Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, April 17, 2011

LAWATAN RAMAH MESRA

Semalam bersamaan pada hari Sabtu, saya dan kawan-kawan sempat mengunjungi rumah Limpahan Kasih di Puchong, menghantar sedikit bantuan buat anak-anak di dalam rumah tersebut. Ada dalam 15 anak-anak perempuan di rumah ini dan anak-anak lelaki di rumah yang berlainan. Paling kecil adalah Adib yang berusia 1 tahun 2 bulan (yang didukung Khamisah tu)


Antara yang datang, Kusyi, Aween, pekerja saya Suraya.

 Hidangan yang kami bawa dari rumah, antaranya nasi beryani, karipap, kuih muih, kek dan sebagainya.

 Melihat anak-anak ini makan. Berkali-kali saya cerita pada Qaisara di dalam kereta. Anak-anak ini adalah anak-anak yatim. Saya terangkan apa itu anak yatim. Saya harap Qaisara mengerti hidup tidak semuanya indah. Tidak semua perkara akan didapati dengan mudah.



Sempat berbual dengan ustaz Usamah. Saya sempat bertanya kenapa anak-anak ini tidak diambil sebagai anak angkat oleh individu. Kata ustaz itu kadangkala ibu bapa yang mengambil anak angkat ini suka membuat komen yang tidak sepatutnya pada anak-anak angkatnya. Bahkan kadangkala orang sekeliling tidak memberi kerjasama.
Saya amat memahami. Mempunyai seorang anak angkat dalam keluarga kami, masalah bukan datang daripada keluarga tetapi datang dari luar. Saya cukup marah bila orang akan bertanya.
'Oh..ini angkat yang kau ambil itu ya?"
Kenapa perlu diungkit, anak itu anak angkat? Teringat cerita Kusyi, kata dia ada satu keluarga yang mengambil anak angkat, hanya mahu memberitahu status anak angkat itu apabila anak itu sudah berusia 12 tahun. Namun apa yang terjadi, apabila dia berusia 7 tahun dan memasuki darjah satu, guru yang melihat surat kelahiran anak itu terus sahaja bertanya.
"Oh..awak anak angkat ya?"
Bayangkan, satu kelas anak itu mendengar, menyebabkan ibu bapa anak angkat itu marah dan sehingga menukarkan anak itu ke sekolah lain.


 Kusyi sedang membahagi-bahagikan buku tulisannya pada anak-anak ini. Mereka memang suka membaca.

 Bergambar dengan anak-anak yatim. Kadangkala saya berangan untuk menubuhkan rumah yang sebegini. Tetapi saya fikir saya perlukan sokongan suami, namun suami tampak tidak begitu berminat dan saya terpaksa hurung niat saya. Hanya bantuan sebegini yang dapat saya hulurkan.


Taukeh kek yang beri Adib makan kek..Roza datang bersama 4 orang anak-anaknya.


Part ini yang paling lawak. Aduh..saya lupa nama adik yang berbaju hitam sepasang ini. Saya tanya dia minat membaca tak? Dia beritahu saya, dia minat. Dia suka membaca novel dari Norhayati Berahim dan dia sebenarnya tidak tahu yang bercakap dengan dia adalah Norhayati Berahim. ha ha ha

Syafiqa antara penghuni yang tercomel di sini..

Qaisara yang agak lambat panas kali ini. Mungkin terlalu ramai kawan dia menjadi sedikit keliru. Kanak-kanak yang paling kecil di rumah ini berusia 7 tahun (selain daripada Adib)

Anak-anak ini memang  suka membaca buku.

Salah satu hidangan, sudah pasti dari taukeh kek Roza Ngah..

Adib yang jinak-jinak merpati. Makan sedikit dah cabut lari. Ha ha

Ini anak dara mana ni? ha ha inilah Aween yang hatinya sedang ada taman sekarang ini. Berbunga-bunga.
Di doakan Aween cepat mendapat jodoh. Nanti kami boleh serang rumah Aween makan nasi minyak.

Di akhir majlis ada sedikit sumbang yang kami hulurkan. Kami sangat berharap kunjungan ini bukanlah kunjungan yang terakhir, insya-ALLAH kalau ada rezeki dan masa kami akan datang lagi. 

12 comments:

Balqis Nazid said...

Allhamdulillah....mudah-mudahan akak semakin dilimpahkan rezeki dah dirahmati allah....

ieda said...

kak yati tak cerita ka kat budak perempuan tu siapa norhayati berahim?mesti dia excited bila tau dia sedang bercakap dgn kak yati..

saya pun suka buat aktiviti macam ni..mmg selalu buat dgn kelab kereta cuma tahun ni belum lg.husband sibuk.insyaAllah bulan 6 nanti.

Yan said...

seronokkan bila dpt menyumbangkan sesuatu.. now i miss already rumah anak2 yatim yg kitarang kira macam anak angkat lah.. dekat je dgn rumah...

Lady Arween said...

Thanks kak, ajak Aween join .Nanti kalau ada lagi Aween nak ikut lagi. Sekarang ayat dalam hati ada taman tu dah makin kerap la muncul :p. Hihihihi

En iLham said...

wah
bagusnye..teringin jugak nak join aktiviti macam ni
buat kita lebih insaf dan berasa beruntungnya mendapat kasih sayang daripada ibu bapa sebenar
semoga usaha murni akak mendapat ganjaran yang istimewa daripada Allah swt. amin

dlittlekitchen said...

terima kasih daun keladi
ade rezeki ajak lah lagi
kalau tak pergi mesti lah rugi
moga k.yati dan family dimurahkan rezeki
walaupun anak-anakku belum menghayati
tidak mengapa akan ku usahakan lagi..

Mama Nazhan said...

salam kak yati... saya selalu cakap ngan husband... kalau saya mampu..saya pun nak bukak rumah perlindungan macam tuu... dan saya juga amat risau tentang perjalanan hidup anak saya.... semoga dipermudahkan semuanya...

fieyra said...

Kak yati...fieyra ni.kak yati,boleh minta address lengkap rumah anak yatim ni?kebetulan rumah fira di puchong.Ada masa tringin nk bjalan kesana.tq kakyati :)
Kim Salam Teta ek :)

NB KARA said...

harap-harap kita sama sama diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman Balqish ya..AMIN..

ieda, dia tahu..bila kawan akak beritahu. Gelak malu dia..ha ha

Yan, seronok bila berkumpul beramai-ramai..

NB KARA said...

Aween..insya-ALLAH kalau ada projek baru nanti akak beritahu..

Syamil, memang kita rasa sangat beruntungkan ada ibu bapa...sian tgk anak-anak ini..

Roza nanti kalau ada projek baru, akak beritahu..berkongsi rezekikan..apatah lagi dengan kek roza yang cantik tu..semua budak2 suka..

NB KARA said...

Insya-ALLAH Nazhan akan lalui kehidupan dengan baik atas bimbingan Bai dan suami..AMIN..

Feiyra, ini detail mengenai rumah itu
Ustaz USAMAH RASYID
TEL: 012 645 3582
Alamat; Pusat jagaan mesra limpahan kasih
No.49, jalan BP 11/3,
bandar bukit puchong 2,
47100 Puchong Selangor

Bellla-Belly said...

akak...saya teringin nak join bole? saya dh lama teringin nak buat mcm nih, tapi saya tak tahu saluran yg tepat atau cara yg betul. kalau bole nak jadi volunteer kat mana2 rumah kebajikan bila ada masa terluang...