Ini anugerah terindah yang ALLAH beri pada saya. Walau dia memberi ujian pada saya, menarik 3 embrio yang sedang berkembang di dalam rahim saya, tapi ALLAH beri gantinya. Ya..ALLAH beri saya saya kaktus untuk saya dapatkan bunga yang cantik.
Rasa syukur dan terimakasih padamu Ya ALLAH kerana aku masih berupaya meluahkan apa yang aku rasa..
Ini anugerah terindah yang ALLAH beri pada saya. Walau dia memberi ujian pada saya, menarik 3 embrio yang sedang berkembang di dalam rahim saya, tapi ALLAH beri gantinya. Ya..ALLAH beri saya saya kaktus untuk saya dapatkan bunga yang cantik.
Ramai yang minta saya resipi serunding kerang ini. Ya ALLAH lupanya saya nak meletakakan dalam entry. Sampaikan adik saya Heryati Baharom sudah berpindah dari Singapura ke Johor meminta sekali lagi, barulah saya ingat. . Saya belek-belek dalam kamera. Fuhhh..lega, rupanya ada gambar-gambar cara membuatnya yang sudah saya ambil ketika hari raya tempoh hari, tetapi cuma saya lupa memasukkan dalam entry sahaja. Nasib tak sampai tahun depan lagi..he.he
Bahan-bahannya,
Bahan-bahannya, Bawang putih, bawang merah, halia ,serai, asam keping (halia, asam keping dan serai lupa le nak ambik gambarnya).
Kerang 5 kilo, direbus dan dikopek kulitnya. Kalau hari raya biasanya saya buat 10-15 kilo kerang. Yelah..keluarga besarkan.
Cara-cara membuatnya
1 1/2 kilo ikan kembong, kopek kulitnya, ambil sahaja isinya dan kemudian mesin dalam mesin pengisar.
Pram atau stroller yang boleh memuatkan bayi sehingga 30kg. Kalau saya beli, senang saya, Qaisara baru 16kg.
Setiap kali orang tanya sudah berapa tahun berkahwin dengan suami. Saya rasa macam dah lama, sebab saya kenal dia pun lama sebelum berkahwin. Jadi saya rasa macam dah 20 tahun berkahwin dengannya. This photo credit to my SIL Zekiye.Qaisara makan creamy pasta, tapi sikit aje makan. Suami yang habiskan makanan dia. Dia sudah berpindah ke meja sebelah. Sepasang suami isteri, isterinya melayu dan suaminya kulit hitam. Si isteri asyik memangku Qaisara, menciumnya dan begitu rancak bercerita dengan Qaisara. Saya punyalah risau takut anak saya dibawa lari orang. Padahal pasangan tersebut begitu baik sekali. Datang bersalaman dengan saya, berkali-kali mengatakan Qaisara sweet, clever dan cute..fuhhh..lega! Perjalanan balik suami kutuk saya yang bagi dia paranoid! Tapi kita kena hati-hatikan..

Tam..Tam tengok keputusan Ojan. ha.ha..ha.. Ojan dah tak ada orang nak ditunjukkan keputusan peperiksaannya.

Inilah si Tam, kucing yang sering diajak oleh Ojan bercerita

Bagi saya ini bukan berlaku pada Intan seorang sahaja, pada ramai orang lain. Beberapa bulan yang lepas saya melihat seorang teman yang membiarkan rumah bersepah dan anak tidak terurus semata-mata leka berladang di Facebook. Rata-rata yang saya lihat yang berladang di facebook ini kaum ibu yang mempunyai anak-anak dan suami. Sanggup bersekang mata semata-mata mahu berladang yang langsung tidak ada hasilnya! Alangkah ruginya kita..
Cuba bayangkan, kalaulah masa yang terluang di hadapan komputer kita manafaatkan seadanya sudah pasti banyak perkara yang kita boleh lakukan terutamanya meningkatkan hubungan kita dengan keluarga dan juga ALLAH. Kalau sudah asyik berladang, kain baju tidak berkemas, anak-anak tidak diberi makan sewajarnya dan memasak untuk suami cuma ala kadar. Tidakkah kita rasa bersalah sebagai seorang isteri dan ibu. Kalau dengan keluarga pun sudah terlalai, sudah pasti kita mengabaikan perkara yang tidak kita nampak iaitu hubungan kita dengan ALLAH.
Buah yang paling saya suka adalah pisang kaki atau persimmon. Tapi lecehnya di Malaysia buah ini adanya bermusim. Kalau masa mahal gila, RM3.50 sebiji tapi kalau masa murah di Chow Kit Rm0.50 sen pun dapat. Buah ini kebanyakkan di dapati di negara China, Jepun, Korea dan Hong Kong. Semasa di Jepun hari itu tidak jumpa pula saya pisang kaki tapi yang banyak saya jumpa buah strawberi. Tetapi di Hongkong dan China memang banyak. Di Hongkong mungkin diimport dari negara China juga. Saya pergi beli berkilo-kilo ketika bermastautin di Hongkong (seminggu aje.ha.ha), tapi terpaksa dibuang kerana buahnya tidak sedap, bergetah dan saya rasa muda lagi sudah dipetik dan diperam. Tetapi saya memang geram dengan penjaja Hong Kong yang suka menipu, dari barang dia sampailah kepada buah-buahan.
Pokok pisang kaki, gambar Pak Gooogle yang tolong carikan. Sekarang penyakit suka makan buah ini sudah berjangkit ke ayah saya. Mula-mula dahulu dia tanya juga, buah apalah yang kau makan ni? Tapi akhirnya dia suka dan kalau dia datang ke rumah saya, ada buah ini. Siap angkut bawa balik ke rumahnya..ha.ha..(itu kerja mak tiri saya).
Ini satu lagi buah kegemaran saya. Sekilo sehari boleh habis. Tapi kalau makan terlalu banyak boleh cirit birit. Qaisara pun suka tapi kena kopeklah untuk dia kulitnya. Biasanya saya akan beli seminggu dalam 2 kilo. Pernah bermimpi untuk tanam pokok ini. He.he..teringat semasa balik Turki di rumah bapa saudara kami, ada di tanam pokok anggur dengan banyaknya tetapi masa itu sedang berputik. Hmm..kalau tengah berbuah mahu saya tidak begerak dari pokoknya.
Ini salah satu juga buah kegemaran saya. Tetapi sebenarnya saya lebih sukakan papaya solo yang kecil dan boleh dimakan dengan sudu sahaja. Tidak perlu dipotong. Papaya adalah salah satu buah yang agak murah dan mempunyai kandungan vitamin, mineral dan juga antioksida. Biasanya di rumah saya seminggu kami akan beli sebiji atau 2 biji buah pepaya.
Ini pun saya suka. Banyak di tanam di kampung. Kadangkala balik kampung, buah ini tersadai aje di luar rumah macam tak laku. Sayalah dengan bibik yang selalu melakukannya. Kalau yang boleh digoreng kami gorenglah, kalau boleh dibuat pengat kami pengatkan dia. Teringat cerita suami saya ketika dia bermukim di Solo Indonesia, kerana berulang alik membeli barangan textile. Dia makan pisang berkilo-kilo sehari. Gayat tengok pisang. Maklumlah di Turki mana mewah dengan pisang, kalau ada pun kata dia pisang yang berwarna hijau bahkan orang yang mampu makan pisang macam orang beradalah di sana. Akibatnya dia asyik ke tandas..ha.ha

Buah ini pun saya suka. Buah salak. Rasanya semua kenal. Jeruk salak lagilah saya suka. Semalam CT pembantu rumah Indonesia yang pernah saya cerita, bawak balik buah ini. Hmm..saya duduk menghadaplah. Dalam 10 biji jugalah habis.