Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, February 20, 2009

SURAT DARI SRI


Semalam saya menerima surat daripada Sri. Dia memohon maaf dengan saya berkali-kali dengan apa yang berlaku. Dia menjelaskan secara terperinci kenapa dia melarikan diri. Saya sudah maafkan dia dan bagi saya, segalanya sudah berlalu. Dia hanya datang sekejap dalam hidup saya. Saya tidak perlu fikirkan sangat tentang Sri. Gadis itu sudah menjadi kenang-kenangan. Namun saya dapat lihat surat Sri amat berbeza dengan email manusia yang menyebabkan Sri lari. Surat Sri penuh rasa rendah diri, tetapi e-mail manusia yang menyebabkan Sri lari penuh dengan keegoan dan alasan mempertahankan diri.

“Umi, persahabatan memang sukar dibinakan..”

Pembantu rumah saya Sari bersuara sebaik sahaja usai membaca surat tersebut. Mungkin dia merujuk pada persahabatan dia dengan Sri. Dia yang membawa Sri bekerja dengan saya, tetapi kemudian Sri melarikan diri. Dia seperti bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan rasa bersalah dengan saya.

“Memang, persahabatan kena dibina secara perlahan. Melalui kepercayaan dan kasih sayang…”

“Tetapi bila musnah begitu pantas sekalikan. Begitu mudah. Hancur macam tu sekali”

Saya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Saya dapat rasakan betapa gembiranya Sari mendengar khabar daripada Sri, walaupun surat dari Sri itu adalah untuk saya, bukan untuk dia.

“Persahabatan macam rumah, macam bangunan tinggi. Mengambil masa untuk dibina. Untuk dibangunkan. Kadangkala berbulan-bulan, kadangkala bertahun-tahun. Tetapi bila bencana datang dalam sekelip mata segalanya musnah. Kadangkala rumah yang roboh itu boleh dibangunkan semula. Kadangkala tidak.. Tetapi kalau sudah dibina semula, diperbaiki namun keretakkan itu pasti nampak juga..”

Panjang lebar saya memberitahu. Mata Sari seperti berkaca.

“Hati saya luka..”

“Saya tahu, kamu tidak boleh salahkan diri kamu. Kamu tidak bersalah apa-apa dalam hal ini. Sri yang bersalah, orang yang menyebabkan Sri lari itu bersalah”

Saya teringat sudah berapa ramai saya bersahabat dengan orang, berbuat baik dengan orang. Tetapi akhirnya saya ditikam dari belakang. Mereka langsung tidak menghargai persahabatan yang saya berikan. Saya sebenarnya sudah muak, terlalu muak dengan apa yang berlaku. Sekarang hati saya sudah tidak ada rasa lagi.

“Bolehkah kita maafkan orang?”

“Sudah pasti kita harus maafkan orang, tetapi terpulang pada kamu mahu membangunkan persahabatan itu semula atau membiarkannya..”

“Saya tidak boleh lupa sampai bila-bila..”

“Dia memang bersalah, membunuh kepercayaan kamu. Tapi dia ada sebab melakukan begitu. Tetapi ya,..kita tidak boleh lupa. Kamu kena belajar supaya tidak melupakan apa yang orang buat pada kita supaya ianya menjadi pengajaran berguna, tapi kita harus maafkan orang…”

Saya selalu melupakan apa yang orang lakukan pada saya, saya sering memaafkan. Tetapi manusia yang sudah terlalu selesa dengan saya ini selalu lupa diri. Sebab itu dia terus-terusan menikam saya. Sudah berkali-kali dia melakukannya. Sehingga saya sendiri tidak dapat mengira, sudah kali ke berapa dia melakukannya. Saya tahu sudah sampai masanya saya tidak memberi muka,tidak melupakan apa yang orang ini telah lakukan terhadap saya walaupun saya sudah memaafkan.

3 comments:

ain said...

Kak NB..saya juga pernah alami apa yg kak NB alami. Pershabatan yg sekian lama terjalin putus hanya dlm beberapa minit sahaja. kerana mulut org ke 3. Sedihnya rasa masa tu. Tp saya melihat hikmah dr tragedi ini sungguh baik di mana saya tdk lg bergaul dgn kwn2 yg suka berpura2 dn talam 2 muka.

Madam Casper said...

kak yati...
forgive but not forget....macam mana tu?? walau dah berkali memujuk hati melupakan semua ...

Travellingbie said...

salam kak yati,
just found your blog...

Forgive and Forget...memang sukar nak diimplementasikan dalam kehidupan kan, walaupun dah maafkan tapi tak lupa apa yang orang tu dah buat. For me. i'm still trying to forget eventhough dah lama memaafkan...but i'm still trying, becoz life's to short to keep the bad and sad moment in life. :)