Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, February 14, 2009

ANAKKU PANDAI MELARAM

Anak dara saya ni sejak akhir-akhir sudah pandai melaram. Kalau pergi bershopping, matanya cepat sahaja menangkap kedai menjual aksesori wanita. Apa sahaja kedai aksesori dia pasti akan masuk dan meninjau. Paling disukainya adalah rantai. Ke mana-mana sekarang, rantai akan dipakainya. Tidak kira siang dan malam. Dia juga sukakan anting-anting dan ada membeli beberapa koleksi anting-anting. Tapi sampai sekarang ini saya masih belum menindikkan telinganya. Bukan dia tidak meminta, tetapi saya takut melihat telinganya ditembak nanti.
Main basikal dipadang pun sekarang ini, Qaisara tidak akan lupa memakai rantainya. Rantainya macam nyawanya sekarang ini. Tak pakai rantai tidak mahu keluar rumah.
Ini posing sebelum masuk tidur. Bersama salah satu koleksi rantainya yang ada. Qaisara tak suka rantai kanak-kanak yang kebanyakkan di buat daripada plastik. Dia sukakan design untuk anak-anak remaja. Bila masuk kedai, matanya cepat sahaja menangkap apa yang dia suka.

Antara rantai kesukaannya. Murah aje dalam Rm13, dulu dua kali saya membelikan rantai tangan emas. Dua kali itulah rantai tangannya hilang . Kali pertama hilang, saya tahu siapa yang mengambilnya kerana selepas seorang lelaki mendukung Qaisara dipadang (lelaki itu kami kenal), rantai tersebut hilang dan kali kedua, apabila saya melepaskan dia ditempat permainan kanak-kanak di pusat membeli belah yang dipenuhi kanak-kanak dan ibubapa. Rantai tangannya hilang lagi. Dan sampai sekarang saya malas mahu membelikan apa-apa barang kemas yang diperbuat daripada emas.

Rantai yang ini, sebenarnya panjang untuk orang dewasa. tetapi kerana Qaisara sudah berminat, saya menyuruh jurujual di kedai itu memotongnya.


7 comments:

ain said...

comelnya Qaisara!...anak saya lebih kurang jugak kak but more pd high heel lah n hbag. Habis kasut saya dibuat melaram..pd hal umur baru sethn setengah je. Anak2 sekrg ni cpt matang.

hertiny said...

Salam Kak Yati...budak2 skang ni cepat matang dan tahu apa yg diorg nak..as long tak menyalahi undang2 tak apa kak yati..yg penting budak2 happy..kak yati tau anak sedara saya mintak belikan hp, kalau dah besar tak apa kak yati tiny belikan juga tapi anak sedara tiny tu umur 4 tahun, nak hp SONY ERICSON K7701, hp lain dia tak mo..smp skang ni asyik menagih dgn tiny nakkan hp tu..kak yati tau kenapa? sebab tiny guna hp tu selalu mintak dia tlg amilkan gambar kalau ada function family..dia tau mna nak snap pic dan tau mana nak tgk pic tu balik..thats y la..hp tu juga jd pujaan hati dia..HP lain dia tak mo...kelakar juga bila ingat sebab tiny umur mcm tu jgn kata hp telefon umah pun tak tahu..hehehe

Sharizal Sarif said...

Comel sangat.. dan dia sangat cute!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

tomey,tomeynya Qaisara.... Geram Acik Nik tgk!!!
Ni lar org kata kalau dah perempuan tu, perempuan jugak.. Tapi mmg anak2 skrg tahu je. Kita dulu2 manala reti benda-benda mcm tu. As long as tak membebankan mak ayah kira ok la kut.. dan yang penting kita sbg mak ayah juga tahu batasannya. Maklumlar anak perempuan!!!

Zaid said...

amboi adik Qaisara ni dah pandai melaram, tomeinye...

since1990 said...

comelnye anak puan sowang ni..nk cubit2 je pipi die..hu2

dhan said...

Ya Allah geramnye kat Qaisara ni kak yati... comel sangat... cerdik lak tuh...
budak2 memang camtuh maybe tgk persekitaran dia.. dulu kite mane ade camtuh.. maklumlah dok kg. hehehehe pandai pakai bedak jer...hehehehe