Mengharap Qaisara menjadi anak yang soleh dan dapat mengembirakan hati orang lain.
Tadi saya berjumpa dengan cikgu Qaisara untuk mengambil keputusan peperiksaannya..
Saya : Qaisara okay ke cikgu di sekolah
Cikgu : Sangat okay
Saya : Bagaimana dia dengan kawan-kawan dia?
Cikgu : Oh dia sangat bagus, kadang kala dia makan atau ada barang mainan , dia akan pelawa kawan-kawannya.
Saya : Ada cikgu nak komplen mengenai anak saya?
Cikgu : Tak ada puan, bla bla bla (dalam hati saya mahu mendengar cikgu ini melihat sisi lain mengenai Qaisara yang sangat manja bukannya pujian)
Saya : Cikgu dia nikan malas menuliskan?
Cikgu : Oh iye..dia lambat bila menulis tetapi dia lemah lembut orangnya.
Saya : Saya risau dia terlalu manja...
Cikgu : Alah budak-budak puan. Biasalah dia manja. Puan tahu tak, Qaisara dapat nombor berapa
Saya : Oh..ada nombor ke cikgu? (dalam hati saya berkata ya ALLAH budak 5 tahun ada nombor?)
Cikgu : Yeap..Qaisara dapat no.1 (saya terperanjat, anak saya yang malas menulis ni dapat nombor 1. Biar betul?)
Saya : Dia tak konsistenkan cikgu?
Cikgu : Tidak..dia sangat konsisten. Result dia hampir sama dengan exam lepas bahkan kali ini agak susah soalannya (saya belek-belek kereta soalan Teta, mak aik..sangat tebal). Tapi exam lepas kami tak bagi nombor. Kalau tidak sama sahaja resultnya.
Saya berfikir. Apa lagi saya nak tanya? Saya sangat takut dengan pujian yang akan melalaikan Qaisara. Dalam saya termenung gurunya bersuara.
Cikgu : Puan tahu tak kelas yang Qaisara masuk ini adalah kelas advance untuk budak 5 tahun
Saya : Oh iye ke..(aduh..saya tak tahu pun). Iqra dia macam mana?
Cikgu : Okay..dia dah lancar banyak surah. Bla bla bla.
Balik saya bisik pada bibik yang Qaisara dapat nombor satu. Bibik marah saya kenapa tak beritahu Qaisara. Kejayaan itu perlu diraikan. Tetapi hati saya berat. Saya takut keputusan itu melalaikan Qaisara. Saya amat takut dia seperti saya yang satu ketika dahulu amat pandai di sekolah rendah tetapi agak kecewa di sekolah menengah (banyak masalah selepas ibu saya meninggal sebenarnya). Qaisara tanya apa yang saya bisik dengan bibik. Lambat-lambat saya jawab.
"Teta dapat nombor satu.."
"Wahhh..iye ke umi? Umi nak bagi Teta hadiah apa?"
Ha ha ha..aduh, si Teta ni. Saya bawak dia ke kedai alat tulis dan nasib baik dia hanya memilih membeli pewarna air sahaja.
9 comments:
tahniah Teta. kita sam alah kak..kecik2 dulu selalu dpt no 1. tp bila arwah Ma dh meninggal, semangat study terus merudum jatuh..haisyyyyy
bagus anak akak. Hadiah pun - takde la demand sgt
tahniah teta...
tak salah rasanya meraikan kejayaan anak macam teta ni.she's smart plus dapat mak yg tegas...she'll be fine.
tahniah teta...keep it up.
tahniah teta=)
salam kak....
terlalu gembira saya dengan kejayaan teta ini. insyaAllah kak, kita orang doakan teta akan terus mengekalkan prestasi baiknya. tahniah teta..love and miss you always....
part yg paling suke apabila qaisara tak lokek utk berkongsi barang2 kepunyaannya. saya suka sangat dengan orang macam ni. sikap begitu lebih membanggakan daripada pencapai qaisara di sekolah. apa2pun tahniah adik comel :)
tahniah teta. bijak dan lemah lembut. byk ikut perangai akak tu..
tahniah teta.. memang bijak & murah hati qaisara ni..
Post a Comment