Di lapangan terbang Qaisara sudah ada peminat. Anak kecil ini datang kepada Qaisara dan mahu mencium Qaisara. Terlupa mengambil gambar ketika anak kecil ini mencium Qaisara. Anak bermata biru ini adalah anak pasangan Sepanyol dan Amerika yang sekarang ini tinggal di Surabaya. Rupanya Qaisara dikerumuni peminat terlebih dahulu daripada saya.
Handsome tak jejaka yang duduk sebelah Qaisara ni. Bakal menantuku? Aduh..jauh tu Brunei? Adik kecil yang tampan ini, adalah salah seorang anak buah kepada peminat saya. Namanya Mohammad Gibriel Kamaludin (maaf kalau tersalah ejaan).
Handsome tak jejaka yang duduk sebelah Qaisara ni. Bakal menantuku? Aduh..jauh tu Brunei? Adik kecil yang tampan ini, adalah salah seorang anak buah kepada peminat saya. Namanya Mohammad Gibriel Kamaludin (maaf kalau tersalah ejaan).
La...yang ini siapa pula? Macam pernah ku nampak orang-orang ini di Malaysia? Huawah..ha.ha..Wan Amyln, Nacha, Kak Noor, Notie (hari itu saya tulis Uda nasib nacha remind..sorry notie). Da ramai2 mata da kelabu. Lagipun Notie bila senyum lain, serius cam tu lain pulak rupanya..ha.ha. Mereka..buat kecoh di Berunei..he.he..rajin sungguh dia orang ni! Noorsuraya dan Mariah daripada Jemari Seni pun ada datang bersama mereka tetapi tidak ada dalam gambar.
Bersama Lilo. Lilo sebenarnya seorang berbangsa cina tapi suka memakai tudung kerana sudah biasa katanya. Cantikkan dia pakai tudung..terima kasih Lilo atas segalanya..
Liza..berjumpa juga kita. Rantai yang diberi oleh Liza kepada Qaisara cantik sungguh. Qaisara sampai bawa tidur dan sampai sekarang tidak mahu ditanggalkan.
Dengan Hajah Rose yang kelakar. Gembira dapat berjumpa beliau. Kata Hajah Rose sampai terbersin-bersin dia mencari novel saya dalam simpannya untuk di bawah agakr dapat ditanda tangani oleh saya. Kata dia, novel dalam simpannya sekarang ada dalam 700 lebih dan dia berharap akan dapat mencecah sehingga 1000 buah.
Qaisara dengan sesiapa sahaja, dia menyempil. Bersama Bikash Nur Idris dan Hafirda Afiela penulis Fajar Fakeer. Mereka berdua ini memang rajin sungguh melayan Qaisara. Nanti senang-senang kita jumpa lagi ya adik-adik.
Penulis Berunei Nuraini Juhaini. Terima kasih kepada Nuraini yang sanggup membawa kami berjalan-jalan pada waktu pagi di Bandar Brunei. Sempat dia mengusik saya, esok-esok kita bolehlah berbesan. Apa tidaknya, Nuraini ada 6 orang anak lelaki yang comel-comel belaka.
Nora Ismail penulis Serasi di Hati bersama Editor saya Suraya Yacob di jeti kampung air di Brunei.Terima kasih kepada pihak Meslia dan Choice Book yang menaja penginapan kami. Terima kasih pada Encik Bashir yang memberi hadiah buku dan cokelat satu beg pada Qaisara. Qaisara ke mana-mana pasti orang lebih tertarik dengan dia daripada uminya..huh..huh..
Selama tinggal Brunei. terima kasih pada semua peminat terutamanya pada Leeya, Liza, Nisa, Lilo dan pada peminat yang memberi bingkasan dan tidak saya ketahui namanya. Kepada semua pembaca yang mengunjungi saya. Saya benar-benar terharu kerana pembaca yang membaca buku saya dari lapisan umur dan ada yang melebihi 60 tahun. kunjungan mereka ke meja saya membuat saya bertekad untuk terus-terusan menulis lagi. Terima kasih orang Brunei! Sebenarnya ada seorang penulis daripada Utusan dan Prima iaitu akak Kamsiah Abu, sayang saya benar-benar terlupa mengambil gambar dengan beliau. Kasihan kak Kam..kami tinggalkan dia keseorangan di Brunei!
15 comments:
Dekat 3 jam menunggu artikel Brunei ni, terpapar juga. Ambuyat tu apa... nampak macam lempeng. Alahai... sedap ler sambal binjai tu... dah terbau-bau buahnya...
Teruja sungguh Kak NooR and the geng nampak...
gengkicap tu aper kak? ekeke :D
seronok le org2 brunei dpt jumpa akak ekh. Bila le org2 jb punya turn pulak..???
whaa,seronok liza tengok gambar penuh liza dgn kak yati..cuma kita jumpa sekejap ja kak,pada hari ahad lepas liza dari jemputan kawin liza hendak jumpa seblum kak yati n rose balik kesemanjung tapi tak ada rezeki..inshallah klu liza ke kl liza bolehlah jumpa kak n qaisara..hadiah untuk qaisara tu rantai biasa kak dan bookmark untuk kak semoga ia menjadi kenangan tak lah mahal tapi yg penting untuk kak meningati liza peminat dari brunei..sal embuat tu kenapa tak dibawa yg belum ditumpah dgan air yg baru2 tu..memang nayaman dimakan dgan sambal binjai or kuah ikan rebus...hemmm nayaman tapi liza tak suka makan..lain kali kak yati nak dtg bercuti k berunai dtnglah kerumah liza..manalah tahu nak datang mencari ilham..k salam kak.
salam. kakYati.. dlm gambar gengUB tu actually yg kat belakang tu adalah Notie.. bukan Uda. hehehe... Uda x ikut.
Salam NB....penat tak aper yang penting hati senang dan gembira. Meriah sambutan di Brunei kan...seronoknya!!!
Eh NB...tokma nak tanya satu soalan jer nih...kalau salah harap maaf, jangan marah eh! NB nak dapat baby lagi ker ..kalau betul tahniah dari tokma.
ambuyat tu rsnye mcm ape eks?
Kak Zara
Ambuyat tu tepung sagu, ditumpah air panas, kemudian dicolek dan dimakan dengan pelbagai jenis masakan, urat lembut, sambal binjai, ikan rebus..sedap juga..
Nuar
gengkicap tu..kacang2 soya yang dimasukkan dalam botol..he.he.he
ain
insya-ALLAH ada rezeki jumpa ain nanti..pesta buku KL datanglah ain..17-26hb April..
liza
lain kali kami datang brunei, kami datang lama sikit..skrg memang tengah sibuk mengejar pesta buku KL pula...datang le ke Kuala Lumpur. tambang tak mahal bah..
nacha thank2 you..kau orang da ramai2 da confuse, rupa pun da sikit lebih kurang le..
tok ma,
sihat ya? ala..mana ada nak tambah lagi satu tok ma, agaknya baju tu kot..ha.ha..nak juga carikan teman utk qaisara tapi tak dapatla tok ma
krsty
rasa sagu, sagu dimakan dengan pelbagai lauk pauk. cuba krsty cari sagu dan letakkan air panas atau kacau dengan air panas, dapatla ambuyat tu..lepas tu makan dengan sambal belacan..nyaman..
Puan Norhayati,
Saya nak kongsi gambar anak saya Nabilah Anisah dengan anak Puan, Qaisara waktu Puan dan penulis2 lain datang ke Brunei Book Fair.
Post a Comment