Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, February 1, 2009

KALAULAH AKU

Sajak ini biasa-biasa sahaja. Saya cipta kerana rasa sakit hati yang tidak boleh diucap. Dan saya tahu perasaan saya ini sama dengan perasaan waris-waris yang terkorban kerana sikap angkuh ke tiga-tiga manusia laknat ini dan orang-orang yang berada di belakang mereka.

Tuhan melaknatikau
Shimon Peres, Bush dan Ehud Olmert

Kalau ketiga-tiga lelaki itu dapat ku tangkap.
Akan kubariskan mereka di pantai laut mati
Bersama sorakan berjuta manusia dunia
Aku akan tanya pada jutaan manusia ini..
Hukuman apa yang perlu kita beri
Kesakitan apa yang mereka bertiga perlu rasa?
Jawablah semua..
Aku akan mempertimbangkannya..

Ketika itu pastinya, datang seorang wanita..
Matanya sudah menanah menangis air mata darah
Dengan suara terketar dia berkata..
Buatlah apa yang pernah dibuat kepada anakku.
Anak lelaki yang berusia 4 tahun
Yang pastinya tidak pernah mengerti hasad dengki,
Tidak pernah tahu
Rupanya ada manusia yang hatinya terlalu gelap seperti syaitan
Anak aku tidak melakukan apa-apa?..
Dia hanya bermain di padang, menikmati zaman kanak-kanaknya.
Tetapi dia ditembak hanya 2 kaki daripada kepalanya..

Kita tembak, kita tembak..2 kaki daripada kepalanya
Jutaan manusia itu bersorak penuh ghairah..

Datang seorang lelaki tua..
Tampangnya kelihatan lelah menahan derita
Hatinya sudah punah dicarik rasa
Menahan derita kehilangan 5 anaknya.
Seorang di tembak dari jarak dekat ketika mahu ke sekolah
Seorang mati di medan perjuangan..
Seorang tubuhnya berkecai ketika hospital tempatnya bekerja musnah
Seorang tubuhnya penyek di langgar kereta kebal
Dan yang seorang itu. Satu-satu harapan yang tinggal
Mati merana kerana fosforus..

Kita bom mereka..
Kita tembak mereka
Kita rendam mereka dalam fosforus!

Datang lagi seorang wanita dengan tangisan tanpa henti..
Tangan kanannya hanya tinggal putung,
kaki hanya diganti dengan tongkat.
Dengan suara kehilangan rasa dia berkata
Mereka telah meletupkan rumah tempat kami berlindung.
Aku kehilangan ibu, aku kehilangan ayah.
Saudara lelaki ku mati hangus,
Saudara perempuan ku dirogol dan dibunuh,
Suamiku dipenggal kepalanya..
Anak-anakku ditembak dengan gelak ketawa..

Bunuh..lelaki ini, bunuh keluarganya.
Kita hancurkan zuriat mereka…bunuh mereka..
Kita penggal anunya..
Kita penggal kepalanya,
Kita gelek tubuh mereka dengan kereta kebal..
Kita musnahkan segala keluarganya.

Dan kalau aku ada kuasa..
Ketiga-tiga lelaki itu
Aku ku suruh cium kaki-kaki keluarga dan waris
Segala insan yang mereka bunuh..
Sebelum aku membenamkan mereka..

Di dalam kolam yang penuh dengan binatang berbisa.

5 comments:

ZARA said...

The problem is, we can't live in the world of 'IF' sebab itulah lebih ramai lagi yang terkorban, lebih banyak lagi bangunan-bangunan musnah. Pemimpin negara mana sekali pun hanya mampu bersuara 'HENTIKAN KEKEJAMAN!' Itu saja yang mereka boleh lakukan. Gamatlah di sana sini melaungkan 'Selamatkan Gaza' namun lihatlah... yang tidak mahu terjadi tetap terjadi. Semoga Allah SWT menghancurkan ketiga-tiga mereka itu, termasuklah negaranya sekali.

Syabas Yatie... kakak juga akan turut serta ganyang mereka sekiranya peluang itu ada. - ZARA

ain said...

kalau lah saya juga ada kuasa... Semoga Allah memakbulkan doa2 kita agar si syaitan bertopengkan manusia itu mendapat balasan. terseksa sebelum mati!!

thumbeLina said...

yelah akak,
dorang disokong kuasa besar sampai kita yang kecil ni tak mampu nak buat apa2..cuma mampu lihat dan berdoa..

tapi saya, mengambil jalan untuk tidak ambil tahu..bukan sombong, bukan pentingkan diri tapi sebab hati saya rapuh..nanti tidak mampu nak buat apa2 sebab sedih melihat..
kesan yang sangat mendalam..

macam perang kat bosnia tahun 1993/1997..walaupun masa tu saya masih brsekolah rendah, tapi masih tertinggal kesan sedih sampai hari ini..

hanya mampu berdoa.

tiny laiman said...

SALAM KAK YATI..
kalau tiny ada kuasa cam diorg, tiny akan buat balik apa yg diorg buat kat org. jadi sama2 rasa baru boleh tahukan...tapi apa nak buat tiny hamba allah biasa je...hanya doa yang tiny mampu hantar agar tuhan bagi balasan yang setimpal dengan apa yang diorg dah buat kat org.

since1990 said...

bagusnya sajak puan ni..sempoi tapi bahasanya ttp cntik...