Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 10, 2009

TETA CANTIK TA!

Rambut Qaisara memang sudah panjang. Bila saya ke kedai gunting mahu mengunting rambut saya, saya suruh dia gunting rambut sekali. Bukan sahaja dia tak mahu, budak perempuan yang gunting rambut di kedai pun tak mau. Kata dia sayang..mahu digunting rambut Qaisara yang cantik itu. Suruh ikat pun dia tak nak. Dia lebih suka rambutnya lepas bebas begitu.



Hari ini kedua-dua abangnya Ojan dan Akim memujuk dia mengikat rambut.
"Teta cantik Ta kalau Teta ikat rambut.." Pujuk Akim.
"Ya..Ta, nanti ramai orang puji.." Ojan pulak ambil bahagian.
Dek termakan pujuk, Teta pun biarkanlah kedua-dua abangnya mengerjakan rambut dia. Mula-mula Akim menyikat rambut dia.


Kemudian abang Ojan pula. Qaisara memang susah mahu menyikat rambut. Kalau mahu menyikat rambut dia kadangkala terpaksa dipaksa. Saya peluk dia dan bibik sikat rambutnya. Punyalah susah..


Walau tak ada adik, Akim dapat mengikat rambut Qaisara dengan baik dengan diperhatikan oleh Ojan.




Tada...rambut Teta sudah siap diikat. Tapi sekejap aje. Tak sampai lima minit dia dah buka ikat rambutnya dan abang-abangnya cuba mengikat lagi tetapi tidak berjaya!

Tengoklah macam-macam dua beradik ni buat kat rambut Qaisara. Tetapi sekejap ajelah. Lepas tu si Qaisara buang getah rambutnya...





16 comments:

Nor Azlina Yusof said...

salam kak yati...rambut Qaisara memang lawa..ikal..la kan trend org duk perm rambut nk wat rambut cm Qaisara...Sayang kak..kalu potong

Shams Ali said...

kak yati, rambut teta cantik dilepaskan begitu sahaja... erm dah ebsar sikit nanti dia akan rimas sendiri dan akan minta diikat.tp memang rambut dia canti dibiar lepas macam tu je..

ain said...

rambut teta cantik bila dilepaskan begitu je!! ok lah kakk...asalkan dia tak rimas, biarkan je tak yah ikat.

dlittlekitchen said...

a ah... ske tgk rambut teta ready cantik, x sikat pon still cantik, skrg kan style xyah sikat.. guna jari pon boleh..heheheheh..

Tp kagum laa.. 2 abang2 tu, teta seronok ada 2 org hairdresser, abg plak cam enjoy merias model comel..

Pija Madzlan said...

Anak saya mcm tu jugak kak...tapi kan, lepas guna gtah Jepun tu, he he...memang lekat lah sampai mandikan atau diorang tidur...h he..

rambut asmaa' saya lurus, tapi rambut arwa ikal sikit...saya rimas kalau tak ikatkan...

Nadiah Sidek said...

mak sy pernah kata kebanyakan bdk mmg tak suka diikat rambutnya..diorg rimas tp bila besar nnt rimas pulak kalau rambut tak berikat :)

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

hahaha..
die nk jd mode; "guna jari pun boleh" tu kak..
rmbut die cantik..
tp klu akak paksa die potong,agak2 die ngamok tak?

Unknown said...

Teta sudah semula jadi cantik... belum sekolah lagikan.. kalau saya saya biarkan, sbb bila dah sekolah mmg kena ikat...

yatie chomeyl said...

mmg cantik kalau teta lepaskan je rambut dia tp kita yang menengok ni risau takut dia kepanasan kan kak?

Marzalina said...

intan pun tak penah nampak teta ikat rambut..ni baru first time tgk..comei..hehe..nasib baiklah ada abang2 sepupu dia yg rajin kan..hehehe...layankan aje sepupu dorang yg comei ni =)

Madam Casper said...

Qaisara macam kakak. Rambut panjang tak mau potong. Last ibu guna kuasa veto kasi zassss jaa walaupun abah melarang huhuhuhu.
Nampak benar yang Ojan dan Akim sayang kat Teta...

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hahahaha...nuar kalu piah pulak suka buat mock saloon dalam rumah...sampai tertidur nuar kalau kepala diusik...syampu kononnya...ekekeke

Mrs.Sheikh said...

rambutnya cantik ...
chumel kan kak..

eh akak ..sofa akak tu lawaaaaaa iskkk...cantikk sungguh ..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kelako tgk si ojan ngn akim..
agaknya klu kak jah ada anak pompuan abih dikerjakan rambutnya dek abang2nya hahaha!

GREENJADE said...

comelnye kedua2 bidadara itu mendandan Teta..hehehehe

Balqis Rashdeen said...

kenapa Qaisara boleh jadi teta ya????