Masa dalam perjalanan dari Paris ke Jerman, suami minta pinjam snow cap Qaisara kerana kepalanya sejuk. Yelah suami bukan banyak rambut pun. Ha ha..
Suami bercerita, masa kecil-kecil dahulu dia masih ingat lagi snow cap dia yang berwarna merah putih.
Dikait oleh arwah emaknya sendiri.
Dia bercerita dengan snow cap itu dia ke mana-mana, menaiki lori, tidur, bermain dan sebagainya.
Saya juga bercerita mengenai arwah emak saya yang membuatkan saya baju tanpa lengan yang dikait.
Baju itu berwarna hijau tetapi saya jarang memakainya mungkin kerana panas. Yelah..benang bulu mana sesuai cuaca di Malaysia.
"Mak dulu-dulu memang buat semua perkara, menjahit, memasak sendiri. Mak sekarang, apa yang dibuatnya? Chat dengan kawan di FB.."
Usik suami saya sambil ketawa..
"Alah zaman dahulu tak ada komputer, kalau ada agaknya cerita kita semua dah berbezakan?."
Yelah..saya terfikir bila Qaisara besar nanti, tidak tahu apalah yang dicerita oleh Qaisara pada anak-anaknya tentang saya. Apakah ada kenangan yang berbekas di hatinya tentang saya atau dia akan bercerita.
"Nenek kamu dulu, asyik menghadap komputer sahaja..." ha ha ha ha
Suami sebenarnya suruh saya ambil gambar dia dengan minah salleh di sebelahnya. Tetapi saya pedajal dia, saya ambil gambar dia sahaja. ha ha ha
10 comments:
comella akak ni.. hehe.. suami akak pun, hehe ;))
selamat pagi kak yatie..
setiap pagi ayu suka skodeng blog nie.. tapi tak tinggalkan jejak..
sebenarnya.. suka layan blog kak..
dengan cerita yang pasti meninggalkan sesuatu dalam kehidupan ayu
kak.. hari nie hari lahir ibu ayu..
seperti jua entry kak..
mmg ibu dahulu lebih hebat..
salam...saya tak boleh lupa ayat ini,,,"nenek kamu dulu asyik depan komputer saja....hahahaha.
ekekekee..akak ni lawaklah.. mesti dia hampa kan tgk2 gambar dia sendiri jer...
kak,
anak2 saya, bila org tanya ibu kerja pa?
depa jawab 'ibu kerja komputer jer' (mengadap komputer..) yg lawak tu siap ade aksi menaip tuh... hahaha... tu skrg, dah besor sikit lagi, x tau lah... :p
kesianla en suami dok senget2 nak bergambar dgn minah saleh tu...hehehe.
rumah anak yatim ummu sofiah yg kak yati nak pi tu yg kat kg jarum mas,sg nyior taiping tu ke?saya pernah pi kat situ dgn geng kereta...mmg best anak2 & staf situ.ramah mesra.
aduss kena sebijik kat btg hidung hahahaahah
khairul ha ha, kadangkala orang tua ni sesekali nak jadi macam budak-budakkan?
CR, doa akak semoga emak CR diberi kesihatan yang baik, sentiasa ceria dan bahagia AMIN..
Za..tapi sebenarnya banyak kenangan kalau anak-anak nak kenang, contoh emak yang tak tidur malam jaga mereka masa demamkan..
Balqish dia ketawa aje bila akak cakap, akak ambil gambar dia aje..ha ha..
kakyong memanglah, tapi Qaisara tahu akak kerja apa dan dia pun nak jadi penulis katanya..
Ieda, ini rumah anak yatim di Pantai remis. Samakah ieda? Ha ha yelah bukan main lagi dia menyenget kat perempuan tu..ha ha
Roza..kau akan dikenang sebagai emak yang creative dan sangat rajin Insya-ALLAH
hahahah mesti kes akak jealous pulak ek hihihih comelnya pasangan ni
Post a Comment