Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 16, 2009

SABARLAH..CT

"Sedih saya umi?”
Pembantu rumah saya berkata pada saya pagi tadi, matanya berair. Heasy apa kena pula si Sari ni menangis. Tertanya-tanya juga hati saya.
"Kenapa dengan kamu ni?"
“si CTla umi..”
Oh..CT adalah nama pembantu rumah jiran saya. Beberapa minggu yang lepas CT pulang ke Indonesia bercuti. Saya ada menyedekahkan dia sedikit wang untuk dibawa pulang. CT seorang pembantu rumah yang baik dan majikannya pun seorang majikan yang bagus. Sari pembantu saya sering beritahu, suka sungguh dia melihat hubungan CT dan suaminya. Tiap kali CT menelefon pasti meminjam hp Sari jadi Sari dapat mendengar si CT bercerita dan bercakap dengan suaminya. CT ini buta huruf jadi tidak tahu ber SMS.
Bila saya dengar CT hantar duit kepada suaminya, saya pesan, jangan bagi CT hantar duit pada suami sepenuhnya. Simpan sikit untuk dirinya. Silap-silap esok suaminya berjoli dengan perempuan lain. Sebab saya pernah terbaca di Kompas, seorang pembantu rumah di Riyadh membunuh diri. Rupanya bila disiasat, wanita itu berasa begitu kecewa. Selepas 2 tahun di bumi Arab itu, dia mendapat tahu rupanya sisuami sudah berkahwin lain dan duit yang dikirimnya digunakan untuk membiayai kehidupan dengan isteri baru. Kerana kecewa si pembantu rumah menjerut lehernya dengan tali.
'Apa kena mengena dengan CT, sampai kamu macam nak menangis?"
“CT minta balik cepat..” beritahu Sari.
“Oh itu aje, ..bosan agaknya bila tinggal di Indonesia. Asyik kena keluar duit jadi dari dia duduk Indonesia baik balik ke sinikan?”
Saya tidak mengesyaki apa-apa.
“Tidaklah umi, hari itu CT balik tidak beritahu suaminya tarikh dia mahu pulang. Mahu bagi terperanjat suaminya. Bila dia tiba di kampung, rupanya suami ada isteri baru. Tinggal di rumah mereka. Sudah pasti CT terperanjat. Sudah ada anak pun umi..”
Saya mengucap panjang. Saya terbayangkan wajah CT. Dia bukan seorang perempuan yang cantik tapi saya tahu CT seorang pembantu yang baik. Sudah tiga tahun bekerja dengan majikannya dan tidak pernah membuat onar. Bertungkus lumus dia bekerja demi mahu menyenangkan keluarga tetapi apa yang didapatinya?
Kasihan sungguh saya dengan CT. Kalaulah suaminya ada depan mata saya, mahu sahaja saya hempuk kepala suaminya dengan belati. Memang sebagai lelaki, suami CT berhak berkahwin lain kerana CT yang jauh dari keluarga bertahun-tahun lamanya. Tetapi bukankah si suami yang menyuruh si isteri berhijrah dan paling menyakitkan hati memakan hasil titik peluh si isteri.
"CT di mana sekarang?"
"Duduk di hotel. Sejak balik hanya beberapa hari sahaja tinggal di rumah. Dia tidak sanggup serumah dengan madunya.."
Ramai perempuan tidak sanggup bermadu, apatah lagi serumah. Nasib CT ada rumah untuk ditujunya di Malaysia dan sekarang ini CT bertekad mahu bekerja, membeli tanah dan rumahnya sendiri selepas bertahun-tahun ditipu suaminya.

9 comments:

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

aduh!
kesiannya kt CT..
jim kecewa ngan sikap lelaki yg lepas tgn & mkn hasil titik peluh isteri ni..DAYUS sgt!
lelaki mcm tu yg menyebabkn sesetengah perempuan memandang serong pd kaum lelaki..

moga ade balasan yg setimpal utk CT & suami..

Leeza said...

Kesian si CT...
Ini petunjuk dariNya untuk dia. Macam betul sahaja ramalan akak ni. Akak jadi nujum belalang boleh ni...Bila baca entry ini seribu kali syukur za tak kahwin...hahaha.

GREENJADE said...

Astaghfirullah
ciss bedebah tul suami CT tuh
ksenangan dibina di atas kesengsaraan insan lain..
moga CT trus tabah dgn ujian Allah..ada hikmah disbalik sesuatu yg tjadi..moga CT bjaya mcapai impian ms dpn..InsyaAllah :)

Hamizah said...

kasian CT..semoga Allah memberi gantian yg lebih baik untuk mengubati hatinya..

ibu aira said...

kesiannya kat ct... bersusah payah nak bahagiakan keluarga hempedu yg dibalas. sy paling menyampah dgn lelaki yg makan hasil duit perempuan ni! tak sedar diuntung punya jantan!!! ish geramnya.. grrrrr!!!!!

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
Aduh pedihnya jika berada di tempat CT kan kak.
Sudahlah kerja siang malam alihnya lakinya di sana bersenang2 .. pulak itu berkahwin lain tanpa meminta sedikit pun restu!!
Lelaki yg teruk begitu!
Buat CT tabahkan hati, ia mujur bekerja di sini, gajinya lumayan!

Nadiah Sidek said...

kesiannya. tak baik betul suami dia buat dia cmtu

yatie chomeyl said...

semoga CT bangkit dr kekecewaan ini dan menjadi wanita yg lebih tabah . bekerja utk menyenangkan dirinya sendiri lebih bagus

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

tak ke mana kebahagiaan hubungan suami CT dengan org baru dia tu...smpi makan hasil bini...euwww