Ha ha ha apa fasal anjing dua ekor ni masuk blog saya? Ha ha ha
Dah lama tak tulis entry merapukan?
Anjing ni anjing jiran saya.
Dia dilahirkan di rumah jiran sayalah.
Kembar tak seiras. (satu kuning satu putih).
Dari kecil sampai besar dia hidup di dalam kawasan rumah jiran saya tu
Langsung tak pernah keluar.
Bila uncle sebelah rumah suruh di'ekor' keluar.
Tak pernah yang mahu. Buka pintu pagar pun di'ekor' tak akan keluar.
Memang sangat peliklah.
Bila ada kawan-kawan saya datang, mulalah sibuk menjenguk
Membuat provokasi, berbunyi dan meracau
Tapi bila kami dok pakat tengok di 'ekor' ramai-ramai
Mereka akan senyap dan bergolek-golek.
Orang lalu pun dia berbunyi, kucing lalu pun berbunyi.
Kadangkala angin juga kalau bising sangat.
Tetapi bersyukur juga ada mereka ni. Bila malam, dengar mereka berbunyi pasti ada orang yang lalu.
Pernah pukul tiga pagi, riuh mereka berbunyi.
Saya jenguk di tingkap rupanya ada orang jalan kaki lalu.
Tak tahulah siapa..
Tapi paling kurang mereka menjadi 'alarm' semula jadi.
p/s emak si kembar ini telah dijual untuk menjaga lembu.
4 comments:
hahhaha kak yati, puas saya fikir di'ekor' tuh..rupanya ganti dgn di'org' ke..haha sori la kalau tetap silap hehe
comel je dua ekor tu...
comel pulak di'ekor' tu... hahhaha... ni betul2 depan rumah ke kak... kalo asyik menyalak jer.. tensi jugak..
tp kalo dah terbiasa, no hal lah kot..
sy pernah menembak air cili kemuka anjing jiran sy yg hampir2 menerkam sy ketika blk kerja. setahun sy duduk area kawasan situ, x kan langsung dia x cam bau sy. sejak peristiwa tu, bila nampak sy mencicit dia lari... bkn kejam, tp sbg satu langkah pertahanan. sedangkan anjing pun blh naik gila ngn tuannya apatah lg kita org luar...
Post a Comment