Lebih 100 penduduk kampung mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan masjid Bukit Katil petang semalam kerana membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang bercadang mengambil tanah sebuah pusat asuhan tunas Islam dan surau di kampung berkenaan untuk pembinaan sebatang jalan raya.
Demonstrasi itu anjuran badan bertindak perobohan pusat asuhan tunas Islam (PASTI) dan Surau Bukit Katil
Menurut pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, penduduk kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah pusat asuhan dan surau berkenaan.
"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.
“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, PASTI dan rumah rakyat," katanya dengan berang.
Menurut Abdul Ghani, tindakan kerajaan itu disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.
Tunjuk perasaan secara aman ini bagaimanpun diarahkan oleh polis supaya dihentikan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.
Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan telah melucutkan hak rakyat.
"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah,"katanya.
Sumber Malaysia kini.
P/S Tanah yang dibina surau itu adalah tanah keluarga saya dan ada nama saya. Kami tidak tahu apa-apa, yang kami tahu datang beberapa jentolak menolak dan menebang pokok-pokok berhampiran dan kemudian kami mendapat surat daripada jabatan tanah yang mengatakan tanah kami akan diambil a.k.a akan dirampas bersama pampasan yang akan diberi. Langsung tidak ada mesyuarah, langsung tidak ada satu wakil kerajaan pun yang datang berbincang? Apakah negara kita negara Islam sudah kehilangan adab dan sudah semakin biadap? Kenapa surau tempat solat jemaah sering diadakan, sembahyang raya dan tempat kami belajar agama beramai-ramai harus dikorbankan kerana kepentingan politik dan memuaskan nafsu individu.
Andai kata kami kalah di dunia ini, tapi percayalah kami akan menuntutnya di akhirat.
Kami tidak laparkan harta, tidak mahu saham dunia tapi kami lebih pentingkan saham akhirat.
Kesihan dengan ayah saya yang bila mendapat surat, makan pun tak lalu.
Kadangkala saya amat takut memikirkan masa depan anak-anak nanti jika satu masa nanti mereka sudah lagi tidak boleh beribadat di surau. Dan janganlah hairan, dengan kepemimpinan yang ada, mereka ini juga akan mengharamkana laungan azan..