sama-sama masuk dalam kelas. Ha.ha.ha..anak beliau sebaya dengan Qaisara. Tahun hadapan baru 4 tahun.


Qaisara nampaknya gembira berada di dalam kelas ini, tetapi nama pun budak-budak selepas 2 jam Qaisara sudah mula bosan dan mula merayau sana sini dalam kelas. Qaisara antara pelajar yang termuda dan yang paling besar pelajar berusia 10 tahun. Jadi sudah pastilah ada jurang di situkan..Tapi tak apalah biarlah Qaisara belajar, sekurang-kurangnya ada beberapa perkataan Turki yang dibawa balik ke rumah dan secara tak langsung. Anak murid 'bangka' seperti saya pun belajar sekali..he.he.




11 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

kejap2...akak pun duduk guna kerusi budak2 ker...hihihihi...so sweet =D

malu2 jer Qaisara dalam gambar...comel =D

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
Wahh.. bestnya g sekolah! Rindu nak sekolah hehehehe
Lepas ni pandailah Qaisara communicate in tukish kan

ain said...

tu hari masa saya ke Istanbul, tak sikit pun nak amik tau bahasa turki even I Love Istanbul. Segan nak tanya.hehehe

Leeza said...

heehehe..baguslah. welcome to school.kalau tak selesa pakai kerusi kecik tu, esok-esok bawa kerusi sendiri..hahahaha

GREENJADE said...
This comment has been removed by the author.
GREENJADE said...

wahhh seronotnye umi Teta pon bley tumpang blajar jugeks..smbil nyelam smbil minum air nih hihihihi

somel jek anak dare sunti akak tu ala2 malu2 kucing..hehehe

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

alahai..comelnya umi teta blajar kt skolah turki tu..kikiki..
teta dah xperlu dipuji lg..kecomelan tiada tandingan!

sape yg tolong amik gambar tu kak??mesti beriya2 die pun blajar skali tu kn?hehehe..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

nuar..abis da tak ada kerusi lain hentam ajelah..ha.ha..nasib baik kerusi tu teguh!

Dayah..qaisara tahu sikit2 dalam bahasa Turki sebab ayah dia selalu bercakap dgn dia, umi dia aje..sikit2 lupa..

Ain..kita nak bercakap ngan siapa, bahasa tu kat sini? sebab tu kita tak pedulikan?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Tinie, akak yang menyanyi lagi kuat daripada budak2 tu tau tak! Ha.ha.ha.

Jim..Mr Seyit Kara yang ambil gambar tu, tapi dia tak join pun..dia pergi melepak minum kopi kat PWTC lepas tu dia baru datang ambil anak dan bini dia..ha.ha.

yatie chomeyl said...

wah, nti teta dah boleh lah ckp turkish dgn hubby akak

mamashilla said...

Anak murid BANGKA kak ..hahaha..

- shilla bangi -