2-3 hari yang lepas bila telefon Balkish di kampung, dia bercerita bagaimana seorang kawan lelaki cuba mencium dia.
"Kawan Balkish tu cakap dia cintakan Balkish"
"Argh!"
Menjeritlah saya dengar. Kata kakak saya, dia sudah menjerit terlebih dahulu sebelum itu.
Semalam Qaisara pula bercerita. Bagaimana seorang kawan mencium dia dan bila kawan lelaki itu mahu menciumnya buat kali ke dua.
"Teta sepak dia umi.."
Saya kenal siapa yang mencium Qaisara. Anak lelaki itu memang baik dengan Qaisara kalau melambai selamat tinggal ketika pulang sekolah, saya tengok macam nak tercabut tangan kanak-kanak lelaki itu. Ha ha ha..
Hari ini saya pesan Qaisara, kalau budak lelaki itu mencium Qaisara lagi, jangan biarkan. Beritahu guru.
Memanglah kalau sekali imbas mendengar cerita anak-anal lelaki mencium kawannya, terdengar lucu. Tetapi bila difikirkan berkali-kali naik seram pula. Rasanya bukan ibu bapa yang punya anak perempuan sahaja harus mengingatkan anak-anaknya menjaga diri. Tetapi ibu bapa yang ada anak lelaki pun harus berpesan pada anak mereka.
"Jangan cium anak perempuan orang!"
Aduh..anak-anak sekarang makin advance, kan!
5 comments:
aiyark, bahaya ni.
lepas ni budak lelaki tu mesti tak berani dah nak cium Teta, sbb dah ken asepak ehehe *good girl Teta, fight for your right* :)
kalau budak2 zaman dulu tak risau sgt..tapi budak2 la ni tak boleh percaya..kecik2 dah pandai.
Haih.... seramnya dengar.. sebab tu lah suami saya marah betul kalau nampak Asmaa' dekat2 dengan jiran sebelah... ntah la...seram :(
kak..hadif kat sekolah dia ada sorang kawan lelaki dia sibuk dok nak cium pipi dia..ngamuk2 hadif balik mengadu..hahahah
Post a Comment