Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, September 5, 2011

KENAPA JADI BEGINI?

Qaisara sambil bergaya sambil mulutnya penuh makan dodol di rumah bapa mertua Kusyi Hirdan di Melaka. (Qaisara muka sahaja bukan melayu tapi suka makan dodol, rendang, durian dan saya percaya bila besar sedikit nanti pasti dia akan makan petai, jering dan sebagainya..he he)

Sedar tak sedar cepatnya masa berlalu. Sudah seminggu kita berhari raya. Ada yang sudah menyambung berpuasa sunat tetapi saya belum lagi kerana halangan alami.
Hari raya tahun ini terasa pantasnya berlalu. Saya berhari raya di rumah sendiri di Melaka. Kadangkala rasa sedih juga kerana tidak bersama ayah dan keluarga di rumah besar . Tetapi di rumah sendiri, saya menerima kunjungan rakan-rakan yang lebih ramai dan lebih bermakna.
Saya benar-benar teringin mahu ke rumah rakan-rakan lama di Melaka tetapi masa langsung tidak mengizinkan. Pagi memasak, kemudian ke rumah ayah dan kakak saya (rutin) kemudian menziarahi saudara mara waktu sudah mencecah malam.
Cuma berada di rumah sendiri ada satu perkara yang membuat saya kurang rasa gembira.
Tidak gembira dengan anak-anak yang datang beraya.
 Biasanya di rumah ayah saya, anak-anak yang datang beraya akan masuk ke dalam rumah. Minum air, makan kuih dan kemudian minta diri. Kita sendiri fahamlah apa yang mereka mahu kemudiannya. Tetapi di rumah saya, di kawasan baru yang agak asing bagi saya anak-anak ini dengan beraninya berkata.
"Mak cik saya datang nak duit raya, bukan nak makan kuih raya."
Kenapa anak-anak sudah menjadi begitu berterus terang dan kurang beradab?  Apakah ibu bapa tidak memantau anak-anak berjalan raya bersama kawan-kawan dan tidak memberikan pesanan itu dan ini. Tidak tahulah saya mungkin emak ayah berpesan tetapi anak-anak ini lebih mendengar kata-kata kawan-kawan.
Tetapi saya benar-benar tidak gemar anak yang begini. Bila mereka datang lagi, saya suruh suami keluar dan bila suami keluar,  dia akan bertanya anak-anak ini.
"Yes..what do you want?"
Bila melihat suami dan mendengar apa yang ditanya ..anak-anak itu semuanya cabut lari. Ha ha ha..dan saya rasa mereka akan ingat sampai bila-bila rumah mana yang harus mereka hindari...


4 comments:

yatie chomeyl said...

hehehe lari habis budak2 tu semua ye kak bila dgr soalan pak seyit tu :)

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum,

Saya pula pernah beraya ke rumah seseorang, pada pandangan mata ramai tuan rumah seorang yang kaya. Ketika saya menikmati hidangan, ada suara budak-budak memberi salam. Tuan rumah keluar dan menghulurkan duit raya kepada budak-budak tersebut tanpa menjemput mereka masuk. Aduh, sedih hati saya melihat keadaan itu.

Anonymous said...

Selamat hari raya kak NB...
mujur budak2 di kawasan perumahan saya ni datang ckp "NAK BERAYA" bkn "NAK DUIT RAYA"..
tp saya pulak yg baru balik kg,rumah berkecah ni,tak sempat nak kemas umah dan jemput diorang masuk..
saya bagi duit raya jek terus..hehehe

ieda said...

salam aidil fitri kak yati...
kat rumah saya dulu kalau time pagi rajinla juga melayan.tapi bila lepas zohor badan dah letih saya plk yg tanya bebudak yg datang tu.."nak makan ka nak duit raya ja?"...hehe..tapi selalunya depa jawab..."nak makan.."....adeh!!!