Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 10, 2009

MACAM-MACAM MALAS.

Malas sungguh nak bangun pagi ni. Tapi sebab Qaisara menangis-menangis, mengigau. Mahu tak mahu saya terpaksa bangun juga. Jeling jam baru pukul 3.30 pagi. Saya ni dah macam burung hantu. Sejak bertahun-tahun yang lalu tidur saya memang tidak pernah berkualiti. Saya akan bangun 3-4 kali untuk membuat susu Qaisara dan menukar lampinnya.
Lepas solat saya menghadap komputer.
Malas sungguh nak baca suratkhabar sekarang ini.
Semakin dekat peralihan kuasa, semakin macam-macam berlaku.
Manusia sudah tidak menghormati antara satu sama lain
Macam tak fikirkan pasal mati pula.
Bila-bila manusia akan mati. Esok lusa akan mati.
Tapi orang-orang gila kuasa ni, fikir mereka, mereka immortal, akan hidup selama-lamanya.

Mahu menulis, malas sungguh….
Bukan saya kena writer block,
Idea ada macam-macam dalam kepala
Setiap Jumaat-dah selesai di edit,
Tunggu cover aje-si Nora ni mana dia cover den?
Teratak Alam dan melebihi 600 mukasurat.
Ini yang malas ni, nak kena baca semula.
Buku baru pula memerlukan saya ke kubur, menghayati kesedihan orang yang ditinggalkan
Terbayang pohon kemboja dan pokok puding atas kubur emak, hati jadi sayu.
Terasa rindu pada emak.
Terbayang nyamuk yang ganas mengigit, besar-besar…
Alahai malasnya nak pergi.

Teringat kata suami siang tadi.
Jom kita balik Turki, dah lama sungguh tak balik..
Terbayangkan 12-13 jam dalam perjalanan. Bosannya!
Qaisara mesti merayau dalam kapalterbang. Dia mana boleh duduk diam waima 5 minit.
Aduh malasnya.
Tapi kalau tak balik, kasihan pula suami.
Lagipun sekarang ada MAS Fair, Tiket ke Istanbul murah gila.
Tapi nak book online satu masalah juga..
Aduh malasnya…

Pukul 4.30pagi perut saya benar-benar terasa lapar.
Semalam balik dari kampung, menghantar Hakim ke sekolah berasrama di sana
Saya tak makan sampai malam.
Tetapi masa tengah hari, saya makan nasi ayam kari emak tiri.
Yummy yummy. Sedap sungguh.
Malasnya nak menyelongkar peti sejuk.
Nanti pembantu rumah cakap siapalah pulak, dekat dapur tu.
Bertambah malas bila terbayangkan
terpaksa memanaskan lauk pauk yang sudah mengigil kesejukan.
Malas sudah menjadi berganda-ganda!..

Pukul 4.35 pagi..
Terdengar suara anjing menyalak, berbalah sesama sendiri.
Saya pandang keluar. Banyaknya. Mereka bergaduh.
Ke semuanya anjing liar.
Mahu sahaja saya menghalau kerana terlalu bising.
Tetapi kali ini bukan malas..
Tapi saya takut…he.he.he..

10 comments:

ain said...

saya pulak akan jadi sungguh malas bila mula baca novel. alamat semua kerja bertangguh le. hehehe...kdg2 pulak bila malas tp paksa utk rajin akan jadi tension pulak..alahai!!

liya71 said...

kita ni wanita memang dilahirkan untuk menjadi tabah, sabar dan kuat.. kuat semangat utk melawan kemalasan... tapi bila malas melanda cepat2 la istighfar.. insyaAllah hilang rasa M tu.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Sesekali malas tu biasalah... Lumrah kita yang bernama manusia! sebab itulah Nabi ajar kita berdoa mintak dijauhkan lapan perkara:
runsing, dukacita, lemah, malas, kedekut, bakhil, bebanan hutang dan tekanan orang berkuasa.

Marzalina said...

kak NB..jgn malas2 hahaha...jgn malas tulis novel tau..hehehe...

tiny laiman said...

Salam Kak Yati..dan hari ini saya pulak dilanda penyakit tu....adoi....

NORHAYATI BERAHIM said...

Ain..
malas kerana rajin membaca. wah..bagus tu. tapi kalau dek asyik membaca, rumah tak berasap..susahlah jugakan..he.he

NORHAYATI BERAHIM said...

liya71
Memangla Lia, ada hari2nya kita mahu berehat dan bermalas-malasan, tetapi memikirkan ada sahaja kerja yang tidak selesai..terpaksala kemalasan itu dibunuh..

NORHAYATI BERAHIM said...

Nik..
memanglah..malas sesekali sekali, malas yang tidak memudaratkan..tak apakan..

NORHAYATI BERAHIM said...

Marzalina..
insya-ALLAH, menulis novel jarang yg malas..tapi nak pergi satu tempat, nak dapatkan idea dan feel tu kekadang agak malas..he.he

NORHAYATI BERAHIM said...

Tiny..apa pasal malas pulak tiny? sesekali bermalasan..tak apakan..