Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 24, 2009

JADILAHKAN..

Pagi-pagi sahaja terbangun saya termenung di birai katil. Hari ini 24hb! Keputusan PMR akan diumumkan.
Dalam hati saya mengatakan Ojan ni dapat 7A 1b, sudah berapa hari nombor 7A itu mengasak minda saya. Ojan bukanlah dikategorikan murid cukup cemerlang. Dia seorang yang agak sederhana, skema tapi pekertinya baik di sekolah. Merupakan pengawas sekolah.
Pagi-pagi lagi saya sudah beritahu Suraya editor saya, pada firasat saya Ojan akan dapat 7A. Memang antara ahli keluarga kami, tidak percaya kemampuan Ojan kerana didalam UPSR dia hanya dapat 3A sahaja. Bahkan ayahnya dan uminya menganggar dia mendapat dalam 5A sahaja berdasarkan sikapnya yang terlalu relax dan cool.
"Ojan boleh jawab tadi?"
Saya masih ingat saya bertanya, ketika saya menunggu dia di luar sekolah. Mengambil dia pulang dari menduduki peperiksaan kerana uminya yang ketika itu masih berada di dalam waktu mengajar.
"Boleh.."
Tenang sahaja jawapan Ojan. Berapa hari saya ambil dia, berapa hari itu jawapan dia tetap sama. Tetapi dia mengeluh ada satu dua mata pelajaran yang agak susah baginya.
"Ojan nak pergi sekolah teknik.." Ojan pernah beritahu saya perkara tersebut.
"Pergila, belajarlah sungguh-sungguh. Tak mahu minta MRSM?"
"Tak mahulah andak, tak minat.."


Tam..Tam tengok keputusan Ojan. ha.ha..ha.. Ojan dah tak ada orang nak ditunjukkan keputusan peperiksaannya.



Ojan minat melukis. kata dia dia mahu jadi arkitek kalau tidak jadi pelukis komik sahajalah di syarikat saya.
Semakin mendekati 24hb semakin risau saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa yang cemerlang dari Ojan, cuma saya risau dia tidak dapat mencapai cita-citanya ke sekolah Teknik dan belajar lukisan kejuruteraan. Sekurang-kurangnya biarlah dia mendapat 5A. Itu doa saya siang malam.


Inilah si Tam, kucing yang sering diajak oleh Ojan bercerita


Namun pagi tadi ketika menerima panggilan daripada kakak saya di sekolah yang dia sudah melihat keputusan Ojan terlebih dahulu sebelum Ojan melihatnya. Saya menjerit kuat!
"Syukur Alhamdulilah.."
Air mata hampir bergenang. Firasat saya rupanya benar. Tidak lama kemudian saya menelefon Ojan.
"Andak kalau Ojan beritahu keputusan Ojan, andak terperanjat tak?"
"Tak..Andak dah tahu keputusan Ojan.."
"Aik..mana andak tahu?"
Ojan begitu terperanjat sekali. Saya ceritakan firasat saya dan saya beritahu dia yang uminya yang menelefon saya.
Ayah Ojan sendiri bila diberitahu dia mendapat 7A macam tak percaya. Mana tidak percaya. Ojan yang jarang mengulit buku, asyik melukis, membaca komik dan bermain PS2 boleh mendapat keputusan yang agak baik walau tidaklah terlalu cemerlang..

Ini komputer yang ke berapa saya beli pun, saya lupa. Kena ingat balik. Tapi ini saya beli untuk Ojan, tanda kasih sayang saya padanya. Supaya dia senang belajar melukis.. Janji saya kalau dia dapat 8A, saya bawa dia ke London. Nampak gayanya tak dapat le....


10 comments:

Mrs.Sheikh said...

tahniah ojan...7A dah cukup baik tu... tahniahhhh :D
untung ojan dpt lappy!!!

Umie said...

tahniah kat Ojan...anak saudara umie dapat 6A then anak saudara belah husband umie 9A...budak sekarang ni pandai-pandai belaka...

Deeeee said...

Salam Kak Yati,
Wahh beruntungnya jadi Ujan.
Andak sayang ^_^
Cayalah Ojan.. Congrate tu you Ojan!!
Go go go Ojan..
Hopefully your dream come true ^_^

Anonymous said...

tahniah Ojan...
mmg best la jd Ojan
hihi

ain said...

saya juga mempunyai kebimbangan yg sama pd ikram, wlupun upsr yg lepas dia dpt 5A, saya risau bila dia melangkah ke tingkatan 1 nanti. Ikram pun lebih kurang ojan gak, suka melukis, bc komik , main ps dan psp. Dia bijak cuma too playfull. Berbeza ngan kakaknya zati. wlupun tahu hari ni kuar pmr, hati saya biasa2 aje sbb yakin dia boleh. all this while pun mmg dia top 5 kat sekolah. apa2 pun tahniah utk ojan!!

yatie chomeyl said...

wah kuat betul firasat akak ye..
tahniah Ojan

Nadiah Sidek said...

tahniah! sy rs ojan ni dlm kelas jenis yg concentrate la kak sbb tu dia blh dpt 7A mcm sepupu sy sorg tu..tak pernah nmpk di belajar kat rmh tp blh dpt result bagus mcm ojan

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

wah!
akak smpaikn ucapan tahniah dr jim kt Ojan tau..
7A tu dh kire antara plajar cemerlang r kak..i'allah, ade rezki utk die p skolah teknik tu..

since1990 said...

a'ah 7a tu dh kire cemerlang dh la tu.satu tu mana la tau pemeriksa tak check betul2..huhu..tahniah!

GREENJADE said...

tahniah Ojan!! sama ngn anak buah saye..dorang yg nk amek result mak sedara yg sorang nih lak bedebar2 hehe