Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 3, 2009

KECEWA DI HATI

Ada satu sikap buruk saya, bila kecewa. Saya suka beli komputer. Ini komputer yang ke 14 rasanya saya beli tadi. Tapi komputer itu tidak saya simpan semuanya. Sudah diberi pada adik, kakak dan juga abang saya.

Hari ini saya pandang Sari. (dia pembantu rumah saya)
Sari pandang saya.
Dia rasa kecewa, saya lagilah.
Saya rasa sudah lama tidak berperasaan begini.
Sama rasanya apabila mengetahui kucing kesayangan saya mati,
Sama seperti diberitahu yang saya gagal masuk universiti,
Sama seperti saya ditinggalkan kekasih..
Saya tak lalu makan,
Sari lagilah..dia tidak biasa menghadapi keadaan begini.
Saya tanya dia..
“Apakah sejak akhir-akhir ini saya pernah marah kamu seperti orang itu cakap?”
“Tidakla ibu, kitakan selalu bergurau. Ibu amat baik dengan saya..”
Kami senyap. Diam. Galau di hati terlalu sukar untuk diredakan. Kepala saya terasa sakit. Saya rasa tidak berdaya.
Saya tahu Sari pun begitu.
Sayang hari ini saya tidak boleh mengaji Al-Quran.
Mengadu pada ALLAH. Tapi Sari boleh.
Saya hanya mampu berzikir. Perasaan kecewa itu hilang dan datang lagi.
“Sudah jangan fikirkan sangat. Ada hikmahnya..sekarang kamu tahu, jenis-jenis manusia bagaimana. Orang yang bermuka macam mana. Orang yang gila kuasa macam mana?”
Saya rasa tidak berdaya. Suami memeluk dan menenangkan saya.
Kasihan Sari, tidak ada sesiapa yang akan memeluk dia. Meleraikan rasa derita yang ada di dalam dadanya sekarang ini.
“Umi kenapa?” Mata bulat Qaisara bertanya. Anak comel ini akan sentiasa perasan kalau saya tenggelam dalam kecewa. Kalau saya menangis, dia akan meraung hiba.
“Tak apa-apa sayang. Umi okay. Pergi tengok bibik. Bibik okay tak?”
Suruh saya. Qaisara akur. Entah bila resah ini akan hilang. Entah bila rasa sakit hati ini akan terbang.
Dan buat masa sekarang ini..rasa marah dan kecewa itu masih belum padam.

Komputer hijau, beg juga hijau. Orang kata hijau menenangkan perasaan saya. Tetapi entahlah...

16 comments:

shila said...

ISK2 Kenapa kak? keluhan di atas mcm sarat benar bunyinya sabaor ye

ain said...

salam kak...dilanda dugaan lagi ke..???Ada org buat cerita psl akak dn pembantu akak..??? Sabar ye kak. Semoga Allah melapangkan hari2 mendatang akak daripada dugaan lagi.

Lily Haslina Nasir said...

salam kak yati!
InsyaALLAH semuanya akan kembali tenang! InsyaALLAH akak akan menjadi lebih sabar! Ini mungkin dugaan utk akak dlm meniti kejayaan NB KARA. Lily yakin akak mampu mengharungi apa pun dugaan yg datang.. bukan ke akak yg selalu beri semangat, beri nasihat dan berpesan kepada kami utk sentiasa sabar... InsyaALLAH, ketenangan akan bersama akak selepas ni!

Marzalina said...

kak NB, kenapa kecewa? pelik gak kan..kalau kecewa beli komputer..hehe...apapun intan harap kekecewaan kak NB takkan berpanjangan..cantik la laptop tu...

p/s: intan suka buku inferrior tu..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Shila..
terukla kali ini..memang teruk sangat..melibatkan kepercayaan dan wang ringgit..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ain..
kalau orang mengata..akak masih kebal, tapi inilah dugaan hidup yang perlu kita tempuhi. Akak..kalau masa tak boleh bersolat, ada masalah..aduh..lagi terukla..tak tahu kenapa..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

salam Lily,
sedih tgk orang sedih..lagi teruk kalau daripada kita sendiri yg bersedih. Tapi tak apalah..betul kata Lily ini dugaan untuk NB kara..insya-ALLAH, ada perubahan nanti yang sedang menanti..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Marzalina,
he.he..memang akak kalau tension..selalu gi shopping. tapi orang perempuan suka beli handbeg, kasut tapi akak suka beli komputer ngan jam tangan..he.he..

dhan said...

salam kak yati....
Allah menduga kepada kita kerana Dia Maha Mengetahui kemampuan kita...
Lagipun Allah sayang sebab tuh kita diduga...
Mungkin ada hikmahnye... Bersabarlah

NIk Fauziah Nik Hussin said...

"Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar...".
Memamg susah untuk sabar, tapi itulah maknanya sabar, kena tahan walau sakit!
"Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammin bikhair"

Madam Casper said...

kak yati
sabar byk2 kak...macam2 dugaan yg harus kita tempuhi kan bila nak berjaya..kadang2 rasa lelah sgt..

wanupeh said...

Assalammualaikum kak Norhayati...

Mula-mula sekali...cantiknya laptop, cantiknya cover laptop ^__^

Saya tak tahu macamana perasaan kecewa, apabila kita hilang kepercayaan pada seseorang...tp saya dah memahami rasa kecewa, apabila kita hilang kepercayaan daripada seseorang...sedih, pilu, hiba, tertekan, lebih-lebih lagi bila kita menjadi mangsa keadaan... Masa tu, saya teringat tulisan kak Norhayati dalam Harum Chempaka (kalau tak silap) berdoa agar terhindar dari beban fitnah...saya pun terfikir, selama ni kalau berdoa, selalu minta murah rezeki, panjang umur, kuat hati n iman...tp tak pernah berdoa terhindar dari beban fitnah. Selepas tu, hari2 saya berdoa moga2 terhindar la dari beban fitnah ni...Alhamdulillah, Allah memang maha mendengar...yang tersimpul dah terungkai, yang terselindung dah menunjukkan rupa...

Semoga kak Norhayati terubat rasa kecewa dihati, semoga kak Norhayati terlindung daripada keburukkan dan kejahatan terutamanya daripada manusia2 yang berniat jahat, berburuk sangka dan yg melakukan perkara2 yg syirik...Amin

p/s: kak Norhayati, lepas ni kalau tak tahu nak forward laptop yang tak nak guna lagi...saya angkat tangan siap2 ni...hehehehe
^__^

SaYanG kidA said...

salam yati... setiap yg berlaku ada hikmahnya.. yati bnyk2 sabar... moga ada yang jauh lebih baik buat yati nanti.

anim

Unknown said...

Erkk..naper k.yati?ada yg tak kena ngn laptop ke atau perkara lain?Puas jue tilik laptop tu..cari apa yg tak kena...apa cantikla laptop tu..kaler ijau lagi...

Apa pun hrp k.yati dan sari bersabar yer...semua tu ujian..

kaknOOr said...

Salam Yati ..akak cuti lama ni baru mula kerja masuk rmh yati baca n3 terkejut.
Tapi laptop hijau tu cantik tenang aja tak npk cam laptop.
Apa yang berlaku itu adalah dugaan dari ALLAH SWAT.Akak sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yg ALLAH turunkan.Setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga yati sabar & tabah.

hertiny said...

Salam Kak Yati...
hehehe ni lagi lah tiny jumpa org pelik sebab kalau geram beli laptop...jam tak nak kasi ngan sapa2 ke? hehehe tiny pun angkat tangan dulu klu akak nak kasi jam...(tiny gurau je)

Akak jgn le sedih kak..senang tiny katakan macam ni lah kaka,bila tiny baca semua novel akak tiny nak jadi sekuat watak yg dalam novel akak...akak yg bagi kami pembaca setia novel akak seorang wanita yang tabah dan kuat melalui tulisan2 dari novel yang akak ilhamkan? justeru itu tiny harap akak pun mcm tu..kuat dan sabar menghadapi dugaan...dah nama nya kita manusia kak...justeru itu akak kena kuat..dan tabah..kami semuakan ada..bukan saja kami yang sedih bila akak sedih qaisara lagi sedih mcm tu juga bibik n hubby akak...ingat kak kami semua ada bersama akak..