Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 18, 2011

TOLONG BANTU SAYA..TOLONG YA...

Baru saya mahu menulis entry ini saya sangat sedih.Tanpa sedar jam 5 pagi ini saya tersedu-sedan sendiri. Melihat suami yang tidur pula,  saya cuba membayangkan dan mari kita semua sama-sama membayangkan. Apa harapan kita bila doktor mengatakan yang suami kita hanya tinggal 10 peratus harapannya untuk hidup? Apa perasaan kita bila mengetahui..dalam masa beberapa bulan lagi orang yang anda kasihi akan pergi meninggalkan kita. Apatah lagi bila doktor memberitahu satu-satu harapan yang suami kita ada adalah menjalani pembedahan yang memerlukan belanja yang banyak dan kita tidak mempunyai wang seperti yang dikehendaki?
Oh saya tidak dapat membayangkan. Pasti setiap hari kehidupan dilalui dengan perasaan yang sangat keliru dan hilang harapan.
Begitulah dengan Ramlah.
Suaminya Amir perlu dibedah segera kerana mengalami kerosakan hati.Suaminya sukar untuk berjalan sekarang disebabkan sebelah kaki membengkak manakala perutnya membuncit. Cuba bayangkan yang Amir itu suami kita ataupun ayah kita.
Saya pada mulanya memang tidak mengenali beliau. Dia rakan sekerja Kusyi Hirdan di Harian Metro dan semalam kami mengadakan jualan amal untuk membantu suami Ramlah yang memerlukan RM150,000 untuk pembedahan hati suaminya yang doktor kata hanya ada peluang 10%.
Semalam saya berjumpa dengan beliau. Saya sangat sedih. Tubuh kurus Ramlah seperti tidak dapat menampung derita yang sedang ditanggung. Beliau menangis depan saya. Hati saya sangat hancur dan sama-sama merasai derita yang ditanggung beliau.
Ya..beliau hampir hilang harapan dan hanya kita sahaja yang boleh memberi sedikit cahaya kepada beliau.
Beliau seperti tidak dapat menanggungnya, dan sebagai manusia yang mempunyai perasaan marilah kita sama-sama berkongsi menanggung derita Ramlah,
Sahabat pembaca, sudilah kalau entry saya ini dipanjangkan dan kalau ada sedikit kelapangan dari sergi material. Sudilah menderma untuk Ramlah. Tolonglah sahabat. Saya merayu pada semua. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ramlah di talian 012-6308047 atau akaun Maybank 105073200517 dan sama-sama kita berdoa supaya segala urusan Ramlah dipermudahkan ALLAH dan Amir suaminya pulih semula. AMIN.


Ramlah yang berada di sebelah kanan saya. Saya berdoa ada keajaiban yang akan berlaku dan suami Ramlah akan pulih semula dan wanita ini akan tersenyum.
Tolong bantu saya sahabat semua.....tolong ya...



5 comments:

siti azizah Sang Pencinta said...

thanks puan insyallah sama-sama la kita membantu beliau.. mohon utk dishare di fb

Yan said...

INSYALLAH... i will let u know.

shazmir said...

terbaik...
!

xyz4mir.blogspot.com/

kakyong said...

salam singgah kak Yati..

memang sedih membaca kesah Ramlah ni.. semoga dipermudahkan...

saya cuba memanjangkannya..

Aziela said...

Kak Yati, saya dah buat entry dan link kan pada entry ini. Insyaallah saya akan panjangkan banner dalam entry di atas. Cuma, follower saya tak ramai. Mungkin tak ramai yang membaca. Tapi Insyaallah, kalau pun tidak 10, ada 1 pun rezeki juga. Insyaallah.