Lama sungguh rasanya saya tidak menderma darah. Sejak saya berkahwin, kemudian keguguran beberapa kali dan menjalani pembedahan. Maka sumbangan saya berhenti selepas itu. Saya masih ingat ketika saya menderma darah ( dalam 6 kali). Darah saya jenis A-, dikatakan agak berharga. Tidak ramai orang ada darah jenis itu. Mungkin ada pembaca darahnya seperti darah saya juga, yang sukar didapati. Jadi mari kita ramai-ramai bersama kami Group Ukwah menjalankan tanggungjawab ini.
Sedikit cendera hati akan disediakan oleh pihak kami. Datang ya beramai-ramai..
1 comments:
saya nak sama-sama turut serta...:)...
Post a Comment