Alhamdulilah, selesailah sudah tanggungjawab saya membawa adik ipar saya bercuti. Tanggungjawab ini akan diambil sepenuhnya oleh suami kerana pada hari Jumaat saya akan ke pesta buku Brunei. Syukur segalanya berjalan dengan cukup lancar sekali dan saya gembira kerana dapat mengembirakan adik ipar dan suaminya.
Percutian hari pertama ke Sungai Congkak. Saya memaksa adik ipar saya memeluk bahu suaminya. Suami adik ipar saya agak kuat beragama dan jarang mahu menunjukkan kasih sayangnya. Suami bergurau supaya gambar mereka suami isteri di sungai Congkak ini dihantar ke majalah Sufi..he.he..
Saya sekeluarga juga tidak lupa tumpang sekaki untuk bercuti. Lebih-lebih lagi Qaisaralah..seronoknya bukan main lagi bila dapat bermain air di sungai Congkak. Alhamdulilah. Orang tidak begitu ramai.
Selepas ke Sungai Congkak kami ke Bukit Merah. Saya suka ke Bukit Merah kerana banyak tempat yang boleh dilawati dan kami boleh bermain air di taman tema di sana. Saya ambil gambar ini ketika dalam perjalan ke pulau Orang Utan. Adik ipar saya sudah pandai bergambar mesra begini..he.he
Salah satu tempat yang kami lawati di Bukit Merah, adalah Pulau orang Hutan. Ini adalah Sultan Mike, ketua Orang Hutan di Bukit Merah. Mike mempunyai 4 orang isteri (Orang utan Islam ni) bernama Jenab, Babbon, Nicky dan yang paling disayanginya ada Nafisah. Perhatikan 'pad' di pipinya. Semakin besar 'pad' di pipi setiap orang hutan, (jantan sahaja yang mempunyai pad ini) semakin tampanlah mereka dan bertambah banyaklah orang utan betina yang akan tertarik .

Qaisara ni interframe sungguhla! Masih lagi di Bukit Merah di Eco Park.
Suami takut-takut berani dengan ular sawa ini.
Saya langsung tak berani. Cuma berani berdiri sahaja dengan ular sawa ini. Kaki itu, kaki sayalah.
Qaisara di ECO Park di Bukit Merah. Suka sangat dia melihat burung yang jinak-jinak
Di Eco Park banyak pengalaman baru yang dialami oleh adik ipar dan suaminya. Mereka benar-benar gembira kerana dapat mengambil gambar dengan burung-burung dan binatang yang banyak dilepaskan bebas di sini.
Biras saya bergambar dengan iguana. Mata iguana tersebut terkedip-kedip memandang kami. Rupanya iguana jenis ini hanya makan sayuran dan buah epal.
Riang sungguh adik ipar saya dapat bermain dengan air di Taman Tema Bukit Merah.
Bibik saya tangkap syahdu..mungkin terkenang kampung halaman..he.he
Selepas ke Congkak dan Bukit Merah, kami pulang ke Melaka. Saya bawa adik ipar saya ke taman rama-rama, Mini Malaysia, A-Famosa, Bangunan Merah dan akhirnya ke Tanjung Bidara.
Balik daripada Melaka pokok bunga tulip saya semakin berkembang

Qaisara dapat main air dan pasir di Tanjung Bidara, sukalah dia. Tetapi di Tanjung Bidara, kami diganggu dengan beruk/monyet yang bukan main banyak sekali. Saya menjerit apabila makanan yang diletak di sebelah saya dirampas oleh mereka. Saya rasa pihak yang bertanggungjawab perlu mengadakan pemantuan di sepanjang pantai tersebut. Sayang pantai yang cantik, seperti Tanjung Bidara, diganggu dengan beruk/monyet yang cukup banyak. Surau di Tanjung Bidara..terlalu kotor . Tahi cicak merata sana sini. Saya lupa mahu mengambil gambar.
Balik daripada Melaka pokok bunga tulip saya semakin berkembang
7 comments:
indahnya percutian! qaisara comel! weeee! ;D
Membahagiakan orang adalah satu kerja yg mulia kak tambah2 keluarga sendiri,jika mereka bahagia maka kita pun bahagia dan semoga kebahagian yg ada pada masa ni berkekalan hingga selamanya dan tentu qisara lagi seronok dan selamat datang k BRUNEIDARUSSALAM.
seronok kan dpt hiburkan fmly yg dtg dr jauh.
wah...dah kembang dah tulip akak! cantikk!!!
salam kak,
wah tulip!
bestnya~
salam kak yati.. jelesnye tgk bunga tulip kak yati tuh.. huhuhuhu..
Seronoknya dan dapat mengembirakan keluarga yg dtd dari jauh. Wau bunga tulip cantiknya. Jeles kita tengok.
Post a Comment