Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 4, 2011

KALAU TAK TAHU ITU DIAM SAHAJALA..

Baru-baru ini saya terlihat satu iklan drama di telivisyen. Begini kata-katanya.
"Aku pernah bacakan Al Fatihah untuk ayah aku. Kau nak aku bacakan Al Fatihah dekat kau?"
Macam tulah sedikit lebih kurangnya (maaf kalau sedikit silap). Tetapi kata-kata yang berupakan lawak jenaka itu seperti lebih kurang begini maksudnya.
Dia membacakan Al Fatihah untuk ayahnya yang sudah meninggal dan mahukah orang yang dia bercakap itu mati seperti ayahnya?

Bagi saya dialog sekarang ini yang mengunakan agama sangat jelek, pelik dan agak keterlaluan. Apa salahnya bersedekah dengan surah Al Fatihah sehingga surah tersebut dipermainkan?. Surah tersebut bukan sahaja boleh dibacakan/disedekahkan ketika seseorang sudah meninggal sahaja tetapi masih hidup.  Seperti kata Dato' Dr Fazilah Kamsah. 
"Setiap pagi sedekahkan Al Fatihah kepada ibu bapa kita tak kira hidup atau telah meninggal dunia. Nescaya pintu rezeki kita akan terbuka."

Sebenarnya surah Al Fatihah ini mempunyai banyak keistimewannya.

1. Menurut Al Bukhari dan Muslin daripada Abi Said Al Khudri. Surah Al Fatihah ini boleh menjadi penyembuh penyakit terkena patukan ular, kala jengking  dan sebagainya.

2. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang memberi kesahihan daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya: “Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik.”
Aku pun membaca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): “Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya awak berjampi dengan sebenarnya.”

3. Bahkan surah Al Fatihah adalah surah yang wajib dibaca di setiap rakaat solat kita.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan Al Fatihah ini tetapi zaman sekarang ini orang melayu yang kurang arif mempermainkan surah ini. Seolah-olah membaca Al Fatihah hanya untuk orang yang sudah tiada. Kalau tidak tahu belajar, kalau sudah dungu sangat bagi saya lebih baiklah kita diam  daripada mempermainkan agama sendiri.

6 comments:

Faiz said...

mcm2 jenaka yg ntah apa2 sekarang..mcm tu pun dianggap jenaka..kdg2 terus diikut budak2 muda/remaja yg tak pikir panjang..

Munn Jaafar said...

sjk akhir2 ni dh byk lawak yg main2 dgn isu agama.bila ditegur ada je jwb nya.

Unknown said...

saya rasa mcm pernah tgk jugak iklan drama tv tu.. tp x leh nak recall drama apa..

Rozita Ceritaita said...

biasa dah keadaan mcm ni kat kalangan kita.. ada org pun marah bila kita bacakan yassin untuk orang lain.. siap ada yg cakap.. dia tu hidup lagi la.. bacaan yassin tu cuma untuk org yg mati je ke?

ini berlaku sebab banyak orag tak tau tapi tak nak mengambil tahu..

Diana AR said...

banyak rahsia fatihah dan surah lain yg kita tak tahu sebenarnya..

Affieza said...

Diaorg ni sesuka hati je mgunakan ayat2 Al-Quran sbg bahan lawak...