Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 18, 2009

TOLONG YA...

Salam mesra buat Kak Yati……

Terdahulu saya mohon maaf kerana e-mel ni tak ada di undang…

Saya memang seronok bace buku2 karangan kak Yati…

Tak banyak sikit ianya membantu kehidupan saya sehari hari…

Membuatkan saya berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik dan kuat menghadapi cabaran J

Dah lama saya bace buku2 kak Yati kemudian baru saya jumpe blog Kak Yati…dari situ saya tau Kak Yati banyak menulis dari pengalaman…

Membuatkan saya semakin kagum dgn kak Yati…J

Ok lah sebenarnya saya nak minta pendapat kak Yati ..tu pun kalau kak Yati tak keberatan…

Saya ada seorang teman Siti nama nya….

Siti berkahwin pada usia muda kak…

Hmmm…tak muda sangat la…20 tahun…

Siti kini 25 tahun ,dah bercerai bulan januari lepas…so she’s having joined custody anak2 nya dengan bekas suami nya…

Saya tau siti da lalui terlalu banyak dalam usia muda…dia ditinggal suami ketika mengandung anaknya yang ketiga…

Suami nya datang ketika dia melahirkan namun dia menghilang kembali selepas itu..

Pada saya siti terlalu emosi dan agak pentingkan diri sendiri….

Mungkin usia nya yang muda yang belum puas dgn singlehood nya…

Siti mempunyai 3 orang anak berusia 4,3 thn dan 9 bln…

Siti is a job hopper…

And siti has got herself a lover…

Sebulan yang lalu siti sibuk beritahu saya dia mahu ikut boyfren nye ke Australia ..

Kate nye “I have to do something with my life” kemudian bile saya tanye sape nak jage anak2 kau?

Dia diam…siti juga pernah beritahu saya ibu bapa nye dah tak sanggup nak jage anak2 nye ialah siapa yang tahan kalau sambil tolong jaga kene tolong sponsor beli susu,diapers,ubat dan tanggung yuran sekolah anak2 nye skali!

Sekolah pre-school nursery dan play group bukan murah di sini…

Maka bermula la kehidupan siti menumpang dengan saudara mara yang sudi menanggung kehidupan dia dan anak2…lepas satu rumah ke satu rumah…

Kemudian pada minggu lalu dia tak ada pilihan selain kembali ke rumah orang tua nye…banyak saudara mara dah tak sanggup katanye…

Bekas suami nya juga tidak memberi nafkah yang sepatutnye..

Minggu lalu juga siti got dumped by her boifren…

So instead of worrying abt her kids siti keep asking me knape boifren aku tinggal kan aku? Dia da ada girlfren baru ke?

Hmmm…mane lah saye tau!!! Marah betul saya…

Kemudian semalam siti sms saya…mengadu susu dan pampers anak dah habis…

Setelah berbincang dgn suami kami pun sepakat untuk membelikan keperluan anak2 siti…

Pertama kali saya lihat baby nye yg berusia 9 bln hati saya sedih…

Anaknye kurus dan semacam ada kesedihan di mata baby tu kak…

Bapa siti tak bekerja kerana sakit2 ibu siti pula hanya keje part time…

Saya diberitahu yang mereka tak mampu untuk menyekolahkan anak2 siti..

Lalu saya terfikir apa yang akan terjadi pada anak2 ini…bagaimana kah masa depan mereka???

Kalau lah saya ada rezeki yang lebih sudah tentu saya akan ambil dan jaga anak2 siti …

Namun saya bukan orang berada…saya juga punya masalah dan tanggungan sendiri…

Apakah cara lain yang dapat saya lakukan untuk membantu siti kak?

Salam Sayang,

Diana



Ini e-mail yang saya terima. Saya sedang memikirkan cara yang terbaik untuk menjawab e-mail ini. tetapi saya cukup berbesar hati kalau-kalau pembaca blog saya ada sedikit nasihat untuk Diana. Marilah sama-sama kita berkongsi rasa dan pendapat.


8 comments:

ain said...

salam Kak NB...masalah yg agak rumit jln penyelesaiannya. May be Diana perlu berbincang hati ke hati dengan Siti tentang nasib anak2 Siti. Pd saya masalah utama di sini adalah bagaimana nk menyedarkan Siti ttg tanggungjawabnya kpd anak2nya. Mungkin Siti perlu dibawa berjumpa pakar kaunseling untuk memperbaiki kelemahan yg ada. Keluarga, saudara mara dn sahabat handai blh memainkan peranan membantu Siti. Tunjukkan kasih sayang kpdnya, nasihat tanpa jemu dn prihatin akan masalah2 yg dihadapai Siti. Apa yg penting sekarang ni adalah masa dpn anak2 Siti. Jgn lah sampai masa depan mereka terabai. Dan yg penting kita harus ingatkan Siti Allah akan membantu hambaNYA yg taat.

Ntah ye kak..tak tau lah pndapat saya ini betul2 baik atau tidak. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Salam.. mmg rumit masalah Siti, sbb rasanya dia kurang sedar ttg tgjawabnya. Mungkin mcm ain kata, siti patut diberikan kauseling. Sbb kadangkala dalam berdepan dengan masalah kita jd tenggelam punca. Tindakan Diana membantu membelikan barang keperluan anak-anak siti tu satu tindakan mulia. Insya-Allah ada ganjaran dari Allah. Cuma mungkin juga lebih baik membantu mencarikan pekerjaan yang lebih stabil.. It's better to teach her how to fish so she could last longer...
Apapun yang penting Siti sendiri yang perlu mengubah kehidupannya, sbb orang lain hanya mampu memberi nasihat, terpulang pada tuan punya badan.
Apapun semoga taufik dan hidayahnya kepada Siti serta berada dalam lindungan-Nya sentiasa..Wallahu a'lam

Rose Harissa said...

Salam Kak Yati... saya marah betul baca emel ni... bukan marah kat Diana. tapi marah pada si Siti tu...
Orang macam Siti tu kalau makin ditolong makin menjadi-jadi 'malasnya'. Semakin orang kasihan, semakin dia ambil kesempatan untuk melepaskan kesempitan diri. Memang dia itu nampak belum puas dengan hidup bujang. Tidak ada kasih sayang untuk anak-anak tapi lebih mengharapkan cinta lelaki. Perempuan macam ini, lebih sanggup memilih lelaki dari anak sendiri.
Saya memang angin dengan perempuan macam ni. Maaf cakap, saya pun pernah hidup susah, pernah ada masalah rumahtangga tapi tak ada pula saya merempat minta simpati orang. Kerja! Cari rezeki sendiri yang halal. Jangan pentingkan nafsu. Selagi hidup berkiblat nafsu dan kepentingan diri, selagi itu hidup akan sempit dan susah.
Lagi pulak usia siti tu masih muda. Bukannya dia cacat atau tak mampu cari kerja.
Kepada Diana, jangan bebankan diri anda dengan masalah orang lain. Membantu orang ada limitnya jangan sampai dia menyusahkan kita. Lagipun orang seperti Siti tidak akan berubah jika dia sendiri masih tidak mahu berubah dan mahu senang tanpa berusaha mengubah nasib diri.
Anak dah tiga, takkan tak boleh fikir lagi? kejarkan nafsu buat apa? esok lusa bila mati bukan boyfriend yang akan doakan kesejahteraan kat sana tapi anak-anak dan ibubapa.
Bagilah mana-mana lelaki pun, pasti tidak akan bertahan lama dengan perempuan macam Siti selagi dia ada perangai sepert itu. Lelaki hanya mahu buat main-main... tapi bukan untuk dijadikan isteri kalau sikapnya yang lebih mementingkan nafsu dari anak-anak sendiri.

*Maaf Kak Yati dan kepada sesiapa yang tersinggung dengan komen ni. Saya mmg cukup emosi kalau jumpa perempuan macam ni. Memang tidak ada rasa kasihan dalam hati saya untuk perempuan macam ini kerana dia sendiri tidak ada hati mahupun sikap kasihan anak-anak sendiri. Kalau Siti itu kawan saya, taulah saya 'basuh' dia cukup2.

Hanya Aku Dihatimu.. said...

Salam kak yati..sedih juga kita mendengar kesah siti..TAPI buat siti kita kena kembali pada islam cara hidup kita,berpandu dgan mengamalkan cara itu inshallah kita akan tahu tanggung jawap pada anak2,kedua ibubapa kita,dan tanggung jawap kita membesarkan anak yg diamanatkan allah untuk kita didik,ketepikan teman lelakinya yg tidak bertanggung jawap itu,jika ia kaseh kan siti maka ia akan bertanggung jawap keatas siti walau pun siti sudah punya anak..kerana cinta maka kawinlah sebaik2 jalannya tapi jika temanya itu sudah melupakanya lebih baik siti jaga anak2 dan ibubapa nya yang sudah tua tu,jalankan tanggungjawap terhadap ibubapa kita itu lebih baik dan mendapat keredaan allah maka berkat lah penghidupan kita diatas muka bumi ini,berkerja lah siti untuk masa depan siti dan anak2,jangan diikuti nafsu muda kita ia akan merugikan kita kerana anak2 bakal menjaga kita dihari tua kita kerana usia kita tak menjanjikan apa2 ia boleh berubah bila2 masa jika allah berkehdak..berubahlah siti demi anak2 dan siti bertuah dapat teman seperti diana,tapi diana kena juga berhati2 jangan nanti siti mempergunakan diana untuk kepentingan siti..diana nasihati siti untuk berfikir dan berubah demi anak2..itulah sebaik2nya..

Madam Casper said...

siti oh siti kenapa la ko ni x bertanggung jawab???? sian anak2 ko.

kak..yg patut berubah dah di ubah adalah siti.sedarkan diri dia ttg t.jawab dia sbg ibu kepada anak2 dia. kalau dia duduk dgn parent dia dan kerja betul2 saya yakin dia mampu meneruskan kehidupan dia.

Teringat biras saya, selepas kematian suami iaitu abg ipar saya, ketika tu dia mengandung anak ke 3. Saya mmg kagum dgn dia..sbb dlm usia yg muda...dia cekal membesarkan anak2 dia..dlm keadaan serba kekurangan. Ya la dia cuma menoreh getah jer pada waktu pagi dan petang amik upah membaja pokok sawit. Dia ttp gigih membesarkan anak2 dia..yg tiga orang tu. tak pernah terlintas dia nak kahwin lain.Matlamat dia nak lihat anak2 dia berjaya....

hertiny said...

Salam Kak Yati..
Bak kat tiny je la...kalau dia nak...tiny ikhlas nak tolong..
kalau dia nak antar sms kat no 0198340534..
kalau dengan cara itu boleh meringkan beban dia biarlah tiny amik.. tiny dan suami ikhlas nak jaga..

Anonymous said...

salam kak...sy sokong dgn kak rose harissa. Ei...mmg geram jugakla dgn perangai siti ni. Kesian pun ada la jugak tp klu dah smpi nak ikut lelaki tanpa fikir anak²..huhu..nak aku cekik jak. Kesian la pada anak2 tu..tambahan lg yg kecik tu. Takkan nak susahkan org tua sendiri atau saudara².nak harapkan ehsan dari org seumur iduP? ntah la...buat Diana, bertapa bagusnya mendapat rakan seprti anda. Bantulah berpada2...sekian dr saya.

* adeqya8284 * said...

Salam K.Yati,

Ermmm..umur siti sebaya dengan saya..bezanya saya masih bujang dan belum ada komitmen dengan mana2 lelaki...saya dapat bayangkan..keadaan siti...yang berada dalam tahap keinginan yang sama seperti saya..mahukan kehidupan yang bahagia, punyai apa yang dihajati, impikan sesuatu yang terbaik untuk masa depan, bukan salah siti berkahwin pada usia yang muda...jodoh itu qada dan qadar tuhan...kita sebagai manusia harus kuat dan bertanggungjawab dalam memikul semua tanggungjawab yang telah dberikan...siti harus kuat..mendidik anak bukan satu perkara yang mudah...anak adalah aset masa depan, kalau baik didikannya maka baiklah masa depan siti sekeluarga..kepincangan keluarga bukan sesuatu yang dipinta...pasti banyak bebanan yang perlu dtanggung...saya setuju dengan k.nora..jangan hidup bertunjangkan nafsu kelak hidup akan merana..fikirkan sesuatu yang terbaik utk masa depan anda dan juga masa depan anak2...itu harta yang perlu dijaga ..kerana selepas meninggalnya seseorang anak adam itu hanya 3 perkara yang dibawa bersama sebagai bekalan *doa anak2 yang soleh*ilmu yang disampaikan ketika hidupnya*amal jariah dan sedekah yang dibuat semasa hayatnya..fikir2 siti..anda punya aset yang berharga..anak2 anugerah Allah..didiklah mereka menjadi anak yang berguna dan soleh..supaya mereka menjadi harapan kehidupan anda di hari muka...
*Saya sering berdoa pada tuhan agar dberikan saya kesempatan untuk punya keluarga dan zuriat sendiri untuk saya bentuk dan didik mereka sebagai bekalan untuk hari muka..siti bersyukurlah..anda berada dalam golongan hamba2Nya yang dikasihi... Siti anda insan istimewa..jadikan anda istimewa di mataNya...untuk meraih cinta dan kasih sayang...

regards ::adeqya8284::