Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, October 31, 2011

PROGRAM MENDERMA DARAH

Semalam telah berlangsung dengan jayanya program menderma darah di Pusat Darah Negara. Banyak yang saya belajar mengenainya terutama khalayak yang menderma. Pendaftaran pada mulanya dianggar 250 tetapi apabila tiba harinya kami menerima kurang dari 100 orang. Bila mendengar begitu ramai yang mahu menderma jadi disaat akhir saya tidak mengiatkan kempen tersebut. Ini kesilapan saya tetapi insya-ALLAH akan saya perbetulkan nanti jika program ini kami lakukan sekali lagi. Namun saya gembira dan bersyukur sangat ramai juga yang datang menderma dan melepasi target kami iaitu 30 orang.


Orang kedua dan ketiga menderma. Nurul adik saya sudah selalu menderma sampai nak bagi dia sijil dia kata tak payah. Banyak dah ada..berlagak le tu..ha ha ha ha. Si kham kali pertama sampai pegang-pegang tangan si Nurul. Dibelakangnya Lily yang banyak membantu grup ukwah

Suami tercinta juga menderma. Kata dia last dia menderma 20 tahun dahulu. Moga-moga sebelum usia suami 60 tahun, dia akan dapat menderma lagi dan lagi.

Ieda yang datang bersama kakaknya yang bersemangat mahu menderma. Tetapi kakaknya ada halangan, dia sahajalah yang boleh menderma. Kata Ieda menderma darah no hal, tapi organ dia belum berani lagilah. Ha ha ha Insya-ALLAH Ieda.

Atifah yang datang seorang diri. Semangatnya harus kita pinjam. Walau datang seorang diri, dia berani. Syabas!

Roslaini yang datang bersama suami, anak dan anak buahnya. Pertama kali dia menderma dan katanya kerana memberikan sokongan pada Projek Grup Ukwah. Tahniah Roslaini !


Naziq suami Balqis dan Pak Seyit, adik beradik yang menjaga di bahagian pendaftaran. He he

Balqis yang ada halangan mahu menderma telah membeli sticker 'Tahniah, anda telah berjaya menderma darah' di pasaran gelap. Ha ha ha Tak apa Balkis ada projek lain kita menderma sama-sama. Sebab saya pun tidak boleh menderma semalam. Sedih tapi gembira dengan kawan-kawan yang datang menderma.

Syarifah Sofea yang datang bersama anaknya untuk menderma darah. Terima kasih kerana datang!

Bersama penulis/wartawan Salina Ibrahim yang datang menderma juga. Thanks Sal!
Azrrina Basri juga datang menderma. Kata dia, artis pun saya tak ambil gambar akak. Saya tetap nak ambil gambar dengan akak..ha ha

Masliza dan kawan-kawannya yang banyak membantu kami. Sedikit cenderahati untuk Mas


Begitu juga dengan Che Anis..terima kasih banyak-banyak ya..

Jelitawan yang menjayakan program ini..ha ha ha


14 comments:

Hafimi Huzin said...

tahniah kak yati., mimi bangga sgt ngan kak yati. semoga sentiasa dimurahkan rezki.

Rani Rashid said...

tahniah group ukhwah :) all the best

gadiselatan said...

bestnye dpt derma darah...dah lama tak derma..keadaan tak mengizinkan...

yatie chomeyl said...

yatie pun suka derma darah masa study kat USM dulu. insya Allah kalau yatie balik msi ananti akka buat lg program ni, yatie nk join jugak kalau berkesempatan.

p/s: yatie balik msia 18/11 ni. kalau smpt nanti leh jumpa akak lagi. rindu kat teta ♥

ceksumolek's said...

belom pernah menderma lagi.. insyaallah satu hari nanti.. hehee..

azrinna basri said...

akak ingat saya cakap mcm 2..hihihihi..mmg kak teruja sangat-sangat nak jumpa akak..mula-mula saya datang sorang saya malu sangat nak pergi kat akak n nak cakap dengan akak..malu sangat-sangat tapi bila saya datang lagi sekali dengan adik saya baru la saya berani nak pergi kat akak ambil gambar itu pun bila adik saya desak saya kalau tak mmg malu saya kak..saya takut akak bz saya pulak menganggu akak..tapi apa pun saya mmg happy sangat dapat jumpa akak before ni kalau pergi pesta buku saya tak pernah jumpa akak kalau pergi booth akak..thank kak upload pic saya...

Leeza said...

salam..tahniah untuk semua grup ukhwah dan kawan2 yang menderma darah....teruskan usaha mulia ini.

idasm said...

tahniah kak. program berjalan lancar...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

mimi tak ada apa yang dibanggakan, bantuan kecil sahaja. Thanks mimi berharap mimi juga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. AMIN..

Thanks Rani..

Gadis selatan, menderma ramai-ramai memang seronok..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yatie..balik bercutikah? Kami ingat nak adakan program tu lagi sebelum raya cina Insya-ALLAH tapi mungkin dishopping complex. Doakan segalanya berjalan lancar. Amin..dan didoakan yatie selamat kembali ke tanah air. AMIN

Aisumi..moga ALLAH beri kekuatan pada Aisumi untuk menderma..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Azrrina tegur aje akak, akak bukan makan orang pun. Ha ha terima kasih banyak-banyak Ina sebab datang seorang diri kemudian datang semula dengan adik. Ina memang berani dan akak bangga sangat tau dengan Ina..thanks ya..

Za..thanks dan insya-ALLAH nanti kalau ALLAH mengizinkan kau boleh join kamikan

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

thanks ida..

yatie chomeyl said...

balik ada internship lagi utk 2 bulan. kalau program akak ada yg dari hjg bln 11 - hjg bulan 1; leh la yatie join time weekend..insya Allah.

Zakiah Hasan said...

Cemburunyaaa..Tak dpt pegi.. :( Hmm,kak, nanti kalau ade ape2 aktiviti grup ukhwah,akak umumkan awl2 tau! kat fb, kt blog..nk join!!!

Meniaga itu Amalan Sunnah