Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 27, 2011

MENGEMBARA DENGAN KTM

Sudah lama sungguh saya tidak menaiki kereta api atau KTM untuk perjalanan jauh. Rasanya kali terakhir saya menaiki kereta api lebih 10 tahun yang lalu. Kali ini saya bersama kawan-kawan menaiki kereta api ke Singapura. Masa pergi kami mengambil tempat tidur.
Kami mendapat tempat tidur di bahagian atas. Saya rasa kemudahan KTM ini masih ditakut lama. Tilamnya dan bantalnya sudah kuning begitulah selimutnya. Tandasnya lagi teruk. Walau tidaklah kotor, tetapi sudah terlalu uzur. Sama sahaja lebih 10 tahun yang lalu. Teringat saya menaiki kereta api di eropah. Walau kereta api tambang murah, tetapi tandasnya tetap bersih dan tip top.
Kemudian hendak naik ke tempat tidur satu hal. Satu tangga di kongsi berdua. Mahu melelapkan mata pun satu hal. Kebetulan saya dan Kham mendapat tempat  berdekatan dengan  pintu. Setiap kali orang lalu, pasti mereka membuka pintu dan pintu auto yang sepatutnya tertutup sendiri, tidak boleh tertutup. Khamlah terpaksa menolaknya kerana kalau tidak, bunyinya terlalu bising.
Baru mahu melelapkan mata, saya terdengar seperti kereta api akan tergelincir. 
"Kham! Kau dah tidur tak?" tanya saya pada Khamisah. Risau sungguh kalau sesuatu berlaku.
"Tak boleh tidur.." balas Kham yang bertentangan dengan saya.
Aduh memang kecut perut saya malam itu mendengar bunyi roda kereta api bergesel dengan treknya.
Harap-harap janganlah berlaku sesuatu. Sesekali bila bunyi geseran semakin kuat saya berzikir sekuat hati saya. Lantaklah orang dengar ke tidak! (Saya rasa tidak dengar, bunyi bising kereta api lagi kuat).
Malam itu saya tidak tidur kerana saya rasa amat takut. Rupa-rupanya Kusyi yang selang beberapa buah katil dari saya pun begitu. Tidak tidur kerana bimbang dengan cara pemanduan kereta api itu.

Ketika balik kami mengambil tempat duduk. Saya tidak dapat mengunakan meja kerana mejanya sudah patah.

Aween dan Nurul makan rojak yang saya beli di Geylang sebelum balik. Sampai satu mangkuk besar! Ha ha ha ha 



Zul..apa lagi layan hindustanlah dia..


7 comments:

Nina Hamdan said...

akak. haritu saya pun pergi ke singapore(sebelum tanjong pagar tutup) naik train. memang duduk atas tak boleh tidor, rasa macam kena buai. hahaha. tapi kalau tdor bawah boleh tidor dengan nyenyak. yeah, system ktm malaysia perlu di upgrade.

http://misznina17.blogspot.com/2011/02/singapore.html

dlittlekitchen said...

wah!! patut laa sunyi.. g jalan2 rupanya..hehehehhe

Dulu pergi honeymoon ke P.Sentosa, naik keretapi gaks... baca pengalaman k.yati samalahh jugak dari zaman 13tahun dahulu..huhuhuhu

GREENJADE said...

sy pnah kembara ke northen..pun sama kes takleh nk lelap mata spnjang pjalanan sbb takut.

xpe kak byk kutip pngalaman byk idea2 utk menulis karya ye tak.

cheerss..!! :)

taiptenang said...

saya mmg tak suka toilet train, pnah ke perlis dari gemas, sepanjang jalan saya tahan nak buang air sbb x selera. plus diorng nyer toilet unisex, adoii. mmg tak boleh terima.

Mrs.Sheikh said...

sepatutnya KTM kene upgrade la kan kak.. stesen dah maju. keretapi tip top supaya berbaloi dengan harga tiket..

Leeza said...

saya pun ada kenangan dengan KTM...kenangan lucu . tapi kenangan pergi singapore takdelah...takde rezeki dan mungkin takkan ke sana pun.

Mami Booluck said...

begitulah akak NB,bila kita ni rakyat Msia yg slalu berjalan2 ke negara org baru tahu sbnrnya Msia ni byk yg "indah habar dari rupa"......

Bukan KTM saja,tapi kebanyakan benda di Msia ni kena upgrade...