Saya kenal dia tidak lama, 3 minggu sahaja. Orangnnya memang cengeng. Cepat sahaja dia menangis. Saya ambil dia bekerja dengan saya sebagai pembancuh kopi dan membersihkan pejabat. Dia ada hubungan dengan pembantu rumah saya Sari. Dan kerjanya juga membantu pekerja di pejabat NB Kara melakukan beberapa kerja yang lain.
Bila tidak ada kerja di pejabat dia akan balik ke rumah saya membantu kerja-kerja di rumah saya pula dan malamnya pulang ke rumah pekerja yang saya sediakan. Kami selalu berbual. Dia suka bercerita mengenai buku. Dia tanya saya pernah baca tak buku mengenai Siti Nurbaya. Saya jawab, pernah. Tapi saya lupa. Siapakah penulisnya. Dia sendiri pun sudah lupa.
Kami berbincang mengenai banyak perkara, mengenai bahasa, mengenai buku.
“Gemuruh kalau di Indonesia, gemuruh ombak. Di sini rupanya gemuruh..hati yang tidak tenang ya..”
Dia memberitahu saya mengangguk sambil dia membasuh mangkuk saya masak. Dia banyak mengajar saya lagu-lagu kanak-kanak Indonesia. Saya masih ingat lagunya.
“Sri..makan, jangan malu-malu. Di sini kamu tak perlu malu..”
Pernah satu hari saya memberitahu Sri. Sri tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
“Ya umi, saya tidak malu di sini. Tetapi malu pun ada batasnya. Orang yang tidak tahu malu akhirnya akan malu sendirikan umi..”
Saya ketawa. Memang bahasa yang dipakainya indah. Saya sering senang berbicaranya. Namun pada hari Isnin yang lalu dia melarikan diri. Esoknya dia menelefon, kata dia, dia lari bukan kerana saya, bukan kerana suami saya. Tetapi kerana sikap seseorang yang sering memperlakukan dia bukan seperti manusia.
Saya marahkan dia, saya beritahu dia. Kalau dia ada masalah beritahu saya. Tetapi dia membuat keputusan sendiri. Fikirannya bercelaru.
Namun saya faham. Kalau dia duduk serumah, orang tidak menegur dia. Membentak dan melarang dia memegang itu ini. Sudah pasti semua orang tidak akan tahan. Kalau di pejabat dia dilayan macam bukan manusia, sesiapa juga akan marah.
Manusia dari mana asalpun mereka, masih ada harga diri. Masih perlu dihormati.
Memang ada orang mengatakan yang dia hanya pembantu rumah, tidak layak dilayan dengan sewajarnya. Tidak akan boleh menjadi pandai. Tetapi Sri adalah seorang gadis yang gagal ke universiti kerana tidak berkemampuan dari segi wang ringgit bukan kerana dia tidak pandai. Gadis itu menghabiskan tingkatan enamnya dengan mudah.
Saya tahu..saya marahkan Sri, tapi saya kasihankan dia. Saya berdoa supaya ditempat baru..dia dirahmati ALLAH, diberi perlindungan dan diberi kekuatan.
Dan pemergian SRI telah benar-benar mencalarkan perasaan saya sebagai seorang manusia.

Cicak-cicak di dindingKakak saya Mijah pun sukakan lagu itu. Lagu pasal bunga, lagu macam-macamlah. Cuma lagu cicak itu masih kami ingat lagi.
Diam-diam merayap
Datang seekor nyamuk
Ngap..lalu ditangkap
“Sri..makan, jangan malu-malu. Di sini kamu tak perlu malu..”
Pernah satu hari saya memberitahu Sri. Sri tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
“Ya umi, saya tidak malu di sini. Tetapi malu pun ada batasnya. Orang yang tidak tahu malu akhirnya akan malu sendirikan umi..”
Saya ketawa. Memang bahasa yang dipakainya indah. Saya sering senang berbicaranya. Namun pada hari Isnin yang lalu dia melarikan diri. Esoknya dia menelefon, kata dia, dia lari bukan kerana saya, bukan kerana suami saya. Tetapi kerana sikap seseorang yang sering memperlakukan dia bukan seperti manusia.
Saya marahkan dia, saya beritahu dia. Kalau dia ada masalah beritahu saya. Tetapi dia membuat keputusan sendiri. Fikirannya bercelaru.
Namun saya faham. Kalau dia duduk serumah, orang tidak menegur dia. Membentak dan melarang dia memegang itu ini. Sudah pasti semua orang tidak akan tahan. Kalau di pejabat dia dilayan macam bukan manusia, sesiapa juga akan marah.
Manusia dari mana asalpun mereka, masih ada harga diri. Masih perlu dihormati.
Memang ada orang mengatakan yang dia hanya pembantu rumah, tidak layak dilayan dengan sewajarnya. Tidak akan boleh menjadi pandai. Tetapi Sri adalah seorang gadis yang gagal ke universiti kerana tidak berkemampuan dari segi wang ringgit bukan kerana dia tidak pandai. Gadis itu menghabiskan tingkatan enamnya dengan mudah.
Saya tahu..saya marahkan Sri, tapi saya kasihankan dia. Saya berdoa supaya ditempat baru..dia dirahmati ALLAH, diberi perlindungan dan diberi kekuatan.
Dan pemergian SRI telah benar-benar mencalarkan perasaan saya sebagai seorang manusia.
13 comments:
kak NB..saya selalu bercakap dgn adik saya pasal pembantu rumah indonesia...sepupu saya seorang majikan yg baik..dia layan pembantu rumah dia baik2 tapi sayang sekali..bibik2 ni suka buat hal...bila dapat gaji..mereka lari tinggalkan majikan..setakat ni dah masuk 3pembantu rumag buat hal yang sama..kesian jugak kat sepupu intan tu...dia pun dah serik nak ambik bibik2 ni. kadangkala kita kesiankan mereka..bagi mereka kerja, tempat tinggal..makanan..kerja pun xteruk..tapi mereka pulak buat hal..hai..tak faham betul saya.
Salam Kak Yati,
Novel Sitti Nurbaya tu karya Marah Rusli yang nama lengkapnya adalah Marah Halim bin Sutan Abubakar. Dilahirkan pada tanggal 7 Agustus 1889 di Padang, Sumatra Barat. (wan ada buku tu!!) :-)
Wan tak ada pengalaman dengan pembantu rumah! tp wan ada kawan dari Indonesia yang hatinya sangat baik [teringatkan si 'Bunga' melati di Jakarta ;-)]. Tapi harapan wan agar walau apapun yang terjadi, kak yati harus tahu bahawa kak yati tidak keseorangan! ada ramai orang yg prihatin pada kak yati! doa wan sentiasa utk kak yati! moga akak terus tabah menghadapi apa jua dugaan.
~wan
kak
kesian sri kan??? ,moga sinarnya lebih menyerlah untuk dia ..dia tempat baru
salam kak...byk risiko sebenarnya bila mengambil pembantu rumah ni. Kalau dpt yg ok..Alhamdulillah. Klu dpt yg tak ok tu lah jd masalah. Dah dpt ok..masalah dgn org sekeliling pulak.
Semoga Sri lebih bahagia di tpt baru. Untuk akak.. bersabarlah.
salam yati..
tgok org tulis komen nak tulis jugak lah...hehehe
saje jerk kan..
tp x tau nak ckp ape..
ermm..moga ape yg ibujunes tulis buat Yati tenang....
skit pun x pe..:)
"~Ikhlaskan hati menerima ape jue rintangan yg mendtg ...Allah sentiasa ada utk kita mengadu...
~igatlah perpisahan sentiasa akan berlaku pada kte..
~ Usah dituruti reaksi emosi, lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang diimiginasi"
Juga vat Sri agar dia tabah ditempat bru...
Salam intan
Sri ini tak dapat gaji pun intan lagi..dia da lari..tak tahan sbb orang hina dia..
salam wanAmlyn
Thanks..akak ada buku tu, tapi dikampung dalam store..masa kecil2 dulu akak suka baca..usia 9-10 tahun, akak suka bahasa sri sebab bahasa yg digunakan cantik dan teratur..syg tak dapat belajar bnyk dengannya..
salam casper
Harap2 begitulah dgn sri..dia salah melarikan diri..tapi ada sebabnya..
Ain
tak apa2 ain..cuma kesal kerana manusia masih lagi memandang kedudukan orang lain..
ibu june
saya tidak apa2, cuma saya memikirkan nasib sri, dia jauh dari keluarga. kemudian diperlakukan begitu, saya pula tahu apabila ianya sudah terlalu lewat..
dan saya paling marah, bila orang memandang hina kepada orang lain..masing2 ada kelebihan. sri walaupun pembantu rumah..saya banyak belajar darinya, bnyk perkara yg tidak saya dapat dari orang lain..
Suatu masa dulu, saya juga punya pembantu rumah seperti Sri, orangnya bijak dan cakap berhemah serta lemah lembut dan saya layan dia seperti adik-adik saya yang lain. Tapi lain pula dgn arwah bekas MIL saya, dia marah betul bila saya layan pembantu rumah macam tu... pada dia mereka itu hanya pekerja yang dibayar gaji dan kita boleh perintah apa saja untuk mereka buat dan kerana itulah MIL saya kerap bertukar pembantu rumah ataupun pembantu rumahnya lari. Dan ada di antara mereka menawarkan diri mereka untuk bekerja di rumah saya sewaktu pembantu rumah saya balik ke Indonesia kerana mereka senang dengan cara saya melayan pembantu rumah saya. Kata mereka, mereka tak tahan diperlakukan sesuka hati mengalahkan hamba abdi. Sedih saya dibuatnya tapi saya tidak dapat membantu kerana saya takut dituduh 'merampas' pula nanti.
kita sesama manusia ni sama saja, yang membezakannya hanya amal ibadah yang kita buat di hari perhitungan nanti...
haa ... ka yati, maid saya pun baru lari dari rumah, padehal dia dah serve saya 2 tahun plus ni tahun ketiga setelah dia balik ke jawa.... saya pun tak tau apa masalah dia, bila call tak angkat dan off.. kali pertama dia lari, dia balik semula dgn alasan dia nak tolong kawan dia.. skrg tak tau apa sebab, gaji dia bulan ni pun blum ambil lagi.. baru habis 4 bulan dia ptg gaji utk passport dan urusan kedatangan.. saya pun tak faham kenapa dia lari... mabbe dia cari kerja kedai yang boleh bebas....
Padehal saya selalu bawa dia pergi vacation bersama-sama, anak2 saya pun yg kecil sekali dah besar umur 4 thn, yg lain2 dah sekolah (4 orang semua)... Makanan pun saya tak kisah dia nak masak ayam ke ikan ke makan apa je yang ada.. tak pernah kurang dalam peti ais tu. Sampai sekarang saya tak faham kenapa dia nak lari....
Post a Comment