Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, February 16, 2009

SAJA AJE

Biasanya hari minggu adalah hari keluarga. Tetapi semalam kerana saya galit dengan komputer suami pula galit dengan berchatting kami keluar rumah sudah agak lambat jadi tidak ada tempat yang paling dekat untuk kami tuju kecuali Putrajaya. Mak ai..bila kami sampai di tasik putrajaya dekat dengan masjid, punyala ramai orang di situ. Nak parking kereta pun payah. Disebelah masjid apa lagi, parking sudah melimpah2.

Saya geram dengan pokok bunga yang ada di sini. Teringat saya, di Mekah, pokok bunga jenis ini ditanam subur di sana, walaupun Mekah kering. Rasanya mahu saya cabut ambil bawa balik. Tetapi bila teringatkan, esok di akhirat kena pikul cari tuanpunya pokok ni (arwah emak selalu ingatkan saya begitu). Alahai....tak jadila.
Matahari turun. Kalau dapat kamera yang canggih, mesti cantik gambar ni tapi ini kamera digital. He.he.he..inila hasilnya.

Part berposing, bagilah dekat Qaisara dengan babanya. Uminya memang jarang berada di dalam gambar.
Kemudian singgah di Alamanda, untuk makan malam di Manhattan Fish Market. Saya order crispy shrimps untuk pembuka selera. Sedap juga, Qaisara pun suka. Teringat saya, saya makan ikan kecil yang digoreng dengan tepung dan boleh dimakan tanpa tercekik tulang di tepi laut di Istanbul. Satu masa nanti saya perlu bawa Qaisara untuk merasa keenakkannya.
Ini memang kegemaran suami. Grilled Norwegian King Salmon Filet. Mana-mana dia pergi memang dia sukakan salmon. Kalau dapat makan salmon, komennya mesti..'very nice our dinner to night!', saya ingat masa dia ke Jepun..dia tak jemu hari-hari, makan ikan salmon, tapi di Turki tidak pernah pula saya jumpa Salmon. Turki makanan lautnya, memang cukup mahal
Ini makanan yang saya pesan. Grilled Platter for one, Ikan, calamari dengan 2 ekor udang. Bila baca menu memang nampak selera. Tapi apabila sudah menikmatinya..dalam hati saya cakap. Huhh..makan nasi dengan sambal goreng, ikan sepat masin lagi sedap..he..he.he..

4 comments:

ain said...

anak pompuan saya suka mkn kat Manhattan Fish..anak lelaki saya tak suka pulak..so we all kena beli ns lemak bungkus bawa masuk manhattan fish. saya pulak suka mkn buttery mussels. sedapp!!!

p/s..tak sabar nak tunggu novel terbaru kak NB.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Salam ain..
anak lelaki ain, perangainya macam akak agaknya..he.he, mana2 pergi, teringatlah sambal goreng, laksa, rendang ayam, nasi lemak sambal kerang, sambal sotong.seperti komen suami akak, you ni pegi mana2..tak pernah cakap masakan orang sedap, tak abis2 dgn masakan orang malaysia! Yelah..sudah kita membesar..dgn masakan tersebut, lidah pun da biasa kan, paling akak suka..keluar negara, berada di Mekah dan Madinahlah, sebab..dia orang memang sediakan masakan melayu..he.he..

kak lia said...

Putrajaya memang tempat yang sangat menarik. Tiap-tiap kali saya bawa anak2 pergi mesti diorang rasa pelik, sebab mesti ada aje tempat yang rasa tak pernah tau/pergi.

Marzalina said...

dua hari lalu intan ada mimpi jumpa qaisara...hehe..comel giler la dia..:)