Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 14, 2011

PESAHABATAN ITU ADALAH BERTERUS TERANG...

Persahabatan bukan sesuatu yang murah harganya. Benar kadangkala amat lambat persahabatan itu terbina dan tetapi terlalu mudah persahabatan itu runtuh. Untuk kekal bersahabat bukan mudah. Terus terang saya tidak ada sahabat baik di sekolah menengah tetapi saya ramai sahabat baik ketika saya bekerja di kilang, di pejabat swasta dan di bank saya bekerja. Namun persahabatan itu tidak kekal lama. Bukan disebabkan saya memutuskan persahabatan tetapi disebabkan banyak halangan dan juga keadaan yang tidak memihak kepada saya.
Sekarang saya mempunyai ramai sahabat dan sangat menghargai persahabatan tersebut. Dalam bersahabat saya lebih banyak mendengar seribu satu macam masalah sahabat-sahabat saya. Syukur tuhan berikan saya kehidupan yang mudah, mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah dan kurang masalah dan saya boleh mendengar masalah sahabat saya ini. (saya selalu menganggap masalah bukan masalah, jadi macam mana nak ada masalah iye tak?).
Minggu ini sahaja, saya mendengar masalah 6 orang sahabat saya dengan pelbagai cerita. Saya mendengar dengan tekun, memberi respon sebaik boleh dan meletakkan diri saya pada keadaan mereka. Nyata walau saya tidak menyelesaikan masalah, tetapi saya dapat berkongsi masalah.

Dalam persahabatan kita harus bersangka baik. 
Walau kadangkala ada perbuatan sahabat yang menguris perasaan kita tetapi jangan kita burukan keadaan yang bersangka yang bukan-bukan.
"Dia mungkin sibuk, bersabarlah.."
Saya masih ingat bagaimana saya cuba memujuk salah seorang sahabat kami yang risau kerana salah seorang sahabat lain tidak bertegur sapa. Bahkan SMSnya tidak dibalas.  Manusia kadangkala punya pelbagai alasan jadi kita kena menerima dengan hati yang terbuka. Lebih-lebih lagi sahabat yang sudah berumah tangga.

Musuh persahabatan adalah prasangka dan memendam rasa. 
Ianya sangat bahaya. Saya seorang yang sangat vokal dalam persahabatan. Jika saya tidak suka, saya akan beritahu. Saya tidak memendam rasa jauh sekali berprasangka. Mungkin sifat ini kadangkala menyakitkan hati teman-teman saya. Saya akui kekurangan saya ini. Saya tahu banyak hati yang tergores tetapi goresan itu hanya sebentar kerana saya tetapi menyayangi mereka. Saya tahu orang yang selalu makan hati dengan saya adalah Liza Bujang dan Khamisah. Ha ha ha 
Liza Bujang terutamanya, walau saya pernah meluahkan perasaan tidak puas hati padanya, tetapi tetap menerima pandangan saya dengan hati yang terbuka. Beliau seorang yang sangat positif dan saya bangga dengannya.
Begitu juga Khamisah, walau hatinya sangat tergores atas perbuatan seorang sahabat dan tertanya-tanya apa salahnya. Dia mendengar nasihat saya bahkan dia mampu berlagak seperti biasa. Sahabat-sahabat begini adalah sahabat yang sangat positif dan menghargai persahabatan.

Sifat berterus terang  perlu dalam persahabatan. 
Hubungan persahabatan seperti juga hubungan suami isteri. Sepasang suami isteri seharusnya tidak berbohong, memendam rasa dan prasangka dengan pasangannya. Saya sendiri bersama suami, kadangkala perkara kecil pun menjadi perbalahan kami. Kadangkala ada kata-kata saya ditafsirkan oleh suami berlainan daripada apa yang saya maksudkan, dan di situlah kita harus mencari jalan penyelesaiannya. Bercerita dari hati ke hati dan kemudian memaafkan antara satu sama lain.
Apa juga masalah sahabat dengan sahabat, harus diselesaikan dengan bersemuka. Kalau dirasakan tidak perlu, kita simpan sahaja dan harus dibuang dari ingatan.  Memendam rasa dan prasangka atas sebab yang kita sendiri tidak jelas, merupakan racun dalam persahabatan. Bahkan orang tengah tidak perlu kerana orang tengah ini akan merosakkan lagi keadaan...

Hormati sahabat kepada sahabat-sahabat kita..
Ya..siapa pun sahabat kepada sahabat-sahabat kita. Kita harus menghormati mereka. Berikan senyuman pada mereka dan jangan membuat muka. Perkara ini selalu juga menjadi masalah dalam persahabatan bila seorang sahabat, tidak menyukai sahabat kepada teman-temannya. Apa hak kita untuk mengawal sahabat kita? Apa hak kita untuk menahan tetapi kita boleh menasihati kalau sahabat kepada sahabat kita boleh membawa mudarat.

Saya sayangkan sahabat saya..untuk sahabat saya, Kusyi & suami isteri, Kham, Liza Bujang, Balqish, Suami isterti, Aween, Tini, Am, Roslaini, Atan, Kak Imah, Ida, Aida, Atie, yatie, yatie, yatie, Nik, Lily, Nora (ramai rupanya sahabat saya bernama yatie), zahari, sharif..... ha ha..oh..sebenarnya terlampau ramai untuk di sebut. Anda adalah sahabat saya yang paling berharga. Kalau ada kata-kata yang menguris rasa dan cerita menyakitkan hati di belakang, rasanya kata-kata itu bukannya datang dari saya. Bersemukalah. Kerana dalam persahabatan kita harus berterus terang dan tidak memendam rasa.

6 comments:

Balqis Nazid said...

sebaknya baca entry akak kali ni.....
Ya allah mudah-mudahan persaudaraan dan persahabatan kami semua di berkati amin..amin...

Rani Rashid said...

100% setuju dgn kak yati. Tapi tu la bukan mudah nak meluah perasaan, lagi2 saya ni jenis yang memendam rasa dan bimbang kwn pula yang terasa.

Kak Yati, boleh x update blog sokmo? hehe :D sebab sy nak baca entri2 k.yati. Sume entri dalam ni pembakar semangat dan pengubat duka saya :)

Nor Ramli said...

Salam kak Yati...
Betul kak..lebih rapat dgn sahabat kita tu sbnrnya hati lebih mudah terguris..Am akan jadikan panduan..terima kasih kak

yatie chomeyl said...

yatie tu termasuk yatie chomeyl sekali tak akak? *wink wink*

GREENJADE said...

sayang akak jugak.moga psahabatan yg terjalin kekal selamanya. :)

susah juga ya kak bila ada kwn yg suka memendam rasa & tak suka beterus-terang dgn kita ni. sy pernah putus kwn tanpa strong reason kerana beliau berkecil hati dgn saya kerana tdk pergi ke majlis house warming dia (sy berada di abroad masa tu)..hanya isu kecil..dan mndpt tahu isu ini dr beberapa org kwn..cerita yg sama..bila sy call x berjawab..bila msg di fb pula x pernah layan..sabor aje lah..

errr..ter'emosi' pulak pagi2 ni.hehe.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak..terlepas baca entry ni.. terharu sgt..semoga Allah panjangkan ukhuwah antara kita.. Uhibbuki fillah abadan abada.