Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 21, 2011

SIAPA YANG MENIKAM MELAYU SENDIRI?

"Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba"


Saya bukan mahu mengheret pembaca blog saya dalam masalah politik. Tetapi saya kesal kenapa prajudis terhadap bangsa lain masih tebal sedangkan terus terang saya katakan orang melayu sendiri sudah berpecah belah, tidak bersatu, fitnah memfitnah sesama sendiri. Senario yang jelas kita lihat sekarang. Adakah orang cina memfitnah orang melayu dalam video seks? Tidak bukan? Orang melayulah yang memfitnah orang melayu. Orang cinakah yang membuka pekung orang melayu? Tidak bukan, tetapi orang melayu itu sendiri. Bahkan dari pengalaman saya sendiri, yang menikam saya di belakang adalah orang melayu sendiri, yang memusnahkan kehidupan orang melayu adalah orang melayu yang mengaku mereka orang Islam.


Karya terbaru saya, SAMBAL KERANG NAJWA adalah sebahagian daripada cerita benar, bagaimana orang melayu menganiaya orang melayu sendiri. Orang yang sering membantu orang yang dianiaya ini adalah orang berbangsa cina. Ketika menulis perkara ini saya benar-benar tidak perasan kerana saya diburu emosi yang keterlaluan dan rasa kecewa dengan sikap orang Islam sendiri dan apabila sudahnya cerita ini, baru saya sedar. Sikap orang melayu yang membunuh semangat orang melayu sendiri.


Jelas sekali dalam ayat Al Quran kita tidak boleh berlaku tidak adil pada orang-orang yang bukan Islam. Tetapi kenapa isu ini tidak habis-habis timbul dan tidak ditangani dengan baik dan sempurna. Bukannya menyalahkan orang-orang bukan Islam ini?


Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. 
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (Qs 60:8)
Ayat Quran di atas mengingatkan kepada setiap umat Muslim agar berlaku baik dan adil biarpun terhadap seorang bukan Islam. 
Kepada sesiapa yang mahu memahami apa yang saya maksudkan. Carilah buku ini di Pesta Buku. Jumpa saya di sana. Selamat berpesta!








4 comments:

Ayza Gursoy said...

Selam Puan Norhayati,
Saya setuju dengan pandangan Puan. Benar, orang Melayu yang hakikatnya ramai menumbangkan bangsanya sendiri berbanding bangsa lain.

Kasihan bukan, Melayu makin lama makin me-layu kan bangsanya sendiri.

GREENJADE said...

stuju kak..sedih lah org Melayu semakin me-layu di ujung dahan..x abis2 dgn pelbagai propaganda n hasad dengki nya

x sabar nk terjah pesta buku nih ;)

IEKAN78 said...

saya pon setuju dgn pandangan puan.....sejak akhir2 nih saya kurang berminat utk mengikuti berita perkembangan negara kita, sementelah hari2 berita hanya memaparkan isu video seks dan pemimpin2 seronok nk bersumpah2 utk membuktikan kebenaran kata2 mereka....apa nk jadi dgn malaysia skrg sedangkan masalah rakyat lagi byk berbanding dgn isu video seks tersebut....saya tk sokong mana2 dan seumur hidup tk pernah mengundi pon (daftar mengundi pon tk pernah). tp saya betul2 kecewa dgn kerajaan skrg.....dgn isu 1emel lagi.....sedih....sedih.....seolah2kerajaan tk nmpk apa yg rakyat mahukan!!!

Ann Ishak said...

hari ni nak pergi kedai buku...nak cari Sambal Kerang Najwa