Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 29, 2009

KALAULA


Pram atau stroller yang boleh memuatkan bayi sehingga 30kg. Kalau saya beli, senang saya, Qaisara baru 16kg.

Saya kalau sudah berjalan memang tidak tahu penat. Perangai saya tumpah kepada Qaisara yang memang kaki jalan. Minggu lepas semasa ke KLCC, saya merayau-rayau bersama suami dan Qaisara. Hampir 4 jam kami ke sana. Itu pun selepas suami memberi hint pada saya.
"Honey i want my sarung!"
Ha.ha.ha..itu bermakna, dia mahu pulang ke rumah pakai kain pelekat, menonton telivisyen atau berinternet sambil minum kopi kegemarannya. Qaisara masih tidak puas, menangis-nangis mahu membeli belah lagi. Tapi kami balik juga.
Malam seperti biasa Qaisara sudah pasti menyuruh saya memicit kakinya. Lenguh katanya.
"Saya ingat nak beli stroller barulah.."
"Aik buat apa honey?" mata suami saya terbeliak.
"Qaisara sudah tak suka stroller lama tu lagi, dah kecik untuk dia. Saya ingat saya nak belikan yang besar yg 30kg punya. Bila dia duduk dalam stroller taklah penat saya picit kakinya malam-malam."
Suami saya mendadak sahaja ketawa. Entah apa yang mengelikan hatinya.
"Awak tu kalau si Qaisara itu boleh di bonsaikan macam pokok awak kat luar sana. Awak buatkan? Supaya dia sentiasa berada di celah ketiak awak, boleh awak dukung, boleh awak ciumkan?"
Saya tersengeh-sengeh mendengar kata-kata suami. Walau saya menindakkan, tapi dalam hati terfikir juga. Kalaulah anak saya boleh dibonsaikan, sentiasa kecil dan comel. Alangkah bagusnya, supaya dia sentiasa bersama dengan saya...


Kalaulah ada pilihan saya mahu Qaisara sentiasa kecil seperti sekarang. Sentiasa boleh dipeluk, dicium dan diajak bermain.









13 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

eh takmo takmo...nak tengok Qaisara besor...mesti cantek orangnyer

ada ke mau dibonsai pulak...ish3x...ekekekek =D

Pija Madzlan said...

hopefully dah besar anak2 saya juga masih mahu dipeluk dan dicium2 mcm sekarang.....

betull aaa...biarlah teta besar dan cantek!!!

yatie chomeyl said...

semua ibu mesti ada feeling mcm ni kan kak? nak peluk cium anaknya sentiasa...i guess mak kita dulu pon rasa camni gak kan?

idasm said...

akak ni.. macam2lah. ada ke nak dibonsaikan.. hahaha.. biarlah teta membesar jd anak dara yg comel lote gitu..hehe. akak jgn lupa ajar dia pakai kain batik yea, mesti cun kan.. hihihi...

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
Dayah igt ada baby baru.. buka2 nampak stroller.. x konpius..

Mesti teta kata, x mo x mo.. teta dah besar umi... teta nak jalan.. teta nak jalan.. sambl hentak2 kaki.. kekekekeke..

Hamizah said...

salam kak yati,
kat perth ni saya perhatikan mak2 suka letak anak atas stroller wpon umur dah 4,5 tahun..saya cuba jg..senang kan,barulah mak boleh jln2 n shopping2 puas2

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha.ha..nuar, kadangkala tak sabar juga tunggu dia besar..nak dapat menantu..

sitisifir, yelah..akak fikir pun begitu, biarlah qaisara besar masih mau dipeluk dan dicium macam abangnya Ojan..

yatiechomely, sebagai emak, akak rasa.perasaan itu biasakan..sentiasa mahu anak2 berada di sisi..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ida..akak jarang pakai kain batik, selalunya kaftan tulah...dia kalau akak pakai lain dari yg lain di rumah mesti dia cakap? umi ni nak pergi mana? ha.ha

Dayah..masin mulut dayah kalau dapat baby baru atau ada orang nak bagi akak baby..ha.ha

Hamizah, memanglah..macam anak2 tok arab juga, sampai umur 7 tahun pun dia orang sumbat dalam pram lagi. Memang senang pun..

Anonymous said...

bile dh penah rasa ada anak kecik,memang kalo leh nak selalu dia besar camtu jek..
dah panjang sgt,rindu nk peluk cium ye..hehehe

Balqis Rashdeen said...

Pn NB, bagi saya yang belum beranak pinak ni kadang2 bila nampak budak2 diletakkan di dalam pram (budak dah besaq umuq lebih 3 tahun) rasa janggal. Tapi bila baca cite Pn NB dari entry terdahulu sampai la ni barulah saya tau 'banyak ghupenye kegunaan pram ni. lau tak sian mak bapak'.

Tapi dah besaq tentulah si Teta mahu bergerak menggunakan kakinya sendirikan? :p Kesian pulak Pn NB kene picit kaki dia memalam. Ghisau saya bila dah besaq besok balik koje dia suh umi dia picitkan kaki dia lagi :D

Saya suspect la kan... Besaq besok, upe si Teta ni sejibik macam cover buku Teta Pergi Umrah..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

krsty memang..kalau boleh janganlah anak tu besarkan..sentiasa kecil dan comel..

Balqish..ha.ha.masa tu emak dia pun da tua sangat2, tak ada kuase nak picit kaki dia...tak tahulah macam mana le rupa anak saya besar esok, apa pun rupa dia, dia tetap anak saya sayang sampai bila2

GREENJADE said...

hehehe sian teta nk dibonsaikan..x chantek lah kak..nmpk bantut & bantat gitu hahahaha..

bia lah Teta mmbesar cpt2..sure tiut miut cam auntie tini dia..hahaha nk jugek auntie tini enterprem tuh hahaha!!

Intanaziela said...

kak yatie..kejap aje anak2 ni membesarkan...macam intan pun begitu...sentiasa membayangkan hadif tu kecil walaupun tahun depan dah masuk sekolah rendah..huhuhu..