Syukur Alhamdulilah, pada minggu lepas selesailah kami membuat kuih fasa 1 untuk projek Kembara Ukwah ke Utara. Kuih yang sudah siap dibuat sebanyak 60 balang. Kami membuat kuih arab. Pada mulanya macam-macam cadang yang keluar daripada kawan-kawan saya. Ada yang suruh buat kuih famos amoslah, ada yang suruh buat kuih chocolate chip tetapi apabila suruh mereka adun, terutama Khamisah. Jawapannya.."Saya mana tahu akak. Saya tahu makan sahaja.."
Ha ha ha ha..
Kuih yang sudah siap di hias. Kami bercadangan memberi dua balang kuih kepada setiap anak yatim.
Kuih yang menunggu dimasukkan ke dalam balang. Kerana kami bekerja beramai-ramai. Alhamdulilah dapatlah kami selesaikan sebelum jam 1 pagi.
Kusyi yang kelaparan kerana dia berpuasa. Dengan siapalah dia beria-ia bercakap tu.
Kebetulan ada buah durian yang saya bawa balik dari kampung. Disebabkan ada yang alergi dengan durian maka sesiapa yang mahu makan durian, terpaksa makan diluar.
Alhamdulilah bekas kuih yang sudah terisi dengan kuih di dalamnya...
3 comments:
Alaaa... X ajak pon jiran sebelah taman nih.. Nak tolong jugak...
tu ler..tggu2 gak org sana ajak..(ikhlas ni)
ya time ajak, balik kerja lembiklah, apalah..ha ha ha pandailah kau ieda ya..
Tinie akak buat pada hari bekerja, sebab tu tak berani nak mengajak..
Post a Comment